Help?

2.5K 250 69
                                    

Gempa berlari ke mana sahaja kakinya membawanya pergi. Dia tidak tahu hendak ke mana. Dia bingung. Dia juga tidak membawa apa-apa bersamanya. Gempa tiada telefon kerana selama ini mak ayahnya tidak pernah membenarkannya untuk mempunyainya.

Dan secara tidak sedar, sekarang Gempa tiba di taman tempat hari pertama dia tiba di Pulau Rintis. Dia merenung taman yang bercahaya tersebut. Terdetik dirinya untuk ke sana walaupun sekarang cuaca agak sejuk.

Gempa melangkah mendekati sebuah bangku yang ada di taman tersebut. Dia pun melabuhkan punggungnya di atas bangku itu sembari menghela nafas lelah. Nafasnya kini tercungap-cungap dan dia tidak tahu apa yang patut dia buat sekarang.

Kali ini, sudah masuk 2 kali Gempa berlari keluar dari rumah kerana terluka dengan kata-kata 6 kembar itu. Pada awalnya oleh si bongsu kerana menengkingnya dan menghalaunya keluar. Kemudian sekarang, yang sulung pula. Sungguh Gempa tidak bermaksud langsung untuk menghancurkan keluarga bahagia mereka, tetapi segala tingkah laku Gempa sering disalah anggap oleh mereka. Jadi apa yang patut Gempa buat sebenarnya?

'Aku dah cuba untuk jadi budak baik tapi... Macam tak kena je dengan semua yang aku buat selama ni... Haih... Kau memang tak guna, Gempa... '

Gempa menghela nafas. Dia cukup kecewa dengan dirinya sendiri yang sudah banyak kali merosakkan keluarga Halilintar. Dia tidak bermaksud. Jujur cakap dia memang kalau ikutkan hati mahu duduk di rumah anak yatim kerana dia menerima layanan yang begitu keras oleh Halilintar. Tapi kerana memikirkan Tok Aba, dia membatalkan niatnya. Dan sekarang, dia kembali memikirkan hal tersebut.

'Mungkin aku memang patut masuk rumah anak yatim dulu... '

Buat kesekian kalinya Gempa menghela nafas lagi. Dia penat. Dia mahu berehat. Tapi tak mungkinlah dia akan baring di sini. Di sini tak selamat. Tambahan pula Gempa boleh dengar bunyi anjing-anjing yang menyalak di sekitar kawasan perumahan itu. Memang tak selamat.

Gempa ingin pulang, tapi dia masih tak sanggup berdepan dengan Halilintar. Dia cukup trauma dengan lelaki itu. Dia memang dapat merasakan bahawa Halilintar cukup membencikan kehadirannya ke rumah Tok Aba. Tapi dia tak tahu kenapa Halilintar berbuat demikian. Dia ingin bertanya tapi pada masa yang sama dia masih tetap takut pada Halilintar.

Gempa begitu jauh termenung sehingga tidak sedar ada seseorang sedang menghampirinya. Seorang lelaki. Lelaki itu mendekati Gempa lalu menegurnya.

???: Gempa?

Gempa terus menoleh. Pada awalnya dia ingin panik kerana takut dirinya ditemui oleh salah seorang dari saudara kembar itu namun ataupun dia ditegur oleh orang asing namun segalanya terus hilang apabila dia melihat wajah Fang. Wajah Fang berkerut melihat Gempa sendirian di taman pada tengah malam itu.

Fang: Apa yang kau buat dekat sini?

Gempa: Ah? Aa... S-saya.. Umm...

Fang: Kau lari dari rumah lagi, ya?

Gempa mengalihkan wajahnya dari memandang Fang. Benar. Dia lari dari rumah. Sekali lagi.

Fang yang faham akan respon Gempa terus mengangguk faham. Dia tidak perlu bertanya kenapa Gempa lari dari rumah kerana Fang tahu, hanya ada seorang sahaja yang akan membuatkan Gempa lemah. Halilintar.

Fang: Habis, kau tak nak balik?

Gempa diam terlebih dahulu sebelum mula menggeleng kepala. Dia pun tidak pasti patutkah dia pulang? Kalau dia tak pulang habis dia nak tidur di mana?

Fang: Nak tumpang rumah aku tak?

Seolah-olah faham dengan apa yang difikirkan oleh Gempa, dia terus mempelawa Gempa. Dia tahu bahawa Gempa sedang tidak tahu hendak ke mana selepas ini. Gempa sangat mudah difahami kerana dia jelas menunjukkan bahawa dia tidak menyukai Halilintar. Well... Kalau ditanya Fang, dia juga tidak dapat tahan dengan Halilintar tetapi kerana masalah yang Halilintar hadapi, jadi dia tidak mempermasalahkan hal tersebut.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now