Who Am I Actually

2.7K 254 31
                                    

Ju: Haish... Boleh pula dia pengsan budak Hali ni.

Tok Aba: Alah, dia penat lah tu sebab keluar cari Gempa tadi.

Amato: Hali keluar, abah?

Tok Aba: Ha'a. Adik-adik dia cakap Gempa tiba-tiba hilang. Itu yang Hali keluar cari tu.

Ju: Oohh... Hmm.. Baiklah. Nampaknya kami kena tinggalkan Hali dekat sini dulu. Dia tak nampak akan sedar dalam masa terdekat ni.

Ju memandang ke arah anak sulungnya yang terbaring lemah di atas katil dengan memakai baju t-shirt putih dan berseluar biasa. Sudah tentu adik-adiknya yang tolong tukarkan. Takkan Gempa? ;)

Tok Aba: Elok lah tu. Korang balik lah ke rumah dulu. Nanti esok baru ambil Hali.

Amato: Ok, abah. Ha, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Cepat kemas barang-barang kamu semua. Kita dah nak balik ni.

Taufan dan adik-adiknya saling berpandangan antara satu sama lain buat seketika. Wajah mereka jelas terpancar satu perasaan yang hanya mereka sahaja tahu.

Taufan: Uuhh... Ayah? Mak? Boleh tak kalau kami nak duduk sini semalaman lagi? Lagipun... Kami tak kemas apa-apa lagi.

Ju: Yeke? Hmm.. Oklah kalau macam tu. Mak dan ayah balik dulu, ya?

Taufan dan adik-adiknya mengangguk faham. Mereka berlima keluar dari bilik Halilintar dan menghantar kepergian kedua ibubapa mereka di pintu.

Tok Aba: Ha, Gempa. Kamu tolong tengokkan Hali kejap. Atok nak keluar beli barang pula ni.

Gempa: Uuhh... Atok tak nak Gempa teman ke?

Tok Aba: Alah, takpe. Kamu jaga Hali, ya?

Gempa: Baik, tok.

Gempa menghantar pemergian Tok Aba dengan ekoran mata sahaja. Selepas itu dia melihat kembali ke arah Halilintar yang terbaring lemah di atas katil. Gempa, yang berada di sudut bilik sedari tadi lagi terus berjalan dengan sedaya-upaya mendekati Halilintar. Kakinya masih terasa sakit, tapi kerana merisaukan Halilintar, Gempa tahankan sahaja.

Gempa duduk di sisi katil milik Halilintar. Matanya melihat sahaja wajah pucat Halilintar itu. Jelas terpancar reaksi risau di muka Gempa.

'Salah aku ke dia pengsan? '

Gempa mengusap wajah Halilintar dengan lembut. Namun tangannya tiba-tiba terasa satu hawa yang panas. Gempa berkerut hairan.

'Kejap. Dia demam ke? '

Dan tanpa menunggu lama lagi, Gempa pun menyentuh dahi Halilintar. Panas. Gempa cuba untuk tidak panik. Dia terus bangun dan berusaha berjalan masuk ke dalam ruang bilik mandi yang disediakan khas di dalam bilik Halilintar.

•°•°•°_🐏💓(´ヮ')💓🐏_°•°•°•

Selepas Gempa meletakkan kain kecil basah di atas dahi Halilintar, dia pun berdiri tegak semula.

Gempa: Rasanya lebih elok aku pun tukar baju juga sekarang. Baju aku pun basah ni.

Tidak menunggu lama lagi, Gempa pun terus beredar keluar dari bilik Halilintar dan menutup pintu dengan rapat. Dalam perjalanan dia ingin menuju ke arah biliknya, dia terserempak dengan Taufan dan yang lain.

Taufan: Eh, Gem? Kau nak ke mana?

Gempa: Taufan, saya nak kembali ke bilik sekejap. Halilintar demam jadi saya dah letakkan kain basah di atas dahi dia. Nanti tolong bawakan ubat, air dan makanan untuk dia makan, ya? Saya tak nak ia melarat nanti.

Who Are You? [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα