Forgiveness

2.5K 244 73
                                    

Gempa: Halilintar... Tolonglah... D-dengarkan apa yang saya ingin terangkan... Isk..

Halilintar cuba untuk menarik Gempa supaya dia keluar dari rumah. Tapi dia tak sangka, dalam perjalanan dia ingin menarik Gempa keluar, Gempa sempat berpegang pada dinding dan kini mereka beradu kekuatan untuk menarik diri masing-masing.

Halilintar semakin geram. Dia mahu memukul Gempa. Tapi melihat keadaan sekarang, dia pasti yang lain akan salah anggap. Jadi dia cuba untuk menenangkan dirinya terlebih dahulu.

Kemudian Halilintar menoleh ke arah Gempa.

Hali: Dengar sini. Aku bagi kau masa 10 minit je untuk terangkah segalanya. Kalau aku masih tak puas hati dengan penerangan kau, nahas aku kerjakan!

Gempa mengangguk faham.

'Takpe... Aku yakin Halilintar akan faham... Halilintar baik... Halilintar tak jahat...! '

Halilintar pun melepaskan pegangannya kepada Gempa.

Mereka berdua diam buat seketika sebelum Gempa mula bersuara dalam keadaan suaranya yang serak basah kerana menangis.

Gempa: K-kita duduk dulu, ya?

Halilintar menjeling Gempa buat seketika. Selepas itu dia mengangguk setuju. Dan mereka berdua pun duduk di atas kerusi sofa secara berdepan dengan diri masing-masing.

Hali: Ok. Masa 10 minit kau bermula.

Gempa menelan ludahnya bagi menenangkan dirinya. Sungguh dirinya terlalu dan sangat takutkan Halilintar sekarang. Jika dia tersilap kata, dia tahu Halilintar tidak akan memberikannya peluang lagi. Tapi dia harus menjelaskan segalanya! Dia tahu Halilintar pasti kecewa kerana sepanjang satu minggu ini dia telah menyusahkan adik-adik Halilintar yang lain. Dan dia tidak bermaksud akannya.

Gempa: Halilintar... M-mula-mula sekali... S-saya n-nak minta maaf... Atas apa yang terjadi kepada awak dan yang lain... Jujur saya cakap saya tak bermaksud sama sekali untuk buat macam tu!

Halilintar kekal diam. Dia menyilangkan kakinya di atas kaki satu lagi dan kedua belah tangannya disilang di hadapan dadanya.

Hali: Go on.

Gempa mengangguk.

Gempa: Tentang... Sepanjang seminggu ni... Memang betul saya sedang trauma. Saya... Saya rasa takut.

Hali: Apa yang kau takutkan sangat? Kau dengar, kau bukannya kena rogol pun kan waktu tu? Jadi apa yang kau nak risau sangat?

Gempa cuba menahan dirinya dari menampar Halilintar. Dia tahu, Halilintar tak faham perasaannya sekarang kerana Halilintar sedang marah dengannya. Tapi dengan berkata macam tu sama sekali tidak berhati perut!

Gempa: Halilintar, walaupun awak nak sampaikan bahawa awak tak nak saya terlalu risau, tapi awak perlu tahu! Saya yang kena benda tu! Saya yang kena berdepan dengan benda tu! Mangsa keadaan dalam situasi itu adalah saya! Kenapa awak susah nak faham dengan hati dan perasaan saya?! Saya takut sangat waktu tu awak tahu tak?!

Hali: Kau kan lelaki? Apa yang kau nak takutkan?

Gempa terkedu mendengar kata-kata Halilintar. Jiwanya memberontak. Jantung Gempa mula berdegup tak keruan dan fikirannya mula memikirkan... Bahawa dia memang patut bunuh Halilintar pada waktu itu.

'Tidak, Halilintar ada penyakit. Jadi normal untuk dia selalu kejam sebab penyakitnya melibatkan mental... Sabarlah Gempa... '

Gempa: Halilintar... Walaupun awak kejam dengan saya, tapi saya harap sangat awak tahu sesuatu. Dan saya rasa... Hanya awak seorang sahaja yang tak tahu.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now