Who Are You?

4K 288 105
                                    

Tok Aba: Haa.. Kita dah sampai.

Tok Aba melangkah keluar dari dalam perut kereta lalu dia berjalan menuju ke pemandu lori yang sedang mengangkut barang. Sementara itu, Gempa melihat rumah Tok Aba dari dalam kereta.

Gempa: Uwaahh... Besarnya rumah Tok Aba!

Gempa memandang kagum. Dia mengelamun seketika kerana terlalu khusyuk melihat saiz rumah yang baginya cukup besar berbanding rumahnya yang dulu.

Tuk! Tuk!

Gempa: Eh?

Gempa tersedar dari lamunannya. Dia dapati Tok Aba membuat isyarat untuknya keluar dari kereta itu. Dan tanpa mengambil masa yang lama, Gempa pun keluar dari perut kereta sambil memikul begnya. Gempa berjalan menghampiri Tok Aba dan berdiri di sebelah Tok Aba.

Gempa: I-ini ke rumah atok?

Tok Aba: Aii.. Mestilah!

Gempa: Ta.. Tapi... Macam besar sangat je rumah atok ni.

Tok Aba tertawa kecil sebaik sahaja melihat reaksi cucu tunggalnya itu.

Tok Aba: Haih.. Ini rumah pemberian anak atok lah.

Gempa: Eh? Ayah belikan rumah ni untuk atok ke?

Tok Aba: Bukan ayah kamu. Tapi anak angkat atok.

Gempa: E-Eh?! Tok Aba ada anak angkat?! K-kenapa saya tak tahu?

Tok Aba: Uuhh... Sebab atok tak pernah ceritakannya pun kepada ayah kamu.

Gempa terkejut. Hatinya tiba-tiba bergetar sakit. Di dalam fikirannya mula dia berfikirkan bahawa betapa sanggupnya Tok Aba mengambil anak angkat di luar pengetahuan anak tunggalnya.

Gempa: Tergamak atok.

Jelas di wajah Gempa terpaparnya kesedihan. Gempa mengetap bibirnya tidak puas hati. Selama ini... Keluarga dia disisihkan ke?

Gempa: Patutlah.. Asal kami nak balik kampung je atok tak benarkan...

Tok Aba mendengus sedih. Ya, salah dia juga. Dan kini dia menyesal sepenuhnya. Semoga dengan menjaga cucunya ini anak dan menantunya dapat memaafkannya.

Tok Aba: Sudah... Jangan bersedih. Sekarang kamu di bawah jagaan atok. Maafkan atok ya?

Tok Aba mengusap kepala Gempa yang berlapikkan topi. Gempa menghela nafas kecewa sebelum dia pun mengangguk faham. Maafkan orang adalah salah satu kejayaan terbesar bagi kita.

Tok Aba tersenyum. Dia pun membantu Gempa membawa beg bagasinya dan mereka sehingga menuju ke pintu rumah.

Klik!

???: MANA KORANG NAK LARI HAHHH?!!!

Sebaik sahaja masuk, Tok Aba dan Gempa dikejutkan dengan suara jeritan seseorang yang bunyinya macam sedang marah. Tidak lama kemudian, mereka ternampak 3 remaja lelaki berlari turun dari tingkat 2 dan masuk ke ruang tamu.

???: Kyaaaa~!! Larrii~!! Hali dah mengamuk!!!

???: Hahahaha!! Lari kalau tak nak mati!!

Gempa terlopong melihat 3 orang lelaki yang berwajah sama tapi bertopi yang warna dan cara pemakaiannya berbeza sedang berlari dan menyorok.

Gempa: Uuhh.. Atok-

???: MANA KORANG HAH ANAK JEMBALANG?!!!

Dan tidak lama kemudian turun pula seorang lelaki yang berpakaian serba merah hitam dan bertopi hitam. Baru sahaja remaja itu mahu meneruskan sesi mengejarnya, dia terhenti kerana ternampak Tok Aba di muka pintu.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now