Part 37

7.4K 598 88
                                    

Luth Adryian menghantar Zayfa balik sehingga tepat di depan rumah. Gadis itu masih terkejut dengan kejadian tadi. Dalam kepalanya terus mengulang scene yang amat menakutkan tersebut. Bila kereta sudah berhenti, Zayfa hanya berdiam merenung lurus bersama pelbagai perasaan yang tersimpan.

Luth Adryian melirik Zayfa yang ada disebelahan. Dia tahu Zayfa sedang takut dan dia yakin selepas ini gadis itu makin menolak jika dia mengajak untuk keluar. Luth Adryian bawa tangan menyentuh menyentuh puncak kepala Zayfa. Menyedarkan gadis itu dari berfikir panjang.

Serentak Zayfa menolehkan kepalanya memandang Luth Adryian sayu. Ada cecair bertakung di mata Zayfa menanti jatuh. Ketika cecair itu turun laju Luth Adryian mengusap menggunakan ibu jari menghapus jejak yang bakal membasahkan wajah gadisnya.

" Macam aku cakap, jangan risau. Aku ada dekat sisi kau Zayfa.". Zayfa membiarkan tangan Luth Adryian terkena pada kulit wajahnya. Dia tak ada tenaga nak melawan lelaki itu dan berakhir dengan dia mendapat kekasaran. Tidak mahu berlama di dalam kereta, Zayfa melepaskan seatbelt.

Gadis itu keluar dari kereta meninggalkan Luth Adryian yang termenung beberapa saat. I'm sorry. Hanya kedengaran di dalam hati. Luth Adryian tak mampu nak keluarkan kata itu kepada Zayfa. Tak lama dia ikut keluar juga.

" Zayfa. ". Luth Adryian menahan pergelangan tangan Zayfa menghalang gadis tersebut daripada masuk ke dalam. Pagar sudah terbuka. Tiada respon dari Zayfa. Zayfa cuba menenangkan hatinya sendiri mengawal perasaan takutnya sebelum berubah menjadi tangisan.

Zayfa menarik lepas tangannya namun Luth Adryian memegang erat tidak membenarkan gadis itu pergi tanpa melihatnya dulu.

" Lepaskan tangan anak aku. Luth Adryian. ". Rontaan kecil Zayfa mendadak terhenti ketika satu suara keras muncul. Luth Adryian pandang ke sumber suara tersebut. Zarif Haikal berjalan dengan lagak gagah bercampur riak garang menghampiri kedua manusia yang ada di sana.

Tiba saja dia di sana. Perkara pertama yang dia lakukan adalah menarik badan anak gadisnya supaya berada di sisinya. Begitu mudah dia menarik kerana Luth Adryian meleraikan sentuhan. Malas nak bertekak atau beradu mulut dengan papa kepada Zayfa yang sedang melayangkan tatapan tajam.

" Kau buat apa dekat anak aku hah? Aku dah pesan jangan dekat dengan anak aku lagi kan. Kau tak faham bahasa ke?". Bidas Zarif Haikal tidak memberi peluang Luth Adryian yang baru menggerakan bibir mahu bercakap. Zayfa mengemamkan bibirnya berdiri di sebelah papanya.

Luth Adryian yang awalnya berwajah datar berubah tertawa kecil. Menepuk tangannya sekali. Mood menganjing Zarif Haikal hadir. Membuat lelaki berumur itu terasa panas dengan tingkah Luth Adryian.

" Jangan marah dulu father in law. Aku cuma bawa Zayfa jumpa dengan hadiah dia je. Jangan fikir bukan bukan. Aku tak ada niat pun nak bawa dia masuk bil- ".

" Mulut kau jaga sikit. ". Lurus jari telunjuk Zarif Haikal menunding pada Luth Adryian yang tercenggang kerana dia tak sempat menghabiskan ayatnya lagi tapi sudah dipangkas terlebih dulu. Senyuman sengetnya menjadi.

Sedikit sebanyak sikap Zarif Haikal membuat hatinya gembira. Dalam senyap Zayfa merenung wajah Luth Adryian mencari di mana letaknya perasaan takut atau sebagainya. Luth Adryian memang tak makan dek saman.

" Fine, aku dah jawab jujurkan. Aku blah dulu. Kalau ada apa apa masalah jangan segan call aku. Aku sedia datang membantu. Goodbye my father in law and until we meet again my beautiful Zayfa. ". Luth Adryian mengedipkan sebelah matanya bersama wajah nakalnya.

Sempat sempatnya Luth Adryian bermain main dengan Zarif Haikal. Luth Adryian masuk ke dalam kereta menekan hon sebagai tanda dia akan beransur pergi. Terperanjat Zarif Haikal dan juga Zayfa mendengar bunyi kuat hon tersebut. Tangan Zayfa naik memegang dadanya.

The Insane of Luth AdryianOù les histoires vivent. Découvrez maintenant