Part 5

12.1K 612 61
                                    

Zafril menunggang superbike hitam yang terdapat logo naga di tepi atas tangki minyak. Matanya fokus menghadap jalan sebelum signal di tolak ke kiri untuk sampai ke tujuannya. Sesampai di tempat tujuannya iaitu di restoran mewah di mana dia dan sekumpulan kawannya sering melepak.

Zafril menolak pintu restoran lalu mengangkat sebelah tangan ke arah lelaki yang merupakan pemilik tempat makanan ini. Kawan dia jugak so jangan risau. Dari tempat dia berdiri matanya menangkap tiga orang kawannya sedang duduk di sudut hujung yang sudah menjadi kawasan milik mereka sendiri.

Zafril berjalan menuju ke sana dengan membawa helmet bersama. Bahu dua orang kawannya yang duduk membelakangi dirinya iaitu Kreol di pukul kuat menggunakan penumbuk manakala Alvin di pukul kuat menggunakan helmet tanda sapaan sebelum mengambil kerusi di depan mereka berdua.

Kedua kawan lelaki yang bahunya di pukul tadi tersentak lalu mendesis sakit terutamanya Alvin. Zafril kalau bergurau agak tak lembut ya. Zafril tersengih kecil dan meletakkan helmetnya ke atas meja.

" Mana Dinie, budak tu tak sampai lagi ke? Padahal tadi bukan main heboh call aku suruh cepat ". Ujar Zafril selepas tidak melihat susuk tubuh manusia bernama Dinie di situ. Jumlah kawannya yang rapat adalah empat orang, seorang perempuan yang namanya Dinie dan tiga orang lelaki ; Kreol, Alvin dan terakhir Harry.

" Dinie pergi toilet kejap. Katanya dah tak tahan nak melepas ". Jawab Kreol selamba tanpa rasa malu. Zafril mencebik sesaat sambil memgetukkan jari jemarinya ke atas meja.

Antara mereka berlima Harry jenis paling pendiam dan jarang membuka mulut. Kalau nak dengar suara dia bercakap panjang memang tak mungkin. Kau ajaklah dia bercakap kadang  kalau tak mengangguk, mengeleng, iya atau tidak.

Entahlah malas Zafril nak ambil kisah. Kalau Kreol dan Alvin pula jenis banyak cakap kalau sudah di ajak bersembang. Kawan dia dua ekor ni lah suka cari masalah sehingga melibatkan orang luar dan berakhir mendapat pukulan daripada Zafril.

Pernah sekali dulu Kreol dan Alvin ni pergi memaki beberapa samseng di satu lorong bangunan sehingga melibatkan aksi gaduh bergaduh. Zafril sebenarnya tak suka bergaduh ni tapi kalau melibatkan orang dekatnya nak tak nak terpaksa lah dirinya ikut terlibat.

Dan yang terakhir pula seorang gadis bernama Dinie berumur setahun lebih muda berbanding empat orang lelaki di kumpulannya. Seorang gadis tomboy dan kasar. Sebab itu Dinie lepas masuk ke dalam kumpulan Zafril. Sikapnya seperti lelaki itu sesuai dengan mereka berlima.

Tidak berapa lama kemudian makanan mereka telah sampai memenuhi meja makan. Sorakkan seronok daripada keempat lelaki itu mendapat perhatian daripada pelanggan.  Mereka mengabaikan pandangan pelanggan yang ada dia situ. Tak kisah pun.

Lagipun pemilik restoran ni dah biasa dengan sikap mereka berlima. Tanpa menunggu Dinie yang sudah lama berada di dalam toilet. Mereka menyuap makanan ke dalam perut terlebih dahulu. Dinie dengan wajah merah kerana marah berjalan layaknya lelaki menuju ke arah kawan kawannya.

Dinie berjalan dengan menghentak lalu menarik kerusi yang ada di sebelah Zafril dengan kasar. Jangan lupa dengan rambutnya sedikit basah di atas dahi dengan untaian rambut yang terkeluar daripada ikatan rambut gaya ekor kuda. Wajahnya jelas memerah sambil mengenggam kedua gepalan tangan.

Keempat lelaki yang sedang makan tadi terhenti melihat kedatangan Dinie yang seakan merempan marah. Zafril menaikkan satu keningnya ke atas dengan gelagat Dinie.

" Kau dah kenapa Dinie kena sampuk hantu toilet tu ke apa. Datang datang merempan tak tentu pasal ". Kreol bertanya dengan sindiran yang dikeluarkan bersama. Dinie menjeling marah ke arah Kreol. Harry melihat wajah kawan perempuannya sekilas sebelum menyambung makan.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now