Part 17

9.6K 635 223
                                    

Lyne Isabella memegang seatbelt kuat ketika sudah bergerak pergi bersama Zakiff yang memandu secara laju. Apa yang Zakiff kejarkan pun dia tak tahu. Dalam beberapa minit, Zakiff berhenti dekat sebuah rumah yang cukup Lyne Isabella kenali. Rumah yang dia selalu datang.

Rumah mama dan papa Zakiff.

Zakifff membuka pintu tanpa bersuara sedikit pun. Lyne Isabella sempat berfikir, lelaki itu mengabaikannya dengan meninggalkan dirinya tapi fikirannya meleset pergi apabila Zakiff membuka pintu kereta seraya merenung gadis itu lama.

" Keluar ". Arah Zakiff pada Lyne Isabella yang masih duduk diam. Awalnya Lyne Isabella sedikit pelik tapi dia buka seatbelt untuk menuruti kata Zakiff. Lyne agak takut mahu melawan dengan keadaan wajah Zakiff yang kelihatan seakan marah.

Zakiff berdecih geram melihat gadis itu terlalu slow dalam bergerak. Jadi dia menarik tangan Lyne Isabella keluar lalu menutup pintu kereta. Semasa melangkah masuk ke dalam rumah pun Zakiff tak melepaskan pegangan nya terhadap Lyne.

Ketika sampai di dalam rumah, Lyne ingatkan Zakiff nak suruh dia jumpa dengan mamanya tapi tanpa sebarang isyarat atau sepatah kata Zakiff terus menarik Lyne sehingga naik ke atas. Keliru Lyne dengan apa yang Zakiff mahu lakukan. Semasa menaiki tangga Lyne bersuara.

" Ki—Kita nak pergi mana ni Zakiff? ". Soalan Lyne di biarkan tak berjawab. Zakiff tetap menutup mulut dan tanpa berlama lagi dia membuka pintu bilik seraya menolak badan Lyne masuk ke dalam. Dengan itu, Lyne sudah mula cuak.

Lyne memerhati sekeliling bilik. Bukan dia tak pernah masuk ke dalam bilik Zakiff tapi ini kali pertamanya lelaki itu yang membawanya masuk ke dalam. Kalau difikirkan semula—mungkin sudah hampir sebulan Lyne tidak menjejakkan kaki ke dalam bilik ini.

Perhatian Lyne teralih kepada susuk tubuh Zakiff yang membuka langkah menuju ke arahnya. Akibat itu, Lyne secara spontan mengundur sambil anak matanya menatap Zakiff. Pandangan mata Zakiff seakan orang menahan sesuatu. Entah kemarahan atau lain lain.

Terkejut, itu yang di rasakan oleh Lyne sebaik belakang pinggangnya berlaga dengan meja yang ada di tepi dinding sekaligus menyebabkan undurannya terhenti. Senyuman senget Zakiff muncul apabila melihat riak ketakutan ada pada wajah Lyne.

" A-Ada apa ni Zakiff ". Ujar Lyne bersama hatinya yang mula takut. Dia tak pernah berada dekat dengan Zakiff dalam situasi tertutup seperti ini. Separuh hatinya bersorak gembira kerana mungkin ini sahaja peluang yang dia ada untuk berduaan dengan lelaki yang dia sukai.

Tapi separuh hatinya lagi menyatakan sebaliknya. Ada perasaan tak selesa bila Zakiff bersikap mendadak macam ni. Zakiff daratkan tangannya di atas meja pada sisi kanan dan kiri Lyne. Lyne cuba mengundur ke belakang agar mereka tak terlalu dekat.

" Apa masalah kau ni huh? ". Lyne yang tadinya menunduk kini mengangkat kepalanya merenung ke arah Zakiff. Apa maksud Zakiff? Dia tak faham. Apa masalah yang dia dah buat? Oh— tentang makanan tadi tu ke.

Teringat makanan yang dia buat habis jatuh ke jalan tar membuatkan hatinya berasa sedikit sedih. Lyne lebih memilih mengalihkan pandangan ke arah bawah berbanding melihat wajah Zakiff.

" Saya cuma nak bagi awak rasa je, tak ada maksud lain ". Jelas Lyne dengan nada perlahannya. Tidak mahu Zakiff tersalah anggap.

" Bagi aku rasa apa? ". Zakiff meliarkan matanya meneliti seluruh wajah Lyne yang kelihatan— cantik. Baru hari ni dia perasan anak sahabat papanya ini cantik. Dulu dia memandang biasa biasa je.

" Ra—sa apa? Rasa makanan yang saya bagi tadi tu ". Jawapan Lyne yang lurus meletuskan ledakan tawa Zakiff sebelum Zakiff menajamkan matanya menatap Lyne. Apa gadis di depannya lembap?

The Insane of Luth AdryianKde žijí příběhy. Začni objevovat