Part 13

11.4K 761 78
                                    

Lyne Isabella melangkah bersahaja selepas keluar daripada gedung megah sambil membawa sebuah beg kertas berisi makanan. Matanya mendongak ke atas melihat bangunan yang kelihatan mewah. Bibirnya tidak mengukirkan senyuman selain riak wajah kekecewaan.

Kakinya bergerak berjalan dengan kepala yang tertunduk. Terdapat orang ramai yang sedang lalu lalang pada waktu petang begini. Lyne Isabella yang sibuk menunduk tidak sengaja melanggar bahu salah seorang pejalan kaki sehingga bekal makanan terhambur jatuh.

" Ah maaf, maaf saya tak sengaja ". Lekas bibir Lyne Isabella mengungkapkan kata maaf beberapa kali lalu turun mengutip bekal yang kelihatan sudah pecah. Nasib di dalamnya cuma terisi nasi goreng dan ayam masak merah sahaja.

Sempat dia menghela nafas sambil merenung lama bekal plastik berisi makanan tersebut. Lelaki yang teradu bahu dengan Lyne Isabella tadi menghembus nafas marah menatap tajam ke arah gadis itu. Lyne Isabella baru tersedar sesuatu, terdapat benda empat segi panjang tergeletak di atas jalan.

Dia mengambil dan tepat bila dirinya berdiri ada tangan merampas laju. Lyne Isabella terkedu. Akibat perlanggaran tadi telefon milik lelaki itu terhempas jatuh dan retak, di hujung pulak pecah.

" Kau jalan macam mana? Mata kau, kau letak mana? Kau buta ke tak nampak aku jalan dekat sini? ". Bukannya berbicara baik baik lelaki itu dengan kasarnya merentap lengan Lyne Isabella sehingga badannya terdorong rapat akibat tarikan tadi.

Lyne Isabella meringis perlahan sambil cuba melepaskan pegangan. Riak wajahnya menunjukkan dia tidak selesa dengan kelakuan lelaki itu pada dirinya. Orang yang lalu lalang hanya memerhati dan berlalu pergi.

" Maaf, saya minta maaf. Saya tak sengaja nak langgar encik tadi ". Ujar Lyne Isabella dengan suara rendahnya. Sebelah tangan yang memegang bekal makanan tadi turut menolak tangan lelaki itu agar terlepas. Badannya terhuyung hayang kerana gerakan kasar lelaki itu.

" Tch jangan nak bagi alasan ke sebenarnya ni cara kau nak tarik perhatian aku? Sebab tu kau langgar aku kan ". Nada penuh bangga kedengaran dari bibir lelaki yang langsung Lyne Isabella tidak kenali.

Lyne Isabella terdiam dengan wajah yang tidak percaya dia baru mendengar kata tersebut. Dia masih cuba menarik dirinya agar pegangan tadi terlepas.

" Lepaskan tangan saya boleh tak? Saya dah minta maaf tadi, encik tak perlu berkasar macam ni sekali. Orang tengok lah ". Lyne Isabella masih bergelut untuk melepaskan diri. Pegangan pada lengannya berubah menyakitkan apabila lelaki itu menguatkan cengkaman.

" Kau— ". Lelaki itu menyunggingkan senyuman sinis seraya melontarkan pandangan ke sekeliling sebelum mencerlung tajam ke arah Lyne Isabella.

" Bila fikir balik, kau ni cantik juga. Not bad, kalau kau nak perhatian aku. Aku rasa kau berjaya, sebab— aku tertarik dekat kau ". Tangan lelaki itu naik ingin menyentuh pipi Lyne Isabella. Pantas Lyne Isabella mengelak ke tepi dengan pandangan menakutkan.

Dia tak pernah ada dalam situasi macam ni. Akibat perasaan takutnya hadir. Dia menguatkan tolakan sehingga bekal makanan pada tangannya terjatuh dengan isi terkeluar bersepah di jalan.

" Saya cakap lepas! Lepaslah!! ". Lyne Isabella meronta ketakutan dengan badan tersentak apabila lelaki itu menarik lengannya yang bebas dengan kuat. Bebola matanya bergerak meminta bantuan sesiapa yang lalu. Tapi tiada satu pun membantu.

" Kalau aku tak nak kau nak buat apa? Macam ni lah memandangkan kau dah berjaya tarik perhatian aku. Aku kenalkan diri aku siapa. Nama aku Daniel— ". Lelaki tadi memegang kedua bahu Lyne Isabella dengan kuat seraya tersenyum.

Bagi Lyne Isabella itu bukan senyuman biasa. Melainkan senyuman dengan penuh makna tersirat. Semakin kuat Lyne Isabella cuba melepaskan diri semakin kuat cengkaman yang dia dapat. Lyne Isabella memandang bangunan yang baru dia keluar tidak berapa lama tadi dengan hati meminta tolong.





The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now