Part 30

9.2K 689 120
                                    

Luth Adryian menggerakkan otot lehernya yang lenguh setelah turun dari pesawat private miliknya. Di sebelahnya terdapat Ray sedang berdiri menanti dengan pintu kereta yang terbuka. Menunggu Luth Adryian masuk ke dalam. Lelaki yang ditunggu, hanya merenung langit cerah yang membiru cantik. Angin bertiup lembut menerpa seluruh badannya.

Kelopak matanya terpejam seketika, dah dua hari dia tak menatap wajah gadis miliknya. Rasa rindu dan ingin mencari gadis tersebut amatlah tinggi. Membayangkan wajah Zayfa tidak cukup baginya. Dia harus segera menemui gadis itu agar rindunya terpuas. Tapi dia yakin Zayfa tidak pernah menunggunya sekaligus akan memghindar daripadanya. Ah, gadis miliknya terlampau comel.

Terlalu cantik untuk di gapai. Dengan satu halangan besar yang harus dia tempuh agar memiliki Zayfa luar dan dalam.  Belum lagi kelibatan abang gadis itu masuk campur. Semakin sulit halangan semakin kuat keinginannya terhadap Zayfa. Sekali dia nak, perkara itu akan menjadi haknya. Semakin keras cabaran, semakin kuat dia akan mengenggam Zayfa.

Luth Adryian masuk ke dalam kereta lalu merehatkan belakang kepalanya pada kerusi kereta. Hanya dengan memikirkan wajah Zayfa, dadanya di penuhi rasa rindu. Rindu yang bercampur dengan obses. Kelopak matanya terpejam erat.





Suara budak kecil kedengaran menjerit gembira ketika Zayfa mengacannya bermain. Tangan tembam Edzhar di genggam lembut bersama wajah yang tersenyum lebar. Gembira anaknya semakin membesar. Dia berada di atas katil bersama si budak kecil. Kebetulan anaknya baru saja bangun dari tidur. Jadi biar dia bermain dengan budak comel ni dulu.

" Comelnyaa anak mama ni ". Zayfa geram mencubit lama pipi bulat Edzhar sehingga menjerit kesakitan budak kecil tersebut. Air liur mengalir keluar jatuh membasahi tuala putih yang memang sengaja diletakkan berlapik di bawah badan Edzhar yang meniarap. Zayfa terkekeh suka. Suka dengan kecomelan yang Edzhar tunjukkan.

Rasa macam tak percaya dia dah ada anak dalam usia muda macam ni. Macam tak logik je. Padahal perangainya pun belum matang sepenuhnya tapi berkat mamanya mengajar cara menjaga bayi akhirnya Zayfa semakin pintar dan boleh diharapkan. Walaupun kadang kadang terbabas dan terlupa apa yang patut di buat.

Sebenarnya Zayfa pernah terfikir kenapa dia susah payah menjaga Edzhar dan menjadi anak angkatnya. Kenapa dia menjaga anak yang tak ada kaitan sedikit pun dengan darahnya tapi ada sesuatu menyuruhnya untuk mengambil Edzhar sebagai anaknya.

Zayfa juga pernah bertanya pada mamanya, apa kata mama yang ambil Edzhar jadi anak angkat dan menjadi adik angkat Zayfa tapi mamanya cakap takut nanti papa marah. Zayfa sendiri yang nak jaga Edzhar tak akan tiba tiba Zara yang kena jaga pulak nanti tak pasal pasal Zarif Haikal menghantar anak kecil itu ke rumah anak yatim.

Mendengar mamanya berkata begitu, Zayfa terus berdiam diri dan memilih menjaga Edzhar seperti awal yang dia janjikan. Dia sendiri nak jaga Edzhar jadi dialah kena lakukan semua itu. Tangisan Edzhar keluar dengan lidah menjilat jilat seakan mahukan sesuatu. Kakinya menendang nendang angin sambil menangis.

Zayfa yang faham, bangkit dari baringnya. Mengendong badan Edzhar bersama lalu di letakkan atas ribanya. Baju di selak ke atas. Posisi duduk Edzhar dibetulkan sesuai dengan apa yang mamanya ajarkan. Jumpa sahaja apa yang Edzhar cari, bibirnya terus menyonyot haus. Kening Zayfa berkerut sesaat, tangannya menepuk halus punggung kecil anaknya sambil menyusu.

" Mama Zayfa pergi dulu. Edzhar ada dekat atas tengah tidur. Nanti mama tolong tengokkan Edzhar boleh ". Zayfa memeluk badan mamanya dari belakang. Zara yang sedang mengemas peralatan dapur berhenti lalu meleraikan pelukan. Namun diganti dengan tangan mengusap kepala anak perempuannya. Sekejap je semua dah besar.

" Boleh, jangan balik lambat sangat nanti papa marah. Hati hati dekat jalan tu ". Ujar Zara memberi nasihat dengan suara yang lembut. Zayfa tersengih lebar dan kemudian kembali memeluk pinggang mamanya. Dia berdiri dengan wajah yang gembira.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now