What Did You Know?

2.6K 254 171
                                    

Sementara itu di rumah Tok Aba, kini yang sedang menunggu dan menjaga Halilintar adalah Taufan, Blaze, Thorn dan Tok Aba. Mereka bersama-sama membuat keputusan untuk menunggu Halilintar sehingga dia tersedar.

Dan nampaknya tuah menyebelahi mereka. Setelah 1 jam kemudian Halilintar mula menyedarkan dirinya dari pengsan.

Hali: Urghh... Sstt...

Blaze cuba menghampiri Halilintar namun dia segera ditahan oleh Taufan. Taufan tahu apa yang Blaze sedang fikirkan waktu itu. Dia tahu amarah yang sedang membuak-buak ada di dalam diri Halilintar. Tapi Taufan tidak mahu pertelingkahan berlaku antara Blaze dan Halilintar sekarang. Tambahan pula Tok Aba ada bersama mereka.

Halilintar mencelikkan matanya dan dia mendapati bahawa kini dia sedang terbaring di atas katil miliknya dan Tok Aba beserta Taufan, Blaze dan Thorn sedang berada bersamanya di dalam biliknya. Halilintar memandang pelik ke arah mereka berempat.

Hali: Apahal korang pandang aku macam tu?

Blaze: Buat-buat tanya pulak?! Kau dah lupa ke apa yang kau dah buat dekat Gempa tadi?!

Berkerut kening Halilintar apabila dia tiba-tiba ditengking oleh Blaze. Namun apabila dia mengingat kembali selepas Blaze menyebut nama Gempa, barulah dia teringat akan kejadian tadi.

Halilintar duduk dari baringnya dan dia memandang ke arah Tok Aba dan adik-adiknya satu persatu.

Hali: Jadi?

Blaze semakin marah jadinya. Dia mengetap giginya cuba untuk mengerjakan abang kembarnya itu. Nampak sangat Halilintar langsung tidak kisahkan apa yang dah terjadi pada Gempa!

Blaze: Boleh kau tanya macam tu?! Kurang ajar!

Blaze sekali lagi ingin mendekati Halilintar tapi Taufan lebih pantas. Dia terus memegang Blaze dari belakang bagi menghalang Blaze dari terus mendekat. Walaupun dia terpaksa mengerahkan tenaganya sedikit kerana Blaze sangat kuat.

Taufan memandang ke arah Halilintar bagi berpihak kepada Blaze. Dia tak nak hanya Blaze sahaja yang kena soal Halilintar. Takut nanti Blaze tidak dapat menahan amarahnya.

Taufan: Hali, kenapa kau tergamak buat Gempa macam tu? Kau hina dia dan kau sakitkan hati dia kau tahu?

Halilintar berdecih dan tersenyum miring.

Hali: Heh, jadi? Kau nak aku buat apa? Berlutut dekat dia dan minta maaf? Macam tu?

Blaze: Tak guna kau-!

PANG!!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Halilintar. Semua yang ada di situ terkejut. Terutama Tok Aba, Taufan dan Blaze. Mereka bertiga memandang terkejut ke arah Thorn. Ya, Thorn yang menampar Halilintar.

Thorn: Abang Hali biadap! Tak guna! Berani abang lukakan hati Gempa dan abang buat dia menangis?! Abang tahu tak dia tu anak yatim piatu?! Abang tahu tak dia banyak sangat terluka?! Apa yang abang tahu?! Abang tahu kisah silam dia?! Abang tahu apa yang ada di dalam hati dan fikirannya selama ni?! Abang tak tahu, kan?!

Taufan: Thorn!

Taufan segera mendapatkan Thorn selepas melepaskan Blaze. Nampaknya dia memang tak menang tangan dalam menguruskan adik-adiknya yang cepat hilang kawalan itu.

Walaupun sedang berada dalam halangan Taufan, ia sama sekali tidak menghalang atau meredakan amarah Thorn. Dia terus melepaskan amarahnya sambil cuba untuk mendekati Halilintar sekali lagi.

Thorn: Abang Hali adalah tak guna! Apa yang abang tahu hanya nak hina dia! Caci dia! Marah dia! Abang tak peduli langsung dengan perasaan dia! Thorn benci abang!!

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now