Part 8

10K 560 91
                                    

Izzana masuk ke dalam stor sukan untuk mencari bola yang dikatakan oleh cikgu sukannya tadi. Izzana tanpa curiga apa apa melepaskan gagang pintu setelah masuk ke dalam stor. Izzana memulaskan kunci almari besi lalu membuka dengan susah payah.

Almari besinya ketat betul. Habuk bertebaran di udara. Lekas Izzana mengibas tangannya agar habuk tadi menghilang. Setelah itu, dia mengambil bola yang di maksudkan oleh gurunya. Memang situ ada beberapa bola baru yang masih cantik. Dapat je bolanya, Izzana terus menutup pintu almari semula.

Baru satu langkah Izzana bergerak, matanya menangkap sesuatu bergerak di sudut stor yang terhalang dengan meja ping pong. Sebuah kaki bersalut kasut sekolah. Awalnya Izzana nak abaikan dan kembali ke kelas tapi firasat hatinya menyuruh dia untuk mencari tahu siapa pemilik kaki tu.

" Aarghh! ".

Izzana menjerit terkejut apabila melihat lelaki pemilik kaki yang terlunjur tadi. Lelaki yang tidur di atas tiga tilam nipis tersentak bangun lalu mengangkat topi yang menutup wajahnya. Izzana terundur ke belakang secara automatik.

" Kau jerit kuat kuat ni kenapa gila!? ". Marah lelaki yang sudah berubah posisi kepada duduk dengan mata tajam merenung Izzana. Sesaat, kening si pelajar lelaki bertaut rapat sebaik mengenali siapa perempuan yang menjerit tadi.

" Zariel? ". Izzana bertambah terkejut. Jadi pemilik kaki tadi rupanya Zariel? Zariel Haikal si penagih hutang? Zariel yang tadinya tidur kini ikut berdiri dengan jari tunjuk lurus menunjuk ke arah wajah Izzana.

" Kau!! ". Seru Zariel selepas mengenali perempuan yang menganggu tidurnya. Lidah Izzana tiba-tiba menjadi kelu sendiri. Zariel mendengus marah, dia elok elok tidur datang pulak perempuan ni mengacau lenanya.

" Kau buat apa dekat sini? ". Soal Zariel dengan dagu terangkat sedikit. Izzana menelan air liurnya sendiri mendengar suara kasar Zariel.

" Ha? Oh! Cikgu Hasan suruh aku ambil bola dekat almari " . Izzana menjawab dengan kepala mengangguk kecil. Menjelaskan apa yang lakukan dekat stor ni. Zariel mengecilkan matanya menatap Izzana tajam.

" Bola? So kau dah dapat belum bola tu? ". Zariel bertanya lagi dengan nada tidak berminat untuk bersembang dengan Izzana. Izzana memandang muka datar Zariel sebelum menunjukkan bola pada tangannya.

" Dah! Ni bolanya ". Izzana menjawab biasa walaupun sebenarnya jantungnya berdebar tidak tentu pasal. Bukan jatuh cinta melainkan rasa gerun dengan muka tegang Zariel. Nampak sangat Zariel tak suka dengan kehadiran dia.

" Kalau kau dah dapat bola yang cikgu Hasan tu nak. Kau tunggu apa lagi? Blah lah. Nak berdiri jadi patung pulak ke?! ". Zariel menegur keras dengan nada yang menyentak tinggi. Izzana terkejut dengan gementarnya dia cuba melarikan pandangan.

" Ha... Ya.  Aku nak pergi lah ni ". Izzana bergerak laju ke arah pintu stor. Zariel pula kembali baring untuk melanjutkan tidur yang terganggu tadi. Topi di letakkan di atas muka lagi tapi baru matanya tertutup, Izzana mencari pasal lagi.

Bunyi pintu berdecit kedengaran dalam stor akibat di tarik oleh Izsana. Izzana masih cuba membuka pintu yang tertutup rapat. Matanya melirik dari atas pintu sampai bawah. Kenapa macam ketat sangat?

" Kau memekak apa lagi perempuan! Keluarlah cepat! Aku nak tidur ni. Hah satu lagi jangan tutup pintu tu rapat sangat renggangkan sikit ". Arah Zariel keras sambil menyamankan posisi baringnya dengan berpeluk tubuh. Butang baju seragam sekolah sudah terbuka habis, membiarkan baju tshirt hitamnya terdedah.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now