Know about Me

3K 259 44
                                    

Gempa mengelap air matanya yang tidak henti-henti mengalir turun membasahi pipinya yang tembam itu. Walaupun suara isak tangisannya tidak terlalu kuat, namun ia masih dapat didengari.

Setelah menutup pintu biliknya rapat, Gempa berjalan mendekati buku album yang masih ada di atas lantai bilik kecik itu. Gempa mendudukkan dirinya di hadapan album itu lalu dicapainya.

Gempa menatap muka depan album itu. Muka depan dibuka. Selembar demi selembar Gempa melihat gambar-gambar yang ada dalam album itu. Segalanya demi merawat hatinya semula.

Gempa: Ibu... Hiks.. Ayah... Isk.. Isk... Huwaaaaaaa... Gempa rindu...!!

Air mata Gempa sudah tidak dapat ditahan lagi. Bagai empangan yang sudah pecah, air mata Gempa mengalir dengan begitu deras sekali membasahi pipinya. Gempa memeluk erat buku album tersebut seolah-olah membayangkan dirinya sedang memeluk ibu bapanya.

"Gempa, tidak kira walau seteruk mana pun ujian atau bala yang menimpa kamu, kamu harus kuat. Semakin kamu kuat dalam menempuhi segala halangan, kamu akan menjadi semakin kuat. Sepertimana badan kamu yang dahulunya lemah, kerana sering kamu menerima kesakitan, tetapi semakin lama badan kamu semakin kuat untuk melawannya. Jadi, jangan sesekali berputus asa dalam menempuhi ujian kamu. "

Air mata Gempa semakin deras mengalir. Bibirnya diketap demi menahan rasa sakit hatinya.

Tok! Tok!

Taufan: Gempa? Kau ok?

Gempa menoleh ke arah pintu biliknya yang tertutup. Dia dapat mendengar suara sayup-sayup Taufan, Blaze dan Thorn. Kedengaran mereka sedikit kerisauan ke atasnya. Dengan pantas Gempa mengelap air matanya dan menaruh kembali album tadi. Gempa bangkit dari duduknya di atas lantai lalu membetulkan bajunya yang sedikit naik.

Gempa berjalan mendekati pintu bilik lalu memulas tombol pintu tersebut. Dia mengintai di sebalik muka pintu dan mendapati Taufan, Blaze dan Thorn sedang menunggunya dengan penuh kerisauan.

Taufan: Ah, Gem! Kau ok? Kau nangis ke? Maafkan Hali, ya?

Gempa menundukkan kepalanya dan mengangguk perlahan. Seulas senyuman kecil diberikan kepada mereka bertiga.

Gempa: Ok je. Terima kasih.

Serak-serak basah suara Gempa jadinya kerana menangis tadi. Trio yang mendengarnya mula semakin risau jadinya.

Blaze: Ok apa macam tu? Eh, jom masuk dulu. Kita borak-borak lah dulu untuk tenangkan fikiran kau. Abaikan jelah Hali yang sewel tu.

Thorn: Abang Blaze tak baik cakap macam tu dekat Abang Hali...

Thorn sedikit menepuk tangan Blaze sambil menegurnya. Bukan mahu membela Halilintar, namun sekadar untuk memperingati abang kembarnya yang seorang itu bahawa tentang adab menghormati orang.

Blaze hanya tertawa terkekeh-kekeh sambil menggaru-garu wajahnya yang tidak gatal.

Gempa tersenyum melihat mereka. Dia pun membuka pintu biliknya lalu membuka ruang kepada trio tadi.

Gempa: Masuklah.

Taufan, Blaze dan Thorn tersenyum senang apabila menerima sisi Gempa yang terbuka itu. Dan mereka pun melangkah masuk ke dalam bilik Gempa yang kecil itu.

🌸💐•♛•°°ლ(⌒▽⌒ლ)°°•♛•💐🌸

Taufan: Gem, mungkin soalan aku ni macam... Tak kena dengan keadaan tapi... Boleh tak kalau kau share kisah hidup kau dekat kitorang?

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now