Part 24

10.7K 791 146
                                    

Zayfa merenung Luth Adryian secara takut takut dengan kedua tangannya menyatu erat menahan perasaan sendiri. Mereka berdua berada di dalam sebuah bilik yang hanya mempunyai sebuah meja besar panjang dan dua buah kerusi sahaja. Entah apa fungsi bilik ini padahal sekitarnya kosong. Tiada satu barang tergantung pada dinding.

Dalam diam jari jemari Zayfa menyeluk masuk ke dalam poket seluar. Di situ terdapat sebuah penyepit rambut hitam yang sengaja dia simpan. Kebetulan dia terjumpa penyepit rambut hitam tajam itu semasa mengemas bagasinya tadi. Sekarang sudah pagi matahari akan muncul dalam beberapa jam lagi.

" Cakap apa yang awak nak cakapkan tadi ". Zayfa menjadi tak selesa apabila mata tajam Luth Adryian hanya menumpu pada dirinya. Memandang seakan Zayfa ini satu satunya manusia yang dia pernah lihat. Sebaik di tegur Luth Adryian memancarkan senyuman sinisnya.

Sikunya bertahan pada meja dengan jari saling bertautan sambil menatap Zayfa seakan mahu menikmati dari jauh. Zayfa sikit pun tak mahu memandang ke arah Luth Adryian. Dinding lebih nampak menarik berbanding lelaki itu. Dalam fikiran Zayfa, dia tak habis habis mengungkap nama papanya.

Berharap papanya akan datang tak lama lagi. Zarif Haikal pasti akan datang menyelamatkan dia dan Edzhar dan bila masa itu tiba. Zayfa tahu papanya tak akan sesekali melepaskan lelaki jahat yang telah menculiknya. Zayfa tak pernah berfikir untuk berkahwin dengan lelaki yang kasar atau ganas.

Dia lebih suka lelaki yang baik dan soft-spoken bukannya seperti Luth Adryian. Terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan typenya. Lagipun papa dan mamanya tak akan membenarkan dia berkahwin dengan Luth Adryian percayalah. Tapi mungkin Zayfa tak sedar lelaki itu akan menjadi suaminya nanti?

" Okay, aku tak nak cakap banyak dengan kau. Cukup kau dengar apa yang aku nak cakap sekarang ni. Jadi isteri aku ". Zayfa membuat reaksi yang tak percaya bercampur terkejut. Dari mana datangnya confident dalam diri Luth Adryian sampai mengeluarkan kata itu dengan mudahnya.

Lelaki mana yang lamar perempuan dalam keadaan macam ni? Lelaki gila? Iya. Agaknya otak Luth Adryian sudah sebu dengan fikiran kotornya. Sesaat Zayfa terdiam. Sekejap lamar? Ini boleh dikatakan lamar ke. Ini semacam arahan yang perlu dia turuti. Zayfa cuba berlagak tenang walaupun dirinya sendiri dalam ketakutan.

Jika tersalah cakap takut lelaki itu akan melakukan perkara buruk pada dia. Memandangkan hanya mereka berdua di dalam ruangan ini.

" Saya taknak. Banyak lagi perempuan dekat luar sana yang boleh jadi isteri awak ta—pi bukan saya. Sa—Satu lagi se-sebenarnya saya dah ada boyfriend ". Sejujurnya Zayfa tidak pandai berbohong ataupun menipu. Boyfriend? Haha. Itu hanyalah tipuan semata mata. Kawan lelaki pun Zayfa tak ada inikan boyfriend.

Zayfa mengemam bibirnya rapat apabila mendengar tawa yang muncul daripada mulut Luth Adryian. Dia ada buat lawak ke tadi? Zayfa menanti Luth Adryian membalas cakapnya tapi Luth Adryian bersandar pada kerusi seraya mendongak ke atas bersama tawanya. Tawa sinis meremehkan Zayfa. Halkumnya naik turun dan terpampang jelas.

" Boyfriend? Oh. Sayangnya. Boleh bagi alamat rumah boyfriend kau dekat aku ". Suara mengejek milik Luth Adryian kedengaran. Zayfa masih berdiam diri tak faham dengan suasana sekarang ini. Alamat? Boyfriend pun tak wujud inikan almat rumah? Untuk apa. Dengan perlahan kening Zayfa berkerut halus.

" Un-Untuk a—pa? ". Zayfa tak boleh membaca apa yang tersimpan rapat dalam kepala Luth Adryian melalui riak wajah lelaki itu. Luth Adryian terlampau bijak menyembunyikan ekspesinya sehingga orang lain sukar meneka apa yang dia fikirkan.

" Kau tanya untuk apa. Bunuh dia lah, untuk apa lagi. Aku akan turun sendiri dan patahkan tengkuk dia dengan tangan aku depan mata kau ". Dunia seolah terhenti, mata Zayfa terkaku luas dengan bebola mata bergerak menggigil. Telinganya yang tersalah dengar atau a—pa? Senyuman biasa Luth Adryian menakutkan Zayfa.

The Insane of Luth AdryianDove le storie prendono vita. Scoprilo ora