The Secret (Part 2)

3.1K 256 19
                                    

Taufan: Jadi Gempa... Maafkanlah Hali, ya? Segala perilaku kasar dia adalah tindakan dia yang berada di luar kawal. Aku pernah bercakap dengan dia. Dan sewaktu dia hilang kawalan, dia sedar dengan apa yang dia buat. Tetapi dia tidak dapat mengawal dirinya sendiri. Dia terpaksa menahan air matanya yang ingin mengalir kerana melihat dia sendiri yang memukul orang lain sehingga mengakibatkan mereka cedera parah.

Gempa mengangguk faham. Seketika dia teringat akan kejadian pergaduhan antara Halilintar dan Sam. Memang sadis sekali Halilintar kerjakan mereka tanpa sedikit pun membebaskan mereka. Dipukulnya mereka dengan kuat sehingga pendarahan begitu banyak sekali berlaku.

Taufan: Dan.. Bukan Hali sorang je yang ada masalah macam tu. Aku dan yang lain juga ada. Kalau aku, aku selalu ingin mengganggu orang lain. Bila aku buat masalah, aku pasti akan lari dan mentertawakan mereka yang sudah aku membuat onar. Padahal aku tidak bermaksud untuk membuat mereka rimas dengan aku. Aku hanya sekadar... Ingin menceriakan mereka. Tetapi tindakan luar kawal aku membuatkan aku terlebih-lebih melakukannya. Sehingga... Ada juga yang panggil aku sebagai orang gila kerana sering ketawa dan menganggap segala masalah adalah hal yang remeh. Padahal... Aku dengar semua tu dan terpaksa menahan air mata aku dari mengalir kerana kata-kata mereka yang menyakitkan hati itu.

Hati Gempa semakin sebak mendengarnya. Dia menatap sahaja kecewa dan sedih Taufan. Ikutkan hati, dia mahu sahaja menghampiri Taufan lalu memeluknya. Pasti sakit sekali Taufan harus menahannya seorang diri.

Taufan: Selepas itu, Blaze pula.

Gempa menoleh ke arah Blaze. Wajahnya jelas kelihatan yang dia seolah-olah tidak mahu menerima apa yang bakal diperkatakan oleh Taufan sebentar saja lagi. Gempa mengetap bibirnya cuba menahan rasa ingin menangis.

Taufan: Blaze terkenal dengan dirinya yang aktif dan bersemangat. Tetapi, orang kata terlebih aktif juga masalah mental juga, kan?

Terkedu diri Gempa apabila mendengarkannya. Kenapa orang yang aktif dikatakan masalah pula?

Taufan: Blaze sering bersemangat akan segala hal. Jadi dia tidak mudah mengalah dan putus asa. Tetapi suatu hari, selepas saja kawan-kawan kami dapat tahu aku ada masalah bersama Hali. Terus mereka katakan yang Blaze juga ada masalah yang sama. Mereka mula menghina dan mencaci Blaze tanpa mempedulikan perasaan Blaze. Blaze menangis sampai lari pulang ke rumah. Untuk menceriakan Blaze, kami pergi ke hospital untuk memastikan bahawa dia tiada masalah sebegitu. Tapi memang kami tak sangka. Rupanya Blaze juga ada masalah yang sama.

Ais: Kalau kami tahu tentang tu... Mesti kami takkan bawa dah Blaze ke sana.

Gempa menatap wajah kesal 4 saudara itu. Pasti mereka sangat menderita sekarang.

Taufan: Blaze tak boleh stress. Kalau tak dia akan meracau dan mudah marah. Apabila ada sesuatu yang menyakitkan hatinya, Blaze akan hilang kawalan lalu menghapuskannya. Gempa, andai kata ada yang menyakitkan hati Blaze dan Blaze... Bunuh mereka. Apa penamatnya?

Gempa menutup mulutnya kerana terlalu terkejut. Dia menatap kembali ke arah Blaze yang kini sedang menundukkan wajahnya sambil menggenggam tangannya kuat. Dapat dilihat Blaze bergigil menahan rasa sakitnya.

Taufan terus memeluk Blaze bagi menenangkannya.

Taufan: Jangan risau. Buat masa ni Blaze memang takde bunuh sesiapa. Cuma... Mencederakan saja.

Taufan melirik ke arah adiknya dengan perasaan simpati. Diusapnya belakang Blaze bagi menenangkan dirinya.

Ais: Dan aku juga ada masalah. Tapi aku masih kelihatan normal bagi yang lain.

Gempa beralih pula ke arah Ais.

Ais: Aku ada masalah yang mana mudah keletihan. Itu memang kelihatan normal tapi... Sebenarnya jika aku letih, aku perlu segera berehat dengan makan ataupun tidur. Kalau tak, aku akan mula hilang pertimbangan dan khayal.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now