Part 12

11K 734 69
                                    

Zayfa tersenyum lebar ketika mengacan Edzhar yang berada di atas ribanya sambil berbaring. Dia mengeletek perut bulat milik bayi kecil itu sehingga suara jeritan dan kekehan keluar menghiasi waktu petang begini. Dia mengucup kuat pipi tembam Edzhar. Rasa geram sampai rasa nak makan pun ada bila tengok pipi sihat Edzhar ni.

Kini Edzhar sudah berusia sembilan bulan. Dalam sekelip mata dengan waktu berjalan pantas bayi kecil yang Zayfa jaga sudah membesar dengan sihat. Tengoklah badan yang begitu sihat bersama pipi yang teramat sangat tembam. Edzhar menendang kecil bersama kedua tangan terkepal erat.

Suka bila mamanya bermain dengan dirinya. Zayfa menyelukkan tangan ke bawah ketiak Edzhar lalu buat sekali lagi dia mencium kedua pipi dan hidung anaknya. Sebentar lagi dia bercadang ingin membawa budak kecil ni jalan jalan. Tapi neneknya pun nak ikut sekali. Jadi Zayfa sedang menunggu mamanya bersiap.

" Zayfa ".

Zayfa menolehkan kepalanya ke arah suara orang yang memanggil namanya sekejap tadi. Tepat di sana kelihatan mamanya iaitu Zara berjalan perlahan bersama senyuman di bibir. Secara automatik Zayfa mengerutkan dahinya apabila mamanya berpakaian biasa.

" Kenapa mama tak tukar baju? Mama tak ikut sekali ke? Tadi cakap nak ikut Zayfa keluar ". Ujar Zayfa setelah mamanya menarik kerusi di sebelahnya untuk duduk. Zara tersenyum lebar sebelum menyuakan tangan untuk mengambil Edzhar.

" Sorry Zayfa mama tak dapat nak ikut kamu keluar sebab papa suruh mama teman dia buat kerja sekejap lagi. Zayfa pergi sendiri boleh? Pakai kereta mama tu. Kereta kamu malam nanti baru Zariel pergi ambil ". Zara menjawab sambil membawa tubuh Edzhar berdiri di atas pahanya.

Pipi Edzhar yang bulat menjadi mangsa ciuman bertubi tubi daripada neneknya. Zayfa mengecilkan matanya sambil merenung mamanya. Penat dia tunggu lama lama tadi. Patutlah tadi lepas nampak papanya Zayfa ada rasa sesuatu rupanya papanya nak culik mama. Terpaksalah dia pergi sendiri.

" Oh, tak apa lah Zayfa pergi sendiri je. Nanti mama tolong cakap dengan Zariel suruh ambil kereta Zayfa malam ni. Jangan jadi macam semalam cakap nak ambil tak ambil ambil. Suka suka dia je bawa kereta Zayfa lepastu pergi langgar kereta orang. Dah lah tak ada lesen ".

Zayfa mengetap giginya sekuat hati memikirkan kereta kesayangan miliknya habis rosak adiknya kerjakan. Boleh pula pergi sondok kereta orang yang parking kat depan dia. Zara ketawa kecil melihat anak perempuannya marah. Zariel tu kalau di halang makin menjadi.

Mulanya Zayfa dah cakap jangan bawa tapi apa jadi senyap senyap Zariel masuk bilik kakaknya lepastu ambil kunci kereta. Ending dia pecah depan kereta Zayfa. Zayfa kalau ingatkan muka adiknya rasa nak bagi penumbuk je.

" Zayfa dah bagi Edzhar minum susu belum? Kalau belum, bagi dulu baru pergi keluar kalau tak pun bawa satu botol susu siap siap ". Zayfa tersentak kecil ketika mamanya menyuarakan tentang susu Edzhar. Dengan lambat dia mengangguk perlahan. Baru je tadi dia beri bayi kecilnya minum susu.

" Zayfa dah bagi tadi mama. Zayfa cadang nak keluar je sebab budak kecil ni dah minum susu dah tengoklah badan dia budak ni macam mana ". Zayfa menjawab seraya mengomol perut buncit Edzhar bersama senyuman di bibirnya.

" Susu badan ke susu formula? ". Zayfa yang mengomol Edzhar terhenti sebelum meluruskan posisi duduknya. Wajah mamanya di tenung lama.

" Susu badan Zayfa tengok Edzhar macam dah tak nak minum susu formula je mama ". Jawab Zayfa tanpa berbohong sedikit pun. Zara mengangguk perlahan sambil menggosok belakang badan cucunya.

" Susu kamu dah banyak keluar kan. Baguslah kalau Edzhar minum susu badan je nanti tak ada lah bengkak ke apa ". Zayfa mencebik kecil apabila mendengar kata mamanya. Dalam diam Zara mengeleng kepalanya melihat tingkah laku tak matang Zayfa.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now