Tell You The Truth

2K 193 72
                                    

Sewaktu di dalam perjalanan, fikiran Gempa mula memainkan semula situasi yang dia perolehi tadi. Situasi yang mana dia dapat tahu sesuatu yang tidak terjangka sama sekali di dalam fikirannya.

Hali: Ayah.... Hali nak... Masuk ke akademi yang membaikpulih mental.

Deg!

Betapa sakitnya hati Gempa di saat dia dengar perkataan itu yang keluar dari mulut Halilintar sendiri sewaktu dia mencuri dengar perbualan antara Amato dan Halilintar. Gempa pada awalnya tiada niat sekali pun untuk mencuri dengar tentang perkara itu. Tetapi disebabkan itu ayat pertama yang dia dengar daripada Halilintar, kakinya serta-merta terhenti dan dirinya terus menyorok di belakang dinding tingkap. Tempat di mana dia mendengar segala perbualan antara Halilintar dan Amato sehingga tamat.

Gempa terpaksa memaksakan dirinya untuk ke tandas dan mencuci mukanya yang telah sembab kerana menangis. Dia rasa sungguh sedih dan kecewa. Dia rasa sedih kerana Halilintar sembunyikan hal tersebut dari orang lain kecuali ayahnya. Halilintar boleh saja kan beritahu ahli keluarganya yang lain tentang keputusannya itu? Jadi kenapa dia beritahu Amato sahaja? Dia takut Gempa tahu, kah? Tapi apa kaitan dengan Gempa?

'Ahh... '

Gempa mula terfikirkannya. Dia juga sedang kecewa sekarang. Dan dia baru sedar kenapa.

'Aku sukakan Halilintar... '

Mata Gempa pun mula berair. Tapi dia cuba untuk menahannya. Dia tidak mahu sesiapa melihatnya sedang menangis sekarang. Tidak. Tidak di depan semua. Gempa tidak mahu kelihatan lemah untuk perkara yang remeh-temeh seperti itu.

'Kau kena tahan perasaan ini, Gempa. Walaupun kau suka Halilintar, tapi dia belum tentu akan sukakan kau balik! '

Dan akhirnya, Gempa membuat keputusan untuk tidur sahaja di sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Mengabaikan suasana yang riuh-rendah kerana ulah 3 saudara kembar yang sedari tadi lagi membuat bising iaitu Taufan, Blaze dan Thorn.

•°•°💙💔(´;д;')💔💙°•°•

Hali: Aku mengaku.... Yang aku sukakan Gempa.

Semua orang memandang terkejut ke arah Halilintar. Ya, mereka adalah adik-adiknya sendiri iaitu Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar.

Taufan dan Blaze saling berpandangan buat seketika sebelum mereka menoleh ke arah abang mereka semula.

Taufan: K-kau ni biar betul, Hali? Gempa kan... Adik angkat kita?

Hali: Yes. Aku tahu. Tapi aku tak rasa pun yang Gempa secara 'officially' jadi adik angkat kita.

Blaze: Apa maksud kau?

Solar: Ha'a. Dah jelas-jelas yang Gempa tu dah start panggil mak dan ayah sebagai mak ayah dia juga, kan?

Halilintar mengangguk. Dia faham apa yang adik-adiknya ingin memperkatakan kepadanya. Tetapi hatinya sudah mula berputik untuk mengenali, mencintai dan menyayangi Gempa. Adakah ia salah?

Hali: Takpelah. Aku malas nak ulas benda ni lama-lama. Cuma... Aku nak beritahu korang semua tentang benda ni je.

Ais: Takpe, Abang Hali. Ais faham. Sebab.. Kan Ais pernah tanya Abang Hali sebelum ni?

Halilintar menoleh ke arah adiknya, Ais lalu tersenyum. Dia mengangguk setuju. Ingatannya masih jelas mengingati situasi di saat adiknya Ais bertanyakan soalan yang langsung tidak pernah difikirkannya sendiri.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now