Part 4

13.1K 729 70
                                    

Kini sudah seminggu Zayfa menjaga Edzhar dengan sepenuhnya hati. Setiap hari Zayfa memberikan perhatian sepenuhnya kepada Edzhar memandangkan Zayfa masih dalam cuti semester. Zayfa membalas chat dengan kawannya apabila Edzhar sudah menutup mata selepas minum susu.

Walaupun pada permulaan Edzhar merengek kerana tidak mahu menerima susu. Namun pada akhirnya Edzhar minum juga kerana begitu haus. Jujur Zayfa cakap. Hidupnya selama seminggu ini hanya bersama Edzhar dan mama papanya. Zayfa juga tidak keluar bersama kawan-kawannya.

Lagipun kawan-kawan Zayfa tahu perihal Edzhar yang telah menjadi anak angkat Zayfa. Zayfa bangun daripada baringnya untuk mengubah posisi duduk. Zayfa bersandar pada penghadang katil. Sesekali Edzhar yang tidur di kerling untuk memastikan si kecil tidur lena.

Zayfa berharap lelaki bernama Luth Adryian yang merupakan ayah kepada Edzhar tidak datang untuk mengambil Edzhar setelah penat lelah Zayfa membesarkannya dan kalau itu pun terjadi. Zayfa pasti akan menghalang niat ayah kejam tersebut. Zayfa tidak mengenalinya namun hanya namanya yang Zayfa tahu.

" Zayfa.. ". Panggil satu suara lembut sambil menolak pintu bilik Zayfa sehingga terbuka. Wajah cantik Zara muncul di balik pintu sambil tersenyum manis. Zayfa memerhatikan mamanya itu.

Zara mengambil tempat di atas katil untuk menjenguk Edzhar. Zara nampak anak perempuannya itu bersungguh menjaga Edzhar. Bagus lah sekurangnya ada orang menyayangi Edzhar daripada terbuang begitu saja.

" Zayfa dah makan belum pergi makan dulu. Mama dah siapkan makanan tadi. Ni Zariel main bola lagi ke? Tak nampak dia dalam bilik pun ". Ujar Zara pada Zayfa. Zayfa menutup telefon lalu meletakkan telefon ke atas katil. Zayfa merenung Edzhar.

" Belum lapar mama. Kalau Zariel main bola lah kot ". Jawab Zayfa lalu mengubah kedudukan nya lagi. Zayfa kini meniarap sambil siku menampung kedua tangan yang menekup ke pipinya. Kaki pula di angkat ke atas. Benda refleks apabila kau meniarap. Kadang-kadang di buat tanpa sedar.

" Zayfa jangan baring macam tu. Nanti kalau masuk along, angah ke siapa ke tak manis ". Zara menegur lembut pada Zayfa yang meniarap. Zayfa menoleh untuk melihat wajah mama yang menegurnya tadi. Zayfa menurunkan kakinya lurus ke bawah.

Zara menghela nafas melihat sikap Zayfa yang belum matang sepenuhnya itu.

Biasalah gadis sembilan belas tahun. Masih remaja lagi. Tahun depan masuk dua puluh tahun dah. Mungkin masa tu Zayfa boleh di panggil dewasa. Zayfa meniarap dengan pipi kiri di atas katil pula lalu tangan Zara naik menepuk punggung Zayfa sehingga menjerit kecil anak perempuannya itu.

" Zayfa nak turun makan mama jaga Edzhar sekejap boleh? ". Zayfa bergerak keluar. Rambut yang di ikat tocang kuda berserabai kerana anak anak rambut keluar di biarkan. Lagipun dalam rumah je tak ada orang nak tengok. Paling-paling si Zariel tu menegur katanya macam pontianak terlepas.

Sebenarnya Zara belum meletakkan sepenuh kepercayaan tentang menjaga Edzhar kepada Zayfa. Zara tahu Zayfa masih terlalu muda untuk menjaga seorang bayi. Zara mengelus wajah lembut Edzhar. Zara pasti nanti hari demi hari Zayfa akan lebih baik menjaga Edzhar.

Tapi nanti Zayfa akan membahagikan masanya untuk belajar dan menjaga Edzhar. Bukan Zara tak mahu mengambil Edzhar sebagai anak angkat. Tapi firasat Zara mengatakan biarlah Zayfa yang menjadi mama angkat Edzhar sendiri.

Zara pasti akan ada sesuatu yang berlaku nanti tapi Zara tak tahu itu apa. Sama ada baik atau pun buruk. Zara cuma boleh berdoa supaya anaknya dan Edzhar selamat dari sebarang masalah.

####

" Aku akan jadikan kau ketua macam mana aku pernah cakap dulu. Jangan risau budak budak semua dah tahu tentang pelantikan kau nanti. Aku nak bila aku mati nanti. Kau uruskan kerja ni tanpa ragu. Aku nak kau semakin mahir menggunakan alat tajam dan senjata tu semua ".

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now