Part 9

9.6K 640 45
                                    

" Zariel tak buat apa apa papa. Percayalah cakap Zariel. Kita orang tak buat benda tu! ". Di rumah kediaman milik keluarga Zarif Haikal kedengaran suara Zariel cuba menidakkan apa yang dikatakan oleh cikgu hasan di bilik guru tadi.

Selepas Zariel dan Izzana di tangkap oleh cikgu Hasan tadi, mereka berdua di hadapkan ke bilik cikgu tersebut. Dah berbuih mulut Zariel cakap mereka berdua tak buat apa apa tapi cikgu tu langsung tak percaya.

Iyalah siapa nak percaya kalau ada dua pelajar satu perempuan dan satu lagi lelaki berduaan di tempat sunyi dengan pintu tertutup rapat. Tambah lagi, posisi mereka yang menimbulkan spekulasi menguatkan firasat cikgu Hasan sebagai guru disiplin.

Mahu atau tidak, cikgu Hasan terpaksa menelefon ibu bapa mereka. Beginilah sekarang Zarif Haikal dan Zara sebagai wakil pihak ibu bapa datang dan meminta agar Zariel dan Izzana di bawa pulang ke rumah untuk membincangkan perkara ini.

Nasib baik atas sedikit pujukan Zara dan ancaman Zarif Haikal akhirnya cikgu Hasan membenarkan kedua pelajarnya di bawa pulang. Awalnya, Zarif Haikal terkejut menerima panggilan daripada sekolah melalui telefon Zara.

Mengatakan bahawa guru disiplin sekolah Zariel meminta mereka sebagai ibu bapa untuk datang ke sekolah. Segera mereka bergerak menuju ke sana. Sekarang beginilah jadinya. Zarif Haikal beriak tajam menatap anak bongsunya dengan Zara di sebelah dirinya.

Kebetulan semasa mendapat panggilan daripada guru disiplin tadi, kedua abang kembarnya ada di rumah. Jadi sekarang lengkap satu keluarga Zarif Haikal di ruang tamu.

Zariel menghela nafas frustasi sambil menekup mukanya. Izzana pula duduk di sebelah Zariel dengan jarak yang agak jauh berhadapan dengan kedua ibu bapa Zariel yang kaya raya. Lihat rumah yang tersergam indah, besar dan cantik.

Seketika Izzana menjadi begitu takut. Dirinya tidak sekaya keluarga Zariel. Macam mana kalau dia dikenakan saman oleh kedua ibubapa Zariel. Dari mana dia nak dapat duit semua tu. Hutang Zariel tentang cermin haritu pun tak selesai lagi.

Zayfa meriba Edzhar yang sedang bermain dengan mainan lego kuningnya. Zakiff dan Zafril menatap kedua manusia yang tertangkap basah dengan tatapan datar. Zakiff melirik kembarnya sekilas sebelum mengetap bibir menahan ketawa.

" Apa yang dah jadi ni Zariel. Macam mana boleh kena tangkap dengan guru disiplin tu. Apa yang kamu berdua buat dekat stor tu. Siap pintu terkunci lagi tu ". Kini giliran papanya membuka suara untuk mendengar apa yang telah terjadi.

Zara memandang anak lelaki bongsunya sebelum beralih kepada gadis yang sedang menunduk sambil mengenggam sisi baju sukannya. Zara tersenyum sekilas.

" Zariel tak buat apa apa papa. Cikgu tu yang salah faham ". Zariel masih cuba mempertahankan dirinya daripada tuduhan bodoh cikgu Hasan tu. Emosi Zariel menaik tinggi selepas mendengar mereka berdua dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Dalam bilik guru disiplin tadi, Zariel hampir mengeluarkan middle finger kepada cikgu Hasan. Tapi niatnya tertahan kerana ada mama papanya. Kalau tak dah lama jari tengah ni naik tepat depan muka cikgu Hasan.

" Papa tak nak dengar cerita cikgu tu salah faham atau tak. Papa nak dengar cerita daripada mula kenapa kau boleh ada dalam bilik stor tu dengan gadis ni ". Izzana semakin menggigil kecil mendengar ayat tegas yang keluar daripada papa Zariel.

Sungguh tegas sampai menyebabkan air mata dia mahu keluar. Zara mengusap lengan suaminya agar tidak terlampau ikut emosi. Kedua abang kembarnya diam menahan ketawa. Seronok tengok adiknya kena marah.

" Zariel memang ada dekat stor tu dari awal lagi. Lepastu perempuan ni datang, masuk dalam stor tu. Entah macam mana entah perempuan ni pergi tutup pintu tu sampai terkunci! Bukan salah Zariel! ". Zariel menjelaskan lagi dengan ton suara yang agak keras.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now