Part 39

13.7K 769 165
                                    

Hola
----

Luth Adryian melangkah masuk ke dalam rumah mewah tersebut sambil memandang ke sekeliling secara perlahan. Kepalanya menoleh ke arah meja di mana terdapat beberapa frame gambar terletak. Kakinya menapak menghala ke sana, memanjangkan tangan menyentuh fram gambar sekeluarga lengkap tersebut.

Nampak begitu bahagia dengan kedua ibu bapa bersama empat orang anak yang tersenyum lebar memandang depan. Jarinya mengusap figura perempuan yang berdiri di belakang bersama ketiga adik beradik lelaki. Perempuan itu tersenyum penuh riang menayangkan gigi sambil memeluk lengan lelaki muda yang nampaknya berusia belasan tahun.

Cantik, puji Luth Adryian di dalam hati tanpa sedar. Matanya merenung dua orang kembar berwajah serupa itu. Yang satunya hanya datar manakala satu lagi mendaratkan tangan di atas kepala adik perempuannya. Happy family huh? Lama dia menatap ke semua wajah yang ada di situ.

Satu sahaja yang terlintas dalam kepalanya iaitu– Kenapa dia tak pernah merasakan makna happy family dalam hidupnya.

" Luth Adryian.. Kenapa berdiri? Jemputlah duduk dulu. Ni air untuk kamu. Aunty nak pergi ke dapur sekejap ". Tegur Zara sambil membawa secawan minuman di tangan sebelum di letakkan ke atas meja. Mempelawa Luth Adryian yang berdiri supaya duduk.

Berpaling kepala Luth Adryian ke arah suara yang tegur dia tadi. Bersama senyuman tipis, dia mengangguk sekali.

" Okay aunty. ". Setelah Zara— wanita berumur yang merupakan mama kepada Zayfa itu pergi ke dapur. Barulah Luth Adryian mengambil tempat duduk di salah sebuah sofa yang tersedia. Duduk lagaknya dialah yang mempunyai kediaman tersebut. Merenung cawan berisi coffee yang dibawa oleh Zara untuknya.

Tangan mengambil cawan tersebut lalu di hirup ke mulut. Menjilat bibirnya yang basah sebelum kembali di letak ke atas meja. Matanya kembali meliar memandang sekitar sudut ruangan besar yang dia duduk. Badan bersandar pada sofa dengan satu tangan di tahan pada badan sofa.

Sunyi. Mana pergi semua orang? Seketika urat di lehernya terasa tegang dan seakan tertarik. Tak perlu menanti lama, terus dia menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan bagi melegakan uratnya. Selesai ke kiri, kini ke arah kanan pulak dan kebetulan satu suara kedengaran sambil menuruni tangga..

" Mama, ma—ma.. ". Mata mereka bertemu, lantas gadis tersebut menghentikan langkah. Riak wajah gadis itu cepat berubah apabila melihat kehadiran Luth Adryian di sana. Kelopak mata Zayfa melebar besar dengan bibir yang ikut terbuka sedikit. Menandakan dirinya terkejut melihat Luth Adryian.

Tidak berekspresi lebih, Luth Adryian hanya mengangkat hujung bibirnya ke atas sebagai sapaan. Zayfa tercenggang dengan menderu soalan masuk satu persatu. Memang mama bagitahu ada orang nak datang makan sekali dekat rumah mereka tapi Zayfa tak percaya orang yang mamanya maksudkan adalah Luth Adryian?

K-Kenapa? Kenapa mama jemput Luth Adryian datang ke rumah? Siap masuk dan duduk dengan posisi satu kaki ternaik di atas riba. Nasib baik jugak, Zayfa dah berpakaian sopan. Kalau tak makin bertambah seringaian Luth Adryian. Zayfa tak mampu gerakan kakinya. Dia melekat di situ.

Sampailah susuk tubuh mamanya kelihatan membawa sepiring kueh? Biskut? Zayfa tak ambil kisah tentang tu. Yang dia nak tahu sekarang ni. Kenapa mama ajak Luth Adryian datang makan ke sini. Zayfa berjaya mengangkat kakinya, berlari kecil kemudian menyentuh lengan mamanya yang baru sahaja meletakkan pinggan ke meja berdekatan dengan cawan.

" Mama. Ke–napa mama jemput dia datang sini? ". Zayfa bertanya tanpa berlapis. Zara memandang hairan sempat Luth Adryian di kerling sebentar lalu menghadap anak perempuannya yang kelihatan mencurigakan. Zara menepuk tangan Zayfa selepas mendengar pertanyaan agak kurang sopan tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 24, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now