Fight!

2.7K 269 119
                                    

Tok Aba: Dah sampai masanya untuk kita tutup kedai. Hali, tolong atok kemas kedai ni, ya?

Hali: Baik tok.

Halilintar berjalan menghampiri Tok Aba sambil di tangannya membawa sehelai kain buruk yang baru sahaja digunakannya untuk mengelap meja tadi. Segala meja makan sudah dia menterbalikkannya dan menyusunnya di tempat berdekatan dengan gerai Tok Aba. Manakala kerusi-kerusi pula dia sudah menyatakannya dan menyimpannya bersebelahan dengan meja-meja tadi.

Gempa: B-betullah! Aku tak tipu!

Halilintar terdengar suara Gempa di sebalik belakang gerai. Terus dia menoleh ke arah suara tadi dan melihat rakan-rakannya sedang mentertawakan Gempa yang kini sudah kemerahan wajahnya. Yaya dan Ying menepuk-nepuk bahu Gempa seolah-olah berharap agar dia bertabah manakala Taufan dan yang lain masih mentertawakan Gempa.

Hali: Ckh! Kolot...

Halilintar kembali dengan tugasannya. Tidak mahu melibatkan diri dalam perbualan antara rakan-rakannya dan adik-adiknya. Memang stail dia yang jenis introvert pada yang lain. Mujur yang lain juga tidak terlalu mempersoalkannya.

💕💎◆♥◆°•(‘∀’●)♡•°◆♥◆💎💕

Malam itu, semua orang menikmati makan malam dengan tenang. Seperti biasa, Taufan, Blaze dan Thorn sentiasa ada untuk menceriakan suasana makan malam mereka yang diikuti dengan gelak tawa Tok Aba, Gempa, Ais dan Solar kecuali Halilintar. Dia sedari tadi lagi mendiamkan dirinya sambil makan nasi yang dimasak oleh Gempa dan Tok Aba.

Blaze: Yaaahh... Kenyangnya! Terima kasih Tok Aba! Gempa! Masakan korang memang terbaik!

Blaze menunjukkan ibu jarinya sebagai memuji masakan yang dimasak oleh Tok Aba dan Gempa. Tok Aba hanya menggeleng sahaja sambil tersenyum manakala Gempa pula menundukkan kepalanya kerana malu dipuji.

Gempa: S-sama-sama.

Taufan: Kau ni malu-malu betullah, Gempa. Tak payah lah malu-malu. Kita kan dah jadi keluarga?

Taufan berkata sambil mengusap kepala Gempa dengan lembut. Gempa yang menerima usapan tersebut pun tersenyum. Membuatkan suasana di tempat makan itu mula hangat dan tenang.

Thorn: Atok, bila mak dan ayah nak balik?

Thorn mula membuka sesi perbualan untuk mengelakkan suasana menjadi sunyi. Tok Aba yang menerima soalan tadi terus teringatkannya.

Tok Aba: Hmm.. Kalau tak silap waktu korang nak buka sekolah nanti.

Thorn: Oh, jadi tinggal 3 minggu lagi lah? Hmm.. Lambat lagi lah kiranya.

Thorn mencebik sedih. Ais yang berada di sebelah Thorn cuba menyemangatkan adiknya itu dengan menepuk-nepuk kepalanya dengan lembut.

Ais: Alah, takpe Thorn. Kalau kita rindu, kita video call jelah dekat diorang. Lagipun, mak dan ayah ada dekat luar negara sebab kerja, kan?

Thorn: Tau... Tapi... Lama sangat diorang pergi. Thorn rindu pelukan mak. Nak main dengan ayah juga.

Blaze: Semua orang rindu dengan mak dan ayah, Thorn. Tapi kita kenalah bersabar. Kan Gempa, kan? Eh, Alamak..

Blaze yang baru tersedar akan kata-katanya terus menutup mulutnya. Taufan memberikan pandangan amaran pada Blaze dan mereka semua (kecuali Halilintar) terus melihat ke arah Gempa yang sedari tadi mendiamkan diri.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now