Telling The Truth

2.6K 247 69
                                    

Kaizo: Kamu Gempa, kan?

Kelu lidah Gempa jadinya apabila disoal oleh orang yang memang selama ini tidak disangkakannya sendiri untuk bertemu. Ditambah pula dengan keadaan macam sekarang.

Manakala bagi pihak Kaizo pula. Dia memandang pelik ke arah remaja di hadapannya itu. Kenapa diam sahaja? Atau adakah dia tersilap orang? Jadi, untuk memastikannya betul ataupun tidak, Kaizo pun mula mendekati Gempa.

Gempa mula tersedar dari lamunannya apabila dia mendapati bahawa Kaizo mula mendekatinya. Dirinya mula panik. Apa yang Kaizo buat di sini? Macam mana dia boleh bertembung dengan Kaizo dalam keadaan macam ni? Apa yang Kaizo nak dari dia? Adakah Kaizo masih ingat apa yang telah terjadi di antara mereka pada malam itu? Adakah Kaizo ingin datang untuk meminta maaf atau atau...?

Tidak kiralah apapun niat Kaizo ke atas Gempa, apa yang pasti Gempa sekarang amat takut. Dia sudah cukup tertekan dengan keadaannya di rumah Tok Aba dan dia berharap sangat bahawa di saat dia sedang berada di luar rumah sekarang dia boleh tenangkan dirinya. Tetapi lain pula jadinya. Dia tidak sangka bahawa dia akan bertemu dengan Kaizo.

Kaizo: Hey, kamu ok tak ni?

Gempa mengetap bibirnya. Dia dapat merasakan bahawa jari-jarinya mula kedinginan. Bibirnya mula bergetar dalam diam. Suaranya juga tersekat.

'Tuhan... Tolonglah... Selamatkan aku! '

*☆◆♥💕_•°●︿●°•_💕♥◆☆*

Sementara itu di rumah Tok Aba, para kembar bersaudara mula berkumpul di ruang tamu sambil menikmati cerita kartun Boboiboy yang sedang ditayangkan di kaca TV.

Thorn: Haih...

Mendengar suara keluhan kecil daripada Thorn, Taufan dan Blaze terus menoleh ke arah adik kembar mereka itu.

Taufan: Thorn, kamu ok?

Thorn mengangguk kecil. Walaupun dia cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik supaya abang kembarnya itu tidak terlalu merisaukan dirinya, tetapi riak wajahnya sekarang seolah-olah cukup berbalik belakang.

Blaze: Jangan nak tipulah, Thorn. Aku dan Taufan tahu yang kau tengah risaukan Gempa. Tapi sekarang ni hujan. Kita kena duduk dalam rumah.

Thorn: Tapi... Thorn risaulah dengan Gemgem. Apa yang dia tengah buat dekat luar sana? Dia sendirian ke? Dia sedang berteduh ke? Ada orang kacau dia tak?

Taufan: Abang faham, Thorn. Tapi kita kena berfikir secara positif juga. Daripada kamu berfikir benda-benda yang semakin merisaukan diri kamu, baik kamu fikirkan bahawa Gempa sekarang sedang berteduh di tempat yang selamat dan takde sesiapa pun yang datang mengganggu. Ok?

Thorn mengangguk. Dia cuba tersenyum walaupun dia tahu senyumannya itu pasti tidak dapat membendung kerisauan yang ada di dalam dirinya.

Taufan turut tersenyum bagi menenangkan hati adik kembarnya yang satu itu. Lalu selepas itu dia pun berpaling pula ke arah kembarnya yang terakhir iaitu Solar.

Taufan: Macam mana, Solar? Kau dapat tak call Hali?

Solar: Tak dapat, ah. Mungkin dia tak dengar kot sebab hujan kuat?

Blaze: Entah-entah fon dia termasuk air tak?

Ais menyiku pinggang Blaze dengan kuat.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now