I Am Here

3K 260 12
                                    

Gempa masih memandang wajah Halilintar. Entah kenapa melihat sahaja wajah lelaki di hadapannya itu seolah-olah membuatkan dirinya menjadi tenang. Mungkinkah kerana Halilintar yang menemaninya semalam?

'Walaupun dia cepat menengking dan mudah naik marah, tapi dia sebenarnya baik hati. Kenapa orang macam dia harus diuji macam ni? '

Sayu tatapan wajah Gempa berikan pada Halilintar. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengusap wajah lelaki itu sekadar untuk memberikan kasih sayang walaupun ia tidak akan sebanyak seperti arwah ibu bapanya.

Hali: Lama mana lagi kau nak tenung muka aku?

Gempa: Eh?

Dengan perlahan-lahan Halilintar mencelikkan matanya dan mata mereka berdua bertemu.

Kaku seketika Gempa jadinya sebelum wajahnya mula bertukar kemerahan dan dia pun secara spontan terundur ke belakang.

Gempa: Uwaahh!! Ma-maafkan saya!! Saya tak sengajaaa!!

Halilintar bangkit dari pembaringannya dengan masih menatap ke arah Gempa. Dia menggaru-garu kepalanya membuatkan rambutnya yang sudah kusut bertambah kusut jadinya.

Hali: Hmmh... Maaf tu je? Yang maaf semalam sebab kau pergi tumpang badan aku untuk tidur takde?

Gempa: Eh?!! S-sejak bila?! Macam mana??

Hali: Ceh! Jangan cakap yang kau lupa pulak!

Gempa terkumat-kamit cuba memerah otaknya bagi mengimbau kembali akan memorinya yang lama tadi. Entah apa yang terjadi sehingga membuatkan dirinya itu seolah-olah amnesia dengan perkara semalam. Selain dari ingatannya yang sipi-sipi yang mana dia rasa dia ada berbual dengan Halilintar, sehinggalah sedar-sedar saja dia sudah bangun dalam dakapan Halilintar.

Halilintar yang melihat Gempa seperti sudah hilang ingatan hanya mampu mendengus kesal.

Hali: Semalam kau bukan main lagi menangis macam orang putus cinta. Dah lupa?

Gempa: Y-ya ke..? M-maaf...

Halilintar diam sahaja sambil memandang ke arah Gempa. Entah kenapa tiba-tiba tidak sampai hati pula ingin terus memberikan layanan dinginnya pada Gempa. Tapi dia tidak mahu terlalu ambil mudah ke atas remaja di sebelahnya itu.

Halilintar terdiam sambil menggosok belakang kepalanya.

Hali: Kau... Betul-betul tak ingat ke..?

Gempa menggeleng kecil menjawab pertanyaan Halilintar. Satu dengusan halus keluar dari mulut Halilintar.

Hali: Takpelah. Aku pun tak kisah sangat. Cuma...

Terdiam Gempa jadinya apabila Halilintar secara tiba-tiba menarik kepalanya lalu diletakkan kepala Gempa di atas bahunya. Halilintar mengelus lembut surai rambut pendek Gempa yang panjangnya hanya paras belakang leher itu.

Hali: Kau... Kalau nak luahkan apa-apa, cerita jelah dekat kitorang. Kalau tak tahu nak cerita dekat siapa pun... Datanglah pada aku. I am here. For you.

Dup! Dup!

Tiba-tiba jantung Gempa seperti berdegup kencang. Wajah Gempa merona kemerahan jadinya apabila mendengar kata-kata lembut Halilintar. Ditambah pula apabila Halilintar tiba-tiba mengelus rambutnya dengan lembut sekali.

'Apa yang... Kenapa dengan Halilintar ni..? '

Gempa melirik sedikit ke arah Halilintar yang berada di atasnya. Dia dapat melihat seperti susuk tubuh seorang lelaki yang sangat berwibawa dan bertanggungjawab dalam segala hal. Sering mengambil berat dan prihatin terhadap orang lain.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now