Part 6

12.1K 646 50
                                    

Di satu lorong laluan sekolah kelihatan Zariel bersama sekumpulan pelajar lelaki sebaya dirinya berjalan sambil bersembang sakan dan diikuti dengan gelak ketawa yang agak kuat. Para pelajar yang berada di situ menatap dengan tatapan biasa sebelum menyambung urusan mereka sendiri.

Malas nak berurusan dengan Zariel and the geng. Siapa tak kenal Zariel dan kawan kawan dia tu. Budak nakal yang sering mengacau orang. Kadang orang duduk diam pun kena yang berani melawan lagi lah kena. Pelajar lain diam sahaja bila di ganggu.

Mungkin disebabkan ibu bapa Zariel dan kawan kawannya rata-rata berasal daripada golongan yang kaya semua. Hampir sampai di cafeteria sekolah, langkah kaki Zariel berhenti secara mendadak di ikuti dengan kawan kawannya di belakang apabila terserempak dengan seorang guru lelaki.

" Selamat pagi cikgu Hasan. Cikgu nampak kacak hari ni ". Suara nakal Zariel terdengar seakan bergurau dengan guru mereka. Kawan kawannya hanya tertawa kecil. Guru yang bernama Hasan tadi menghela nafas pendek. Budak budak ni kan tak habis habis.

" Selamat tengah hari bukan selamat pagi ". Balas cikgu Hasan sedikit menyindir. Sesaat, Zariel terdiam mendengar balasan daripada cikgu tersebut. Namun itu hanya sekejap sebelum Zariel menyunggingkan senyuman seakan beramah mesra lalu menatap jam mahal yang melinggar pada pergelangan tangannya.

" Haah lah cikgu dah tengah hari  rupanya. Cikgu janganlah marah marah nanti cepat tua. Saya tengok rambut tu dah start berubah warna dah tak lama lagi jadi warna hijau lah tu ". Bidas Zariel semula bersama bibir yang terkatup menahan ketawa.

Cikgu Hasan menatap anak muridnya tajam lalu mengulung fail biru yang terdapat pada tangannya sebelum memukul kepada atas Zariel sekali.

" Jangan nak merepek rambut berubah jadi warna hijau lah apa lah. Kamu fikir saya ni alien ke apa. Hei! Zariel Haikal saya bagi kamu amaran ni. Jangan buat hal mengacau orang sana sini. Saya dapat tangkap kamu buat macam tu lagi. Siap kamu! Dah ke tepi! ".

Selepas memukul kepala Zariel beserta memberi amaran bahu anak muridnya di tolak ke tepi memberi ruang untuk dia berjalan. Zariel mengetap giginya erat bersama sorotan mata tajam mengekori langkah gurunya. Zariel cukup tak suka orang memain rambut atau kepalanya.

Automatik moodnya berubah seratus peratus angkara guru Hasan tadi. Zariel melangkah menuju ke cafeteria lalu mengambil tempat biasa mereka semua duduk. Zariel dengan riak datarnya menyerahkan duit bernilai besar kepada kawannya untuk membelikan makanan.

Dia bad mood sekarang ni. Pelajar lain cuba untuk tidak bertatapn mata dengan Zariel sekumpulan. Zariel ni boleh tahan segak juga kalau di lihat tetapi ramai pelajar tidak tahan dengan sikapnya yang suka menganggu orang. Itu belum kira kalau dia campur kawannya ketawa, monyet dalam hutan pun lari.

Terlampau kuat sampai kadang membuat pelajar menyampah dan memilih pergi daripada berada satu kawasan dengan Zariel sekumpulan. Sebenarnya Zariel tidak lah terlalu nakal cuma jiwa remajanya yang memberontak agar melakukan hal yang dia sukai.

Matanya melirik ke arah tengah cafeteria ketika mendengar suara perempuan ketawa. Zariel mengecilkan matanya apabila menangkap siapa gadis tersebut. Dengan mendadak senyuman senget jahilnya keluar lalu bangkit melangkah ke arah sana.

Kawan kawannya yang berjumlah enam orang menatap Zariel pelik. Kemana kawan mereka itu ingin pergi. Dalam enam kawan lelakinya yang paling rapat hanya dua orang iaitu Daren dan Harith sahaja. Yang lain hanya kawan gelak bersembang gitu gitu je.

Zariel menarik kerusi di depan kedua gadis yang sedang makan sambil ketawa. Melihat kedatangan lelaki yang tidak di undang menghentikan tangan daripada menyuap makanan. Zariel tersengih lebar memusingkan kerusi besi lalu duduk dengan tangan bertahan pada penyandar kerusi.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now