Part 32

8.9K 703 193
                                    

hye🦋





———

Zayfa membawa kakinya berlari laju keluar dari kolejnya bila Lila memberitahu ada Luth Adryian di luar sana menanti kehadirannya. Dia tak faham apa yang lelaki dewasa itu mahukan daripada dirinya. Dia tak ada special sama sekali. Dia hanya perempuan biasa yang akan menganjak menjadi wanita nanti. Dia mahukan hidup yang tenang dan damai.

Zayfa menolak pagar kecil agar badannya boleh keluar dan menutup rapat kembali. Ini jalan rahsia yang digunakan oleh beberapa pelajar jika tidak mahu melalui pagar utama. Jika keluar jalan raya terus terlihat. Namun nasibnya tidak baik. Semasa dia berpaling ke depan, ada seorang lelaki sudah berdiri tercegat di situ seakan menunggunya.

" Kauak pergi mana Zayfa.". Tegur lelaki itu. Ini bukan Luth Adryian tapi lelaki yang selalu ada dengan lelaki tersebut. Zayfa tak pasti apa namanya. Dia tak ingat. Perasaan gemuruhnya mula keluar. Badannya turut keras berdiri sambil mengendong beg laptop di sebelah bahunya. Dia tolehkan kepala ke kiri dan kanan mencari keberadaan Luth Adryian.

Tak ada.

Kiranya hanya lelaki itu yang ada di sini. Ray masih menatap gadis kecil yang ingin melarikan diri tersebut. Benar tekaan Luth Adryian. Zayfa akan larikan diri lalu pagar belakang. Dan kerana arahan daripada Luth Adryian. Ray berdiri di depan Zayfa mencegah gadis itu dari berlari lebih jauh.

" S-Saya—To-long.. Tolong saya sekali je.. Tolong lepaskan saya biarkan saya pergi sekali ni je. Saya tak—nak ikut Luth Adryian. Saya tak kenal dia siapa. Saya tak tahu kenapa dia terus ganggu saya— Tolong saya.. kali ni je.. Saya jan-ji! Saya tak akan bagitahu dia kalau awak tolong lepaskan saya..". Hampir habis nafas Zayfa ketika memohon dengan suara rendahnya.

Zayfa mencuba nasib. Mana tahu lelaki itu mahu membantunya bukan? Ray tidak memberi reaksi sedikit pun. Wajahnya kekal sama datar. Dia tak terpengaruh dengan rayuan Zayfa. Tujuan dia ke sini adalah untuk menahan gadis itu dari pergi. Jarinya di tekapkan ke telinga. Ada alat hitam pada telinga lelaki itu. Jangan kata—

" Zayfa ada dekat sini Luke. ".

Dushhh.

Seperti ada batu besar menghempap diri Zayfa mendengar suara Ray memberitahu tentang keberadaan dia kepada Luke atau lebih tepatnya Luth Adryian. Zayfa mengundur selangkah menjauh. Dia fikir lelaki itu akan menolongnya tapi fikirannya tidak benar. Lelaki ini orang Luth Adryian.

Kerana tak sanggup dan gerun kalau Luth Adryian sampai ke sini. Zayfa membuka langkah lariannya ke arah kiri. Ray hanya berdiri setelah memutarkan badannya menatap tubuh Zayfa yang jauh. Dia ikut bergerak, langkahnya tidak sebesar atau selaju Zayfa. Dia berjalan tenang seolah gadis itu akan tertangkap jua walaupun dia tidak mengejar.

Semuanya betul betul terjadi. Badan Zayfa hampir tercampak ke depan dengan mengejut selepas ada satu kereta berhenti secara tiba tiba. Kini di depannya ada sebuah kereta— bukan! Tapi Jeep besar menghalang laluannya manakala di belakangnya terdapat Ray yang semakin mendekat.

Zayfa tak fikir lebih lagi. Dia ingin terus melarikan diri. Belum sempat dia menyambung langkahnya. Pintu Jeep sudah terbuka, menunjukkan jelas susuk tubuh tegap dan sasa milik Luth Adryian turun menjejak tanah. Mereka saling bertatapan. Bukan dengan perasaan yang sama tapi berlainan. Zayfa menatap penuh ketakutan dan gementar. Luth Adryian pula menyinis bangga.

Dia dapat menangkap little rabbit yang cuba melarikan diri.

" Dah puas main lari lari my little rabbit? Atau kau nak teruskan lagi. Tapi kali ni kau lari dekat depan. Aku kejar dekat belakang. Macam mana? Kedengaran menarik bukan. ". Luth Adryian sungguh menyeramkan. Sama seperti psychopath yang pernah Zayfa tonton di movie. Jantung Zayfa berdetak tanpa henti. Memberi isyarat bahaya yang mungkin akan berlaku.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now