Part 23

9.9K 780 46
                                    

Dalam mamai tidurnya Zayfa terjaga apabila di rasakan ada sesuatu menyentuh dirinya. Buka sahaja matanya, mendadak Zayfa bangun daripada posisi baringnya kepada duduk bersandar sambil memandang Luth Adryian takut. Lelaki itu menyentuh pehanya seketika tadi.

Seperti biasa Luth Adryian hanya menayangkan wajah sinisnya seraya menarik tangannya kembali ke sisi badan. Luth Adryian berpaling ke arah Edzhar yang masih lagi tertidur. Belum sempat jarinya menyentuh pipi Edzhar, Zayfa menepisnya terlebih dulu. Zayfa sudah membuka langkah berwaspada.

Macam yang pernah Zayfa cakapkan. Dia tak akan pernah membiarkan Luth Adryian menyentuh anaknya apatah lagi sampai mengambil Edzhar. Jangan harap. Tindakan Zayfa tadi menyebabkan Luth Adryian mengeluarkan tawa rendahnya. Dalam sekelip mata dia berjaya menyentap lengan Zayfa mendekat pada dirinya.

" Kau berani lawan aku lagi Zayfa ". Mereka berdua saling berhadapan dengan Zayfa dalam keadaan melutut di atas katil sambil memegang lengannya yang menjadi mangsa cengkaman Luth Adryian. Zayfa mengetap giginya seraya cuba melepaskan tangan Luth Adryian pada lengannya.

" Jangan sentuh Edzhar ". Memang rasa takutnya berada paling atas tapi kalau ada sangkut paut dengan Edzhar. Jangan fikir Zayfa akan berdiam diri. Zayfa tersentak keras ke depan sehingga hujung hidungnya hampir berlaga dengan hidung Luth Adryian apabila lelaki itu menarik lengan secara kuat.

" Aku tak boleh sentuh anak aku sendiri, ". Zayfa mengeleng perlahan sambil menahan sakit. Dia dah cuba untuk melepaskan tangan Luth Adryian tapi tak berhasil. Lelaki itu terlampau kuat berbanding dia.

" Jadi, maksudnya aku boleh sentuh kau ". Melebar mata Zayfa selepas mendengarnya. Luth Adryian memajukan tangan yang bebas mahu menyentuh pinggang Zayfa. Buat kali keduanya Zayfa dengan berani menepis tangan lelaki itu daripada menyentuh tubuhnya.

" Jangan sentuh saya!! ". Naik turun dada Zayfa kerana sikap buruk Luth sesaat tadi. Macam mana lelaki kurang ajar macam ni boleh wujud. Naik turun dada Zayfa menahan perasaan kesalnya akibat kelakuan buruk Luth Adryian. Zayfa memukul tangan lelaki itu lalu menolaknya kuat.

" Kau akan jadi isteri aku tak lama lagi Zayfa ". Secara mendadak tangan Zayfa yang sejak tadi bergelut sendiri sebelum menaikkan pandangannya ke arah wajah Luth Adryian. Mustahil. Tak pernah terlintas dalam benak Zayfa mahu menjadikan Luth Adryian sebagai boyfriend inikan pula sebagai seorang suami.

Memang jauh sekali.

" Saya tak akan pernah jadi isteri awak. Family saya tak akan izinkan lelaki tak guna macam awak jadi suami saya. Tak akan pernah Luth Adryian ". Ungkap Zayfa melalui sela giginya yang terketap sambil melawan tatapan mata Luth Adryian. Sesaat, Zayfa tersedar dengan apa yang dia katakan tadi.

Perkara itu nampaknya berjaya memprovok ego Luth Adryian. Tanpa berlengah, Zayfa menarik jari jemari Luth Adryian yang semakin kuat mencengkam lengannya seakan mahu meremukan Zayfa secara kasar. Zayfa sudah berubah gelisah. Dia terlepas cakap tadi kerana terikut suasana.

Rahang Luth Adryian mengeras perlahan bersama tatapan tajamnya merenung wajah cemas Zayfa yang kelihatan serba tak kena lalu dengan satu rentapan ganas badan gadis itu terjerumus dan tersentak tepat pada wajahnya.

" Apa kau cakap tadi. Lelaki tak guna? Aku tak guna?. Kau nak aku tunjuk apa maksud tak guna tu ke perempuan.. ". Luth Adryian mencengkam rambut Zayfa di balik tudung dengan kuat. Zayfa sudah mengalirkan air mata takut bercampur sakit. Zayfa sudah katakan lelaki di depannya ini memang kejam.

Zayfa hanya terdiam sambil cuba merungkaikan cengkaman kuat itu daripada kepalanya. Luth Adryian atau lebih gemar di sapa dengan tuan muda Luke itu menyunggingkan senyuman sinis melihat riak kesakitan terbit pada wajah Zayfa.

The Insane of Luth AdryianМесто, где живут истории. Откройте их для себя