Who Am I Actually (Part 4)

2.5K 236 63
                                    

Keesokkan harinya, di ruang tamu rumah Tok Aba, kelihatan ada 6 orang remaja lelaki yang hampir menginjak 16 tahun sedang duduk berlutut di hadapan seseorang lagi yang kelihatan lebih berusia daripada mereka. Wajah mereka berenam kelihatan begitu pucat dan takut sekali dengan keadaan mereka sekarang. Walaupun hanya dengan duduk berlutut. Kalau boleh mereka mahu sahaja menunduk dan meminta maaf tapi mereka tahu yang mereka tidak akan dilepaskan. Tamabahan pula, ia sama sekali tidak menghentikan orang yang sedang duduk di hadapan mereka itu. Orang yang duduk dihadapan mereka berenam merenung sahaja muka durjana kembar 6 itu.

Tok Aba: Jadi, korang semua pergi serbu masuk dalam bilik Gempa semata-mata... Nak tahu jantina Gempa je?

Kembar 6: Y-ya atok...

Tok Aba: Dan kamu lakukannya?

Kembar 6: Ya atok...

Tok Aba: Apa yang kamu buat?

Kembar 6: Kami ceroboh hal privasi Gempa, atok...

Tok Aba: Dan kamu buat macam mana?

Kembar 6: Masuk dalam bilik Gempa, atok...
Tok Aba: Akhirnya apa yang kamu dapat?

Kembar 6: ....m-malu atok...

Tok Aba: Sebab apa?

Kembar 6: Sebab t-tertengok benda tak sepatutnya...

Habis kemerahan muka mereka berenam apabila mengingat kembali akan situasi pelik tadi. Pelik dan tak terduga.

Tok Aba melihat sahaja cucu-cucunya yang nampaknya memang betul-betul menyesal dengan apa yang telah mereka lakukan. Lelaki tua itu pun mendesah lelah.

Tok Aba: Haih... Atok dah tak tahu dah macam mana nak uruskan korang berenam ni. Makin pening pula.

Kembar 6: Maafkan kami, atok..

Tok Aba pun bangun dari duduknya.

Tok Aba: Korang duduk lah dengan keadaan macam tu sampai atok sudah kerja dekat kedai. Jangan ada sesiapa yang bangun ataupun bergerak ataupun lari. Faham?

Kembar 6: F-faham Tok Aba...

Selepas itu, Tok Aba pun beredar dan keluar dari rumah untuk kembali ke kedainya. Oleh kerana jeritan kuat antara Gempa dan kembar 6 itu tadi, habis satu taman kecoh dan bising. Segala macam haiwan peliharaan pun bising jadinya. Sampai anak-anak kecil yang sedang tidur dengan lena pun terbangun dibuatnya.

Sebaik sahaja Tok Aba sudah tiada di rumah, kini hanya tinggal kembar 6 itu sahaja. Mereka kekal dengan posisi mereka yang duduk dalam keadaan begitu. Agak lenguh kaki mereka kerana sudah lama duduk macam tu dan mereka pula tak biasa dengan duduk stail macam tu! Tapi bila dah kena dengan Tok Aba, hadap jelah.

•°•°•🌸( ੭ु´ ・∀ ・') ु🌸•°•°•

Gempa: Saya dah balik- eh?


Terpinga-pinga Gempa jadinya apabila dia melihat 6 kembar tadi sedang duduk dalam keadaan yang menyedihkan. Walaupun ingatan Gempa masih mengingati peristiwa malam tadi, dia masih ada rasa simpati terhadap 6 kembar tersebut.

Gempa: Semua? Kenapa ni? Kenapa korang semua duduk macam tu?

Taufan: K-kami... K-kena denda, Gempa..

Gempa: Kena denda?? Kenapa pula?

Hali: Ckh! Buat-buat tanya pula!

Pap!

Thorn memberikan satu lempangan kuat di kepala Halilintar kerana geram dengan jawapan dari abangnya yang seorang itu.

Thorn: Jawab elok-elok boleh tak, Abang Hali?

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now