Part 3

14.6K 879 98
                                    

Zayfa menunduk menghadap kedua tangannya yang terkepal kuat di atas ribanya. Papanya ; Zarif Haikal sedang mengeluarkan suaranya tentang Edzhar yang baru sahaja dia bawa pulang sekitar setengah jam yang lalu. Zara sebagai mama kepada Zayfa hanya mampu berdiam diri membiar suaminya melepaskan pendapat.

" Papa tak boleh bela budak ni Zayfa. Kita tak kenal siapa dia, siapa mak ayah dia. Entah sapa entah budak tu. Tolong jangan buat papa marah Zayfa— Dengar cakap papa budak ni tak ada kena mengena dengan kita. Asal usul dia pun kita tak tahu ". Zarif Haikal memegang pelipis kepalanya menahan pening yang datang.

Dia sendiri tak sangka anak perempuannya yang berusia sembilan belas tahun— Sembilan belas tahun. Membawa seorang bayi lelaki pulang ke rumah secara mengejut. Dengan harapan bayi yang masih terlalu kecil bernama Edzhar itu di beri kasih sayang secukupnya.

Zarif Haikal tak tahu dari mana stu satunya anak perempuannya mendapat bayi tersebut. Hujung mata dia melirik ke arah bayi yang tidur lena berbungkus kain di atas sofa bersebelahan dengan Zayfa. Boleh sakit kepala dengan perkara yang tiba-tiba ini.

Zayfa mengetap kuat bibirnya menahan perasaan kecewa. Dia sudah agak ini reaksi kedua orang tuanya jika dia membawa pulang bayi tersebut ke rumah. Dia terlalu kesian melihat bayi yang begitu kecil di buang oleh bapanya tanpa belas kasihan. Tapi papanya— menolak untuk menjaga Edzhar ; bayi tersebut.

Zayfa cuba beranikan diri mendongak melihat papanya yang memicit pelipis kepala sebelum mengalihkan pandangan ke arah mamanya yang tersenyum paksa. Nafas di hembus sebelum membuka bicara.

" Tapi— Papa ... Papa tak kesian ke tengok Edzhar ni? Dia kena buang dengan ayah dia papa. Edzhar masih kecil dia tak tahu apa apa pun. Tak salah kalau kita jaga dia kan papa ". Zarif Haikal semakin pening. Keningnya berkerut keras. Zara di sebelah suaminya mengusap lengan Zarif Haikal lembut dengan harapan dapat merendamkan amarah suaminya itu.

Zara faham suaminya tidak mahu bercampur dengan orang yang tidak kenal asal usul dan sejarah keluarga. Suaminya cukup menjaga keluarganya agar tidak bercampur dengan orang yang pelik pelik terutamanya anak gadisnya ; Zayfa. Kalau si kembar dan si adik lelaki, Zarif Haikal tidak kisah sangat.

Tapi kalau Zayfa, Zarif Haikal lebih menjaga sedikit. Tambahlah lagi bayi tersebut bukan ada kaitan darah dengan dirinya. Jadi bukan senang senang dia mahu menerima dengan hati terbuka.

" Kalau nak jaga dia, kita boleh hantar dekat rumah anak yatim. Jadi tak payah susah susahkan diri nak jaga anak orang yang kita tak kenal Zayfa ". Nada tegas papanya mula keluar dengan maksud bahawa kata-katanya tidak boleh di bantah lagi. Zayfa menatap papanya sedih.

Sedikit sebanyak hati Zayfa sudah terpaut pada si kecil Edzhar. Melihat tangisannya selepas di buang oleh ayahnya membuat hati kecilnya menjerit marah. Dia sendiri yang memujuk dan menenangkan bayi itu agar berhenti menangis sehingga berjaya. Tetapi bila bawak ke rumah, jadi begini.

Zara menghela nafas perlahan. Kalau suaminya di ajak berlawan cakap pasti tiada yang akan menang. Setiap kata Zarif Haikal adalah perintah mutlak dan tidak boleh di bantah sama sekali. Sebenarnya selepas mendengar cerita anak gadisnya tentang pembuangan Edzhar, membuat hatinya ikut sedih.

Kenapa ada manusia yang sanggup membuang anak tanpa rasa kasihan sedikit pun. Jika isterinya meninggal selepas melahirkan Edzhar itu bukan salah bayi kecil tersebut. Itu takdir. Bukan ke darah daging sendiri tapi kenapa mesti di buang.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now