Part 22

9.8K 738 89
                                    

" Apa kita nak buat sekarang ni Lila. Dah dekat setengah jam kita duduk dekat sini ". Lila tidak mengalihkan pandangannya walaupun mendengar suara cemas Ailen. Lila hanya memandang ke depan jalan. Mereka berhenti di tepi jalan selang serumah daripada rumah keluarga Zayfa.

Mereka sudah sampai di kawasan rumah Zayfa hampir setengah jam yang lalu. Tapi di sebabkan takut dan risau Lila memilih untuk memarkirkan kereta jauh daripada rumah papa mama Zayfa. Agaknya macam mana reaksi Zarif Haikal jika dapat tahu anaknya hilang atau di culik.

Lila memejamkan matanya erat sambil menarik nafas berat. Zayfa dengan mereka berdua jadi automatik rasa takut itu hadir. Ailen memang sudah cemas habia dengan peluh mengalir keluar. Sama ada Lila ataupun Ailen cuba menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan mama Zayfa.

Risau jika wanita itu berubah cemas. Jadi mereka cadang mahu memberitahu Zarif Haikal sahaja.

Bagaikan nasib menyebelahi kedua gadis itu, kelihatan sebuah kereta yang mereka kenal milik Zarif Haikal bergerak pergi. Lila yang berani sedikit lantas membuka pintu kereta diikuti oleh Ailen setelah itu. Lila terus melambaikan tangannya ke atas memberi isyarat kepada Zarif Haikal.

Zarif Haikal yang memandu mengerutkan keningnya apabila melihat ada gadis melambainya. Seketika itu dia mengenali siapa gerangan dua orang gadis tersebut. Kereta di parkir ke tepi sebelum berlalu keluar. Matanya mencari kelibat Zayfa dan Edzhar. Tanpa berfikir buruk Zarif Haikal menghampiri kedua kawan anaknya.

" Lila, Ailen kenapa berhenti dekat sini. Zayfa dengan Edzhar mana? Bukan cuti lama lagi ke? Ada apa ni ". Lila dan Ailen bertatapan sesama sendiri dalam keadaan gelisah. Zarif Haikal berdiri seraya menunggu balasan. Sementara itu dia mengerling jam di tangannya.

" Un--Uncle.. ". Entah kenapa kelu lidah Lila mahu menjelaskan perkara sebenar kepada papa Zayfa. Ailen mengenggam pakaian Lila erat dengan pandangan takut takutnya. Zarif Haikal memeluk tubuhnya memerhati air muka kedua gadis itu yang seakan serba tak kena.

" Ada apa Lila, Ailen. Cakap cepat uncle ada hal sekejap lagi ni ". Lila menghela nafasnya panjang sebelum mengangkat wajah sambil mengumpul keberanian. Wajah biasa Zarif Haikal di tenung seketika. Dengan itu rasa seram sejuk menyerbu dirinya.

Baru wajah biasa sudah membuat anak orang takut inikan wajah ketika marah. Mahu pengsan anak orang dibuatnya.

" Kita—orang nak bagitahu sesuatu dekat uncle. Pasal Zayfa dengan Edzhar ". Akhirnya Lila berani mengujarkan perkara tersebut walaupun rasa takutnya masih ada. Makin berkerut kening Zarif Haikal selepas mendengar nama anak dan cucunya itu.

" Kenapa dengan Zayfa? Kenapa dengan Edzhar? ". Firasatnya sudah merasakan sesuatu yang tak baik. Zarif Haikal menarik nafasnya seraya menahan diri daripada bertanya. Dia memerhati ke kiri dan kanan sebelum membuka langkah ke arah keretanya.

" Ikut uncle ". Lila dan Ailen terdiam di tempat mereka lalu segera masuk ke dalam kereta selepas melihat Zarif Haikal menghidupkan kereta. Lila memandu mengikuti kereta Zarif Haikal daripada belakang.





" Apa dah jadi. Bagitahu uncle daripada awal sampai akhir. Jangan ada yang tertinggal sikitpun". Sebaik mereka bertiga mencari tempat yang tak terlalu banyak manusia, Zarif Haikal terus mengutarakan perkara itu kepada kedua sahabat anaknya.

" Zayfa dengan Edzhar hilang ". Zarif Haikal yang bersandar pada badan kereta terus berdiri tegak menapak selangkah merapati Lila dan Ailen dengan riak wajah yang mula berubah. Jangan kata telinga tua nya tersalah dengar. Zarif Haikal hampir mengorek telinganya tapi ditahan.

" Hilang? Apa maksud kamu berdua Zayfa dengan Edzhar hilang? ". Zarif Haikal masih bersabar untuk tidak curiga atau lebih berprasangka buruk. Lila cuba membuang perasaan takutnya menjauh. Lebih baik semuanya di ceritakan daripada disimpan.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now