Sinopsis

27.6K 595 19
                                    

Ammara Fathina. Dia gadis yang manis dan berbudi bahasa. Apabila Fathina mahukan sesuatu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya. Baginya, tuah tidak datang bergolek. Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal mengajarnya erti sebenar sebuah kehidupan di usia yang muda.

Syed Uzzam Zafran. Dia lelaki dikagumi ramai kerana pangkat yang dimilikinya. Sudah banyak kejayaan yang dia rangkul di atas titik peluhnya sendiri. Membesar tanpa kasih seorang ayah dan ibu, Uzzam langsung tidak memasang cita-cita untuk mencari pasangan hidup.

Tiada pilihan lain, Fathina terpaksa melangkah masuk ke Querencia Hotel. Tujuannya hanya satu. Biasiswa. Dia harus dapatkan biasiswa itu. Namun, hatinya hancur di saat permintaannya ditolak mentah-mentah oleh Si Mamat Singa itu. Dia terpaksa merayu.

"Please Dato', I'm willing to do anything as long as I can be a part of this company. Anything" - Ammara Fathina

Entah kenapa hati Ammara mengatakan yang dia pernah bersua muka dengan Uzzam. Suara lelaki itu, seakan-akan pernah didengarnya suatu ketika dahulu dan bau yang melekat pada tubuh Uzzam mampu menenangkannya dalam sekelip mata.

"Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" - Ammara Fathina

"Nope, I won't simply remember those people who come across my life. Especially the non-valuable ones" - Syed Uzzam Zafran


-He is the guy who left me speechless, he entered my life without me knowing, I was in love with him, so deeply-


*****

Buat pembaca tercinta (ditulis pada 2/7/2022 - 10:30 p.m.):

-> KDU ditulis pada tahun 2019, jadi waktu ni penulisan Nina masih lemah. Even sekarang pun, masih banyak aspek berkaitan penulisan yang perlu Nina perbaiki. 

-> KDU Nina tengah edit (tapi bukan di Wattpad ya) dengan harapan untuk diserahkan kepada syarikat penerbitan di kemudian hari. InsyaAllah, doakan Nina ya.

-> Maaf kalau ada yang tak selesa dengan kesilapan ejaan, punctuation, grammar dan sebagainya. Sila take note yang Nina buat cerita ni waktu umur 19 tahun. Jadi, ada sedikit sebanyak unsur-unsur kurang matang. So, please enter at your own risk.

-> Sokongan setiap reader amat Nina hargai sampai bila-bila. Thanks for supporting Nina Fini ❤


"Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat". 

[al-Mujadalah:11]


Don't forget to vote, comment and share!


Love,

Nina Fini

Kerana Dia Uzzam ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu