Part 36

7.9K 682 106
                                    

ROARRR!

Tersentak Zayfa terjaga dari pengsan apabila gauman besar Sasa masuk ke dalam kepalanya. Berpeluh peluh Zayfa akibat takut dengan bunyi kasar tersebut. Bunyi yang menandakan singa betina itu tidak menyukai atau menerima kehadiran di sana tadi.

Dia memegang dadanya sendiri merasakan detak jantung yang kencang menggila. Ni baru jumpa sekali, kalau jumpa lagi nanti tak tahu lah apa reaksi yang dia nak tunjukkan. Tangannya naik menyeka peluh yang keluar. Sesaat selepas dia mengesat peluh dia baru perasan. Dia berada di atas katil?

Di dalam sebuah bilik besar dengan katil bersaiz king. Zayfa tak pernah masuk ke bilik ini. Jangan kata ini bilik Luth Adryian? Kalau betul mana lelaki itu? Segera Zayfa mengerling jam yang tersarung pada tangannya. Dia pengsan selama hampir setengah jam ke?

Zayfa meliarkan matanya di segenap ruangan mencari keberadaan tote bag nya dan dia sedikit terkejut. Tote bag miliknya berada di atas meja dekat dengan lampu tidur. Tanpa menunggu lebih lama laju dia mengambil beg nya. Membuka zip mencari barang yang ada di dal beg tersebut.

Telefon, beg duitnya dan sebuah buku nota kecil bersama sebatang pen masih ada di dalam tidak terusik. Nampaknya Luth Adryian tak berniat menyorok barang milik Zayfa. Dengan langkah pantas, dia menyangkutkan tali beg pada bahunya dan melangkah ingin keluar dari bilik tersebut. Baru tangannya mengenggam gagang pintu berwarna silver tersebut.

Bunyi pintu terbuka kedengaran, memaku kaki Zayfa dengan kepala yang menoleh ke arah sana. Di sana berdirinya Luth Adryian yang baru keluar dari pintu dengan tangan yang membetulkan tali pinggang seluarnya. Kalau dilihat dengan mata mungkin Luth Adryian keluar dari bilik air.

Satu saat berlalu, dua saat, tiga saat. Zayfa terkebil kebil menatap Luth Adryian yang memang memandangnya. Masa terus berlalu sehinggalah Luth Adryian menaikkan sebelah bibir ke atas. Serentak itu, Zayfa memusingkan kepalanya ke depan pintu yang ada di depannya.

Apa yang Zayfa lihat tadi?

Dalam hatinya merungut kesal dengan sikap tak senonoh Luth Adryian yang sesuka hati membetulkan seluar di depan Zayfa. Tak ada rasa malu sama sekali. Sepatutnya betul lah siap siap dalam tandas tu. Mengerutu Zayfa tak henti henti di dalam hati.

Dia masih di tempat yang sama tanpa melepaskan tangan yang menyentuh gagang pintu. Sibuk dalam rungutan dalam diamnya itu. Luth Adryian mula membawa kakinya berjalan dengan langkah ringan mengarah pada Zayfa dan tepat berhenti di belakang tubuh gadis tersebut.

Dari belakang Luth Adryian boleh dapat tahu. Zayfa takut dengan dia sampai badan gadis iti keras mematung. Zayfa mengawal degup jantung yang tidak berhenti. Antara dua takut atupun gerun. Tapi rasanya dua dua sekali. Sebab tu dia berdiri je tak melakukan apa apa.

Luth Adryian memanjangkan tangannya dari belakang ke depan. Mendadak kelopak mata Zayfa terpejam erat apabila melihat tangan kekar berurat itu di depan matanya. Seketika dia berhenti bernafas bila tapak tangan Luth Adryian menyentuh dahinya dari belakang. Agak lama dia membiarkan perkara itu tanpa melawan.

" Badan kau panas Zayfa. Kau demam.". Ujar Luth Adryian setelah meleraikan sentuhan pada dahi gadisnya. Zayfa bagaikan tersentak kecil dengan suara garau yang jelas terdengar pada telinganya.

Panas? Demam? Sejak bila Zayfa demam. Barulah dia sedar apa yang Luth Adryian katakan tadi adalah benar. Dia menyentuh dahinya sendiri memang terasa panas. Dia tak sedar pulak badannya panas tadi lepas usap peluh dia. Luth Adryian tegur baru dia perasan.

Mungkin sebab kejutan hadiah daripada Luth Adryian menyebabkan Zayfa mula demam. Gauman Sasa terngiang-ngiang dalam kepalanya. Nasib baik Iruan baik tak garang sangat macam singa betina tersebut. Mereka masih mengekalkan posisi seperti itu beberapa waktu.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now