Part 28

8.9K 685 74
                                    

enjoy









Zayfa bersembang dengan kedua kawannnya sambil berjalan kaki menuju ke bus stop selepas kelas tamat. Harini genap seminggu kes Zayfa di culik dan di pulangkan tempoh hari. Masa awal masuk, sibuk Lila dan Ailen bertanyakan macam mana keadaan Zayfa yang hilang dari tempat penginapan percutian mereka. Zayfa berdalih mengatakan dia okay.

Haritu bukan dia kena culik tapi dia ada hal mustahak sampai tak sempat memegang telefon. Awalnya kedua kawannya pelik tak mungkin ada urusan penting sampai tak boleh reply chat atau menjawab panggilan mereka. Zayfa hanya meminta maaf sebab dah buat dua orang kawannya cemas. Memang Lila sejenis yang agak susah untuk percayakan cerita Zayfa.

Tapi bila melihat Zayfa dalam keadaan yang baik. Dia iyakan saja. Karang cakap lebih lebih risau Zayfa tak selesa. Sekarang mereka bertiga berdiri di bus stop menunggu teksi yang ada. Nanti kalau teksi tak ada baru call grab ke apa. Zayfa berdiri di tengah antara Lila dan Ailen. Tepat mereka berdiri di palang besi yang ada, terpampang sebuah kereta mewah terparkir di situ.

Ketiga gadis tersebut menghiraukan kereta yang ada di depan mereka. Tak kenal siapa. Mungkin ada orang yang sengaja berhenti di situ. Namun Zayfa membeku sebaik cermin tingkap di seat belakang turun memperlihatkan gerangan lelaki gagah yang ada di dalamnya. Kilatan mata tajam bersinar terang ketika tatapan mereka berdua bertentang.

Selepas seminggu hidupnya semakin tenang dari kes yang berlaku pada dirinya. Hari ini, Zayfa kembali melihat muka penculik itu lagi. Rasa cuak dan takut mula timbul menyebabkan tekaknya menjadi kering. Lila dan Ailen sedar yang kawannya seakan mematung turut memandang ke arah yang sama di mana ada seorang lelaki duduk di dalam kereta.

" Masuk." Arah lelaki yang Zayfa gelarkan si penculik. Siapa lagi kalau bukan Luth Adryian. Lekas dia mengalihkan matanya ke tempat lain, dia sengaja membuat seakan dia tak mendengar arahan tadi. Padahal dia jelas faham arahan tadi ditujukan kepada dirinya untuk masuk ke dalam kereta. Tapi apa gadis itu boleh lakukan. Rasa takutnya lebih tinggi dari segalanya sehingga tangannya menggigil halus.

Dari hujung mata Zayfa melirik Ailen dan Lila yang berdiri di sisi kanan dan kirinya. Merasakan si gadis sengaja mengacuhkan arahannya seolah membuat dia bercakap dengan angin, Luth Adryian mendengus menahan geram. Matanya semakin menajam merenung Zayfa yang sengaja mengabaikan kewujudannya. Zayfa rasa kejap lagi ada masalah yang dia dapat.

" Masuk, Zayfa.". Sebaik namanya di ucapkan dengan nada keras oleh Luth Adryian. Zayfa mengemamkan bibirnya kuat. Lila dan Ailen mula menayangkan wajah pelik mereka apabila mendengar suara lelaki menyebut nama Zayfa lalu mereka berdua memerhati lelaki yang mengarahkan Zayfa untuk masuk sebelum terhenti pada Zayfa yang nampak kejung berdiri.

" Siapa ni Zayfa? ". Lila bertanya bila ada seorang lelaki yang tak dikenali menyuruh Zayfa untuk masuk dengan nada tegas mengarah. Tak ada ciri ciri soft spoken langsung. Macam arahan tegas yang majikan berikan terhadap para pekerja bawahannya. Berat mulut Zayfa nak menjawab, dia menggigit bibir bawahnya perlahan sambil mengeleng memberitahu yang dia tak kenal pun siapa lelaki itu.

" Kau nak masuk atau aku yang keluar." Penat menunggu dan membuang masanya demi menjemput gadis tersebut. Boleh pula Zayfa membuat lagak seakan tak kenal dia. Telinga Zayfa mendengar dengan cukup baik suara keras berbaur ugutan milik Luth Adryian, menyebabkan Zayfa rasa sukar untuk bernafas.

Agak agak kalau Zayfa ajak dua orang kawannya lari sempat ke tak? Sampai ke situ dia berfikir. Makin hairan Lila dan Ailen bila lelaki yang Zayfa mengaku tak kenal mula bersuara mengancam kawannya itu.

" Okay, ". Luth Adryian terus membuka pintu kereta menapak keluar dari pintu sisi kanan dan berjalan ke arah pintu kiri kereta sebelum di tarik sehingga terbuka luas. Dia menggerakkan dagu memberi isyarat supaya gadis muda itu segera masuk ke dalam.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now