Part 14

10.1K 763 144
                                    

Zayfa bersiap membawa bagasinya ke dalam kereta Ailen sahabat perempuannya. Mereka berdua berancang ingin pergi bercuti selama empat hari di suatu tempat. Ada seorang lagi kawan perempuan yang akan turut pergi iaitu Lila. Lila akan di jemput selepas mengambil Zayfa.

" Zayfa betul ke nak bawa Edzhar sekali ni. Tak menganggu nak bercuti ke nanti ". Suara mamanya mendayu lembut kepada Zayfa yang sudah menutup bonet kereta dengan bantuan Ailen. Ailen berdiri di sisi kereta melihat ke arah anak ibu yang sedang bercakap.

" Betul, lagipun Ailen dengan Lila nak main dengan Edzhar nanti dekat sana mama. Kan Ailen ". Zayfa memalingkan kepalanya menatap Ailen yang berada di belakangnya. Zara selaku mama Zayfa turut merenung ke arah Ailen.

Tanpa berlama, Ailen melangkah mendekati kedua wanita yang menunggu jawapannya. Kini dia sudah berdiri di sebelah Zayfa seraya menatap ke arah Zara.

" Betul aunty tak menganggu pun kalau bawa Edzhar sekali ". Jawapan Ailen membuatkan Zara menghela nafas sedikit lega. Matanya menatap Zayfa sedikit tajam manakala Zayfa pula hanya tersenyum kekok menunjukkan giginya.

" Kalau macam tu biar mama ambilkan Edzhar sekejap. Nanti kalau susah nak bergerak bebas jangan salahkan mama. Mama dah bagi amaran ni ". Zara berujar dengan wajah memberi seakan peringatan kepada Zayfa sebelum berlalu ke dalam ingin mengambil Edzhar yang mungkin tidur.

Zayfa dan Ailen saling bertatapan antara satu sama lain. Awalnya dia bercadang hanya dirinya, Ailen dan Lila yang pergi tapi disebabkan dua sahabatnya tersangat ingin membawa Edzhar, jadi dia ikutkan saja. Lagipun Edzhar bukan jenis suka membuat masalah.

Kedatangan Zara kembali bersama Zakiff yang berpeluk tubuh membuatkan Zayfa beriak malas. Dia tahu kejap lagi mesti ada bebelan yang keluar dari mulut alongnya. Zakiff bersandar pada sisi bingkai pintu menatap kedua gadis itu lama.

" Zayfa jaga Edzhar baik baik, jangan leka sangat sampai lupa anak kamu pula. Ni beg barang Ezhar. Elok elok dekat sana Zayfa ". Panjang lebar Zara memberi nasihat kepada satu satunya anak perempuannya.

Muncul sedikit perasaan berat hati ingin membiarkan Zayfa pergi tapi dia percaya anaknya mampu menjaga Edzhar dengan baik. Zayfa menyambut Edzhar yang sedang tidur dengan penuh berhati hati. Risau anaknya terjaga nanti.

Sementara itu, Ailen pula mengambil beg barang Edzhar kerana kedua tangan Zayfa sudah mendakap budak kecil itu di gendongan.

" Zayfa pergi dulu ya mama ". Ujar Zayfa sambil berputar ingin menuju ke kereta sahabatnya.

" Ailen pergi dulu aunty ". Ailen tersenyum manis seraya bergerak ke keretanya.

Baru beberapa langkah Zayfa bergerak suara alongnya kedengaran seperti yang dia jangkakan. Zakiff masih berdiri hanya mulutnya yang berujar.

" Zayfa kau tahu kalau ada apa benda jadi call aku kan ". Zayfa berputar untuk melihat alongnya. Sejujurnya dia sudah mendengar ayat tu sejak dulu lagi. Tapi dia faham alongnya cuma nakkan dia selamat. Lagi lagi bawa baby kecil ni.

" Tahu along, Zayfa pergi dulu bye. Bye mama ". Zayfa masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang. Sebaik duduk dia terus melambaikan tangan dengan riak penuh ceria begitu juga Ailen sebelum hilang dari pandangan Zara dan Zakiff.

Lama keduanya merenung ke depan setelah beberapa minit barulah mereka bergerak masuk. Zara melirik anak sulungnya lalu menepuk bahu tegap anaknya.

" Zakiff dah tengok Lyne ke belum? Mama dengar daripada Zayfa hari tu dia kena ganggu dengan orang ". Zakiff tidak beriak lebih wajahnya seakan tidak peduli sama sekali dengan gadis bernama Lyne tersebut.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now