Part 16

8.9K 616 83
                                    

" Tak baik tolak rezeki tahu tak. Lyne dah buat penat penat untuk abang. Hargai lah Lyne sikit ". Lyne Isabella membuka beg kertas yang dia bawa berisikan makanan murni hasil masakkan dia sendiri. Kakinya mengikuti langkah besar Zakiff yang menuju ke kereta.

Zakiff mendengus marah kerana rimas mendengar suara bebelan tak berhenti daripada Lyne Isabella. Terus terdiam bibir lincah Lyne apabila mendengar bunyi hempasan pintu yang berasal daripada Zakiff sekejap tadi. Dia menatap Zakiff dengan sedikit gerun.

" Aku ada minta kau masakkan untuk aku ke? Tak ada kan. So tak payah banyak bunyilah ". Kasar intonasi suara Zakiff membalas kepada Lyne. Lyne cuma terdiam tidak berani membuka mulut tadi.

Sebenarnya Lyne dan tunggu Zakiff daripada tadi tepat di depan syarikat kereta milik lelaki itu. Dia fikir lepas Zakiff keluar lelaki itu akan mengambil makanan yang dia buat. Seketika dirinya teringat beberapa hari lalu makanan yang dia buat hanya terbuang sia sia sahaja.

" Lyne cuma— nak bagi abang rasa je ". Ujar Lyne dalam lirihnya. Dia bukan meminta simpati tapi hatinya sedikit sebanyak terguria dengan kata kasar setiap kali Zakiff membuka mulut. Apa semua yang dia buat tak pernah berharga bagi Zakiff.

" Aku tak nak, buang jelah. Aku tak ada masa nak makan makanan kau. Lagi satu berapa kali aku dah cakap jangan panggil aku abang. Aku bukan abang kau ". Sambung Zakiff lagi dengan lebih kasar seraya membuka pintu kereta. Anginnya selalu tak baik kalau berdekatan dengan Lyne Isabella. .

" Tunggu dulu— ". Lyne Isabella dengan beraninya memegang tangan Zakiff menghalang lelaki itu dari masuk ke dalam kereta. Zakiff mendengus kasar sambil menyentak tangannya daripada Lyne.

" Kau nak apa lagi! ". Lyne menguatkan diri untuk mengukirkan senyuman walaupun hatinya semakin perih. Anak perempuan Irfan dan Lara itu menepikan perasaannya. Dirinya lebih suka mengelarkan Zakiff dengan abang. Salah ke?

" Sekurang kurangnya a–abang ambil lah ni sekali ". Lyne menghulurkan beg kertas tersebut di depan dada Zakiff. Sungguh berharap Zakiff mahu mengambilnya tapi— sangkaannya melayang jauh apabila tangan Zakiff menepis beg kertas itu sehingga tercampak jatuh.

Lyne menatap beg kertas yang tergeletak di atas jalan tar dengan terkejutnya sebelum kembali menatap Zakiff. Zakiff hanya beriak biasa seakan tak ada apa yang berlaku. Lyne mengemamkan bibirnya menahan perasaan sedih. Apa lagi yang perlu dia buat untuk Zakiff?

" Ke-Kenapa abang buang. Kalau abang tak nak tak perlu tolak Lynd macam ni sekali ". Sedih dan sayu nada Lyne melontarkan kata. Tapi hanya senyuman sinis yang Zakiff berikan. Dia sama sekali tak kisah dengan riak wajah sedih wanita itu.

" Aku dah cakap dengan kau. Aku tak nak tapi kau yang paksa aku. So terima jelah ". Tidak berperasaan sungguh Zakiff mengujarkan perkara itu. Sikit pun dia tak memikirkan perasaan Lyne yang susah payah memasak untuk dirinya.

" Awak kejam Zakiff ". Bisik Lyne sambil merenung kedua mata Zakiff. Lyne Isabella juga sudah menukar panggilannya terhadap Zakiff. Kalau tadi Lyne lebih memilih memanggil Zakiff dengan abang tapi sekarang tidak lagi. Zakiff menyinis lagi menghapus jarak antara mereka berdua.

" Kau belum nampak sisi kejam aku lagi Lyne Isabella ". Zakiff tak perlu terlalu menunduk ke bawah memandangkan ketinggian Lyne agak standard. Lyne mengenggam kedua tangannya kuat. Baru bibirnya ingin mengeluarkan sesuatu ada suara yang memanggil namanya kedengaran.

" Lyne Isabella ". Sama ada Lyne mahupun Zakiff menoleh ke arah suara kuat tersebut. Kelihatan seorang lelaki menuju ke arahnya dengan sedikit laju. Automatik bibir Lyne menyebutkan nama lelaki tersebut memandangkan dirinya cukup mengenalnya.

" Iman ". Zakiff mengalihkan perhatian kepada Lyne yang baru sahaja menyebutkan nama lelaki yang tadi memanggil gadis itu. Situasi ini membuat Zakiff sedikit tidak faham.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now