Part 2

15.3K 879 126
                                    

Zakiff mendengus marah dengan kaki yang berhenti secara mendadak. Perempuan yang mengikut langkah si sulung kembar juga terikut berhenti dan hampir berlanggar dengan tubuh belakang Zakiff. Zakiff memusingkan tubuhnya supaya menghadap perempuan yang tidak berhenti mengikuti dirinya sejak dari tadi lagi.

Kedua tangan berotot milik Zakiff mendakap tubuh sambil menatap gadis itu dengan tajam. 

" Asal kau ikut aku? ". Suara keras bercampur nada tidak senang kedengaran apabila Zakiff membuka mulut. Si gadis yang merupakan anak kepada sahabat ayahnya iaitu Uncle Irfan hanya berdiri tanpa menjawab. Zakiff membuang pandangan ke tepi seketika. Boleh naik angin kalau layan Lyne Isabella ni.

Iya— Lyne Isabella yang mengikuti Zakiff sejak tadi.

" Aku tanya kau ni. Kau tak ada mulut nak jawab ke? ". Nada yang mulanya tidak senang kini berubah menyampah. Menyampah dengan sikap gadis berumur dua puluh satu tahun itu. Hanya tua dua tahun daripada adiknya Zayfa Ayana dan dua tahun muda daripada Zakiff dan Zafril. Lyne Isabella menunduk malu.

" Lyne ikut abang jalan je ". Lyne Isabella menjawab dalam keadaan kepala tertunduk ke bawah sambil memainkan jari jemarinya. Dia lebih gemar memanggil dirinya Lyne bila berhadapan dengan setiap orang yang dia rasa selesa. Dia juga lebih gemar memanggil Zakiff, dengan gelaran abang.

Zakiff menghela nafas berat. 

Bukan Zakiff tak tahu yang Lyne Isabella ni dari tadi asyik mengikuti dirinya ke mana pun dia pergi. Zakiff tak faham apa yang gadis ini pandang pada dirinya sendiri. Dia tahu yang Lyne Isabella suka dekat dia sejak kecil lagi. Tapi Zakiff abaikan sahaja malas nak layan. Dia tak pernah terfikir nak couple buat masa sekarang. Umur pun baru dua puluh tiga tahun.

Banyak lagi benda yang Zakiff nak lakukan tanpa pengaruh kekasih. Lyne Isabella dengan perlahan mula berani mengangkat kepala untuk melihat wajah lelaki yang menjadi crushnya sejak dulu lagi. Tapi Zakiff selalu tak layan dirinya. Ntah lah tak tahu kenapa.

" Ikut abang jalan je? Sorry aku bukan abang kau. Jangan nak menggedik panggil aku abang. Lagi satu kenapa kau nak ikut aku. Kau tak ada kerja lain ke? Pergi balik lah Lyne nanti mama kau marah! ". Rimas. Cukup satu perkataan untuk menggambarkan perasaannya saat ini. Ikut hati Zakiff nak je menolak gadis itu pergi.

Tapi ini tempat umum. Zakiff tak nak mengundang banyak hal. Seusai itu, Zakiff mengalihkan tubuhnya untuk melangkah pergi namun langkahnya terhenti lagi apabila Lyne Isabella dengan beraninya menyentuh lengannya.

Bebola mata Zakiff menghunus tajam ke arah wajah putih milik Lyne Isabella. Belum ada perempuan asing yang berani memegang lengannya lagi tetapi gadis ini dengan riak wajah seakan tiada rasa bersalah menyentuhnya. Zakiff dengan panas hati menepis kasar jari jemari halus anak perempuan Irfan yang mengait pada lengannya sehingga terlepas.

" Lyne nak ikut abang boleh? ". Dia boleh di katakan berani kerana menganggu Zakiff. Walaupun dia sendiri sudah maklum dengan perangai kasar Zakiff sejak kecil lagi. Keluarga mama papa Lyne Isabella juga mengenali  sikap Zakiff seperti apa. Begitu juga dengan keluarga Zakiff sendiri. Tentang perasaan Lyne Isabella kepada Zakiff juga di ketahui oleh keluarga mereka sendiri.

Sudah berapa kali, Lyne Isabella di tolak oleh Zakiff namun dia tetap mengejar anak sulung Zarif Haikal itu. Pernah sekali Zara ; mama kepada si kembar melihat Zakiff mendorong Lyne Isabella sehingga terjatuh ke atas lantai rumah serta suara yang menggelegar kuat memarahi gadis yang sering mendekati dirinya.

The Insane of Luth AdryianDonde viven las historias. Descúbrelo ahora