Part 38

10.3K 784 122
                                    

Awas boring area 😭

———


Bersyukur kehidupan Zayfa tenang selama dua hari ini. Tiada sebarang gangguan daripada lelaki bernama Luth Adryian sekalipun. Cuma ada satu, dua panggilan yang Luth Adryian buat namun Zayfa dengan kedegilan dia sudah bersatu. Kukuh tidak menjawab panggilan tersebut.

Makin Luth Adryian mengejarnya makin kuat rasa takutnya. Sekarang, Zayfa akan keluar bersama mamanya dan juga si kecil Edzhar ikut bersama. Mereka bertiga nak pergi berjalan ke mall mencari pakaian baju untuk Edzhar dan mungkin untuk diri sendiri. Tengoklah nanti macam mana.

" Jom Zayfa masuk kereta. Edzharr cucu nenek ni nak pergi keluar dengan nenek ye. Sini nenek nak cium sikit budak wangi ni. Muahh". Zara mengambil Edzhar daripada tangan Zayfa lalu mengendongnya.

Ciuman panjang penuh kasih sayang dia berikan. Sehingga terkekeh ketawa Edzhar suka menerima ciuman. Zayfa tersenyum sendiri sambil berjalan mengeluarkan kunci kereta. Zara yang membawa Edzhar mengikut dari belakang.

Biar Zayfa yang menjadi pemandu dan mama serta Edzhar duduk sahaja. Dalam beberapa minit, kereta bergerak keluar dari kawasan rumah. Zayfa memandu sesuai destinasi yang mereka akan tuju.

Semasa di dalam kereta, riuh suara rengekan dan gelak tawa Edzhar kerana di acan oleh Zara. Disebabkan terlampau gembira bila perutnya di gelitik, tangan Edzhar yang memegang kereta mainan kecil terbaling ke riba Zayfa.

Terkejut Zayfa dibuatnya. Sedikit sakit dengan balingan Edzhar tadi. Kereta mainan mini itu agak keras dan kukuh. Jadi tak adalah kalau jatuh cepat pecah. Edzhar ni makin besar makin suka membaling dan membuang mainan yang dia ada.

Suka sepahkan bilik Zayfa. Kadang kadang sampai habis penuh satu ruang rehat. Sehingga Zara terpaksa memasang batas supaya tidak terlalu bersepah. Suara jeritan comel milik Edzhar kedengaran lagi. Memekik gembira.

Zayfa begitu fokus memandu. Dia jarang memandu tapi sekali memandu memang kerusi di depannya. Biar mudah sikit nak kawal. Tak berapa lama, mereka akhirnya sampai di sebuah mall. Keluar sahaja. Edzhar sibuk menjerit menghulurkan tangan ingin di dukung oleh Zayfa.

Zara berikan budak kecil montel ni kepada Zayfa sambil mereka berjalan beriringan masuk ke dalam. Kedai menjual pakaian budak seusia Edzhar mereka tuju. Setelah agak lama pemilihan selesai.

Kini berganjak, mamanya ingin membeli sedikit hadiah untuk papa. Jadi Zayfa sebagai anak yang baik. Tidak menganggu mamanya. Dia meminta kebenaran untuk berjalan di sekitar mall. Melihat lihat apa yang dia minat mana tahu boleh beli.

Edzhar bermain kereta mainan dia lagi dengan mulut berbunyi riang. Nampaknya Edzhar pandai behave ya kalau dekat tempat ramai. Baru je Zayfa puji. Puk. Kereta mainan tadi sudah tercampak ke lantai selepas di baling.

" Edzhar.. ". Tegur Zayfa perlahan namun keras, sambil mengendong Edzhar dia merendahkan badan mengambil kereta mainan yang terletak di lantai. Dia pulangkan pada tangan kecil Edzhar kembali.

Semasa berjalan melepasi satu kedai. Mata Zayfa ralit melihat barang barang di situ. Terlalu dalam dunianya, Edzhar membuat perangai lagi. Membaling kereta mainan lagi ke lantai. Menimbulkan bunyi dan juga riak muka tak gemar Zayfa.

Dia tunduk lagi ambil. Kali ni dia tak nak bagi dekat Edzhar. Tapi lepas tengok bibir kecil itu mencebik seperti mahu menangis, Zayfa berikan juga. Tidak perlu tunggu terlalu lama. Edzhar melemparkan kereta mainan miliknya dan kini tahniah.

Bagus Edzhar. Zayfa menekup mulutnya dengan badan mengeras terkejut apabila kereta mainan tersebut hinggap pada muka seorang lelaki yang kebetulan ada di situ.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now