Part 15

9.4K 635 109
                                    

Dinie menghempas badannya ke atas sofa yang di duduki oleh Zafril. Zafril hanya mengerling sekilas sebelum bermain telefonnya semula. Gadis yang merupakan sahabat Zafril itu menyandarkan belakang kepalanya pada penyandar sofa sambil merenung ke atas siling. Fikirannya sedikit bercelaru.

Tadi sebelum dia datang ke apartment milik Zafril yang biasa dia lepak bersama tiga kawannya yang lain. Dia baru lepas kena ceramah dengan papa mamanya tentang perkahwinan. Family dia tak habis habis suruh dia cari pasangan dan berkahwin. Sedangkan dia tidak pernah berfikir ingin berkahwin dalam umur muda begini.

Di sebabkan itu, Dinie lebih suka berada di luar berbanding duduk di dalam rumah. Telinga dia rasa macam nak pecah bila dengar perkataan kahwin tu. Memang tak ada benda lain kot family dia nak sembang selain kahwin, kahwin dan kahwin. Dia tak ada lelaki yang nak di gelar boyfriend.

Macam mana dia nak ada boyfriend kalau dia sibuk melepak dengan Zafril, Alvin, Kreol dan Harry hampir setiap masa. Zafril melirik Dinie yang diam sejak datang tadi. Dalam hatinya dia tertanya kenapa kawan perempuannya seakan ada masalah?

" Kau okay ke Dinie? ". Soal Zafril setelah agak lama berdiam. Matanya lurus melihat ke arah muka Dinie. Jujur dia cakap, kawan perempuan dia ni cantik cuma sikap je macam lelaki. Belum lagi kalau soal mencarut, bagi jelah dengan Dinie ni.

Tapi Zafril selesa berkawan dengan Dinie sebab tak fake. Kalau dia tak suka, dia akan lepaskan. Tak fikir apa dah.

Dinie yang mendengar suara Zafril akhirnya mengangkatkan kepala lalu mendekatkan badannya dengan kepala menjenguk ke arah skrin telefon kembar Zakiff yang masih menyala. Soalan Zafril sebentar tadi dibiarkan tak berjawab. Matanya memicing kecil apabila melihat apa yang tertulis pada skrin telefon Zafril.

Akibat itu, Zafril menarik telefonnya menjauh daripada pandangan Dinie. Hal itu membuat Dinie menaikkan kepala mendongak menatap Zafril dengan riak wajah seakan jijik. Bibirnya mengerucut seakan ingin mengejek kembar Zakiff itu.

Zafril sudah membuat muka menyampah apabila mendapat tatapan seperti itu daripada Dinie. Dia menekan tombol off telefon sebelum membaling benda digital itu jauh ke hujung sofa. Dinie masih dengan riak wajah mengejeknya.

" Kau— tengok porn Zafril? ". Ujar Dinie sebelum meletuskan tawanya di depan muka Zafril dengan gaya memegang perut akibat terlalu kuat ketawa. Zafril yang geram menolak kepala gadis itu menjauh dengan wajah bengang.

" Mulut kau jangan kecoh sangat boleh tak perempuan ". Zafril membalas dengan nada biasa seakan benda yang disebutkan Dinie itu bukanlah apa apa. Dinie menggosok kepalanya yang baru ditolak oleh Zafril seketika tadi.

" Zafril kau gila lah! Petang petang macam ni kau dah tengok porn. Apa lah! ". Nada mengejek daripada Dinie membuat Zafril menjadi semakin geram. Melihat Dinie yang tak berhenti ketawa menyebabkan dia meliarkan mata ke sekeliling untuk mencari sesuatu.

Dapat sahaja sebuah bantal kecil petak segi dia terus angkat dan hempuk dekat kepala Dinie berkali kali sehingga gadis itu terpaksa melindungi dirinya dengan tangannya sendiri. Ketawa Dinie beransur ansur pergi hanya tinggal sisa sahaja.

" Kau ni memang kuat menganjingkan perempuan! ". Zafril menghempuk bantal itu kuat pada bahagian badan Dinie seraya melepaskan perasaan geramnya. Dinie ni memang tak malu kalau bercakap lepas.

" Okay okay stop Zafril! Aku bergurau jelah. Sakit badan aku tahu tak ". Dinie mengaduh sambil mengusap belakang badannya dengan susah payah. Barulah Zafril berhenti dan mencampak bantal tadi ke lantai sambil merenung Dinie yang berposisi seakan meletik kerana ingin mengusap belakang badan.

Keningnya terangkat melihat pemandangan tersebut.

" By the way mana yang lain, asal senyap je". Dinie baru menyedari bahawa kelibat tiga orang kawannya tak terlihat sejak dia datang tadi. Zafril mencebik sinis, baru sedar ke.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now