A Group of Friends!

2.8K 255 31
                                    

Gempa menyarungkan baju kemeja kuning bercorak jalur pada badannya dan memakai jaket kegemarannya sebagai alas badannya. Hari ini cuaca agak nyaman jadi dia tidak khuatir jika dia akan berpeluh sewaktu keluar nanti.

Hari ini Gempa berpakat dengan kembar trio untuk ke gerai KokoTiam Tok Aba untuk menolong apa yang patut. Dan sekarang Gempa sudah bersedia. Dia melihat dirinya pada cermin kecil yang digantung di dinding bilik kecilnya. Dia membetulkan sedikit rambut pendeknya dan bersiap untuk turun.

♥◆💕💖◆◆( -  - ✿)◆◆💖💕◆♥

Gempa: Maaf kerana menunggu, semua!

Gempa menuruni anak tangga dari tingkat atas menuju ke tingkat bawah dengan kadar yang tergesa-gesa dan berhati-hati. Dia ternampak geng trio sudah menunggunya di ruang tamu sambil bermain alat permainan baharu yang Gempa yakin ia dicipta oleh mereka sendiri.
Gempa segera menghampiri mereka dan tersenyum. Taufan orang pertama yang menyedari kehadiran Gempa. Dia terus membalas senyuman Gempa dan mula bangkit dari duduknya.

Taufan: Kami tak tunggu lama sangat pun. Tapi... Kau pakai jaket kenapa? Ok apa pakai baju t-shirt tu saja?

Gempa melihat apa yang dimaksudkan oleh Taufan. Dia segera mengangkatkan wajahnya dan menggelengkan kepalanya. Sambil tersenyum, dia mengibas-ngibaskan kedua belah tangannya seperti seekor penguin yang sedang teruja.

Gempa: Ini adalah hadiah dari ayah saya! Jadi saya kalau boleh nak selalu pakainya. Memandangkan hari ini tidak terlalu panas jadi saya rasa saya boleh saja memakainya. Kenapa...? Tak boleh ke?

Gempa dengan mata bulatnya memandang ke arah Taufan dengan pandangan hairan. Namun terselit nada kecewa dan sedih dari suaranya membuatkan Taufan terus menggelengkan kepalanya dengan kadar yang segera.

Taufan: Tak! Tak! Kau bebas untuk pakai apa saja! Maaf! Janji takkan tanya dah!

Gempa tertawa kecil melihat telatah spontan Taufan. Lelaki itu mengangkat tangannya seolah-olah sedang memberi tabik kepada Gempa.

Gempa: Baiklah! Jom? Saya dah tak sabar untuk tengok kedai atok!

Taufan: Jom! Woih, korang! Jomlah!

Mendengar jeritan daripada Taufan, serentak Blaze dan Thorn mengangkat kepala mereka dan mula bersiap-siap untuk keluar rumah. Mereka mengemas semua peralatan dan permainan masing-masing lalu berjalan menghampiri Taufan dan Gempa.

Selepas itu, mereka pun keluar dari rumah dan menuju ke gerai Tok Aba yang tidak jauh dari rumah mereka.

♥☆◆🎊◆◆(* *✿)◆◆🎊◆☆♥

Gempa bersama Taufan, Blaze dan Thorn telah pun tiba di kawasan gerai Tok Aba. Dari jauh Gempa dapat melihat suasana di gerai tersebut. Begitu banyak sekali pelanggan yang datang ke sana dan menikmati makanan di sana. Gempa cuba mengingat kembali tentang apa yang pernah diberitahu oleh arwah mak dan ayahnya tentang kedai Tok Aba. Rasanya inilah apa yang dimaksudkan oleh mereka.

Taufan menarik tangan Gempa supaya mereka lebih cepat tiba di gerai tersebut. Gempa hanya mengikut sahaja kerana dia juga sebenarnya agak canggung untuk ke kawasan yang ramai orang.

???: Dhey, Boboiboy! Lama tak jumpa korang!

Gempa terdengar suara seorang lelaki berbangsa India tiba-tiba menyapa Taufan dan yang lain. Lelaki itu bertubuh gempal dan warna kulitnya sedikit hitam. Persis orang India. Dan bersama dengannya terdapat seorang lelaki berbangsa Cina yang rambutnya berwarna purple spike yang Gempa kenal itu ialah Fang dan 2 orang gadis yang salah satu bertudung berwarna pink dan seorang lagi berbangsa Cina.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now