Part 26

9.8K 742 78
                                    

Zayfa mencengkam sebelah lengannya dengan kepala tak habis mengulang tayang kejadian kereta meletup tadi. Sungguh menakutkan. Kalau papanya tak menegur kemungkinan besar mereka sudah kehilangan nyawa sekarang ini. Sama ada dia mahupun papanya tak akan berpijak di bumi lagi. Luth Adryian memang lelaki gila.

Berani lelaki itu melakukan perkara buruk macam ni terhadap dia tak papanya. Zayfa tak pernah terfikir akan ada orang mahu membunuh mereka dengan kejam seperti ini. Dia yang sibuk melawan kata dalam kepalanya tersentak kecil apabila coat milik papanya mendarat pada badannya. Membalut badan kecil dan lemahnya agar lebih tenang.

Zarif Haikal menayangkan senyuman tipis setelah memberikan coat yang di pakai kepada anak perempuannya. Bukan dia tak sedar sejak kejadian tadi badan Zayfa menggigil kecil. Mereka sedang berada di dalam lift sebuah gedung apartment. Si anak tak mampu membalas senyuman ayahnya hanya memandang sekilas sebelum menunduk ke bawah.

" Jom ". Zarif Haikal memimpin anaknya agar keluar selepas bunyi lift berdenting dan serentak dengan pintu lift yang terbuka. Zayfa mengangguk faham mengikuti langkah papanya di lorong bangunan tersebut. Tak pasti kenapa papanya membawa dia ke sini dan bukannya pulang ke rumah.

Sampai di satu apartment yang berada paling hujung, si ayah mula menekan nombor pin password sehingga pintu berjaya terbuka mempersilakan mereka berdua masuk. Zayfa yang kelihatan bingung hanya membuka langkahnya masuk ke dalam. Nampak seisi dalam yang baru seakan tiada sesiapa yang pernah tinggal di sini tapi dengan peralatan yang lengkap.

" Zayfa, buat masa ni kamu tinggal dekat sini dulu. Jangan balik rumah lagi sampai cuti kamu habis ". Zarif Haikal berpusing menghadap anaknya ketika mereka sudah berada di ruang tengah. Zayfa tak pasti mahu memberi reaksi seperti apa. Yang ada wajah muramnya terpapar jelas pada mata papanya.

" Ta-pi kenapa papa.. ". Dalam keadaan menunduk bergumam bertanya. Si ayah mendekati anaknya sebelum menggosok kepala Zayfa lembut dengan niat untuk menenangkan hati anaknya agar tidak menangis.

" Zayfa nak mama tahu pasal hal ni ke? Tak nak kan ". Zayfa mengeleng perlahan. Baru mindanya terfikir tentang mamanya. Betul juga kalau dia pulang sekarang apa yang mamanya akan katakan. Mesti wanita itu risau. Terlampau risau, takut dia terluka atau sakit. Zarif Haikal menghela nafasnya. Dia pun pening kepala dengan sikap Luth Adryian.

" Papa tak nak mama risau. Jadi Zayfa kena tinggal dekat sini dalam beberapa hari. Kalau mama tanya pandai pandailah papa sembunyikan hal ni okay". Nampaknya bertambah satu lagi kerja yang Zarif Haikal perlu selesaikan. Beberapa saat kedua duanya senyap tanpa suara. Tapi Zayfa baru terfikir tentang sesuatu.

" Ma—cam mana kalau mama call Zayfa. Zayfa tak ada telefon. Telefon Zayfa dah hi—lang ". Zayfa memberitahu sebenarnya. Bagasi yang berisi pakaiannya pun tak di ambil. Kesimpulannya, dia pulang tanpa membawa sehelai pakaian. Hanya ada pakaian yang tersarung pada tubuhnya sahaja. Zarif Haikal termenung sekejap.

" Jangan risau pasal tu, papa akan cuba halang mama kalau mama nak call Zayfa ".

" Oo—kay papa.. ". Mendapat persetujuan Zayfa membuatkan Zarif Haikal mengerling jam pada tangannya. Dah sampai masa dia balik ke rumah sekarang ini. Baru tangan Zarif Haikal mahu mengusap puncak kepala anaknya lagi tapi terhenti dengan suara lirih Zayfa tentang Edzhar.

" Papa— macam mana dengan Edzhar. Kita a—kan ambil dia balik kan.. ". Zarif Haikal terdiam sendiri memikirkan Edzhar. Dia terlupa dengan budak kecil yang telah di anggap sebagai seorang cucu itu.

" Zayfa jangan cakap pasal Edzhar dulu. Sekarang bersyukur kita dah selamat sampai dekat sini. Kalau kita bawa sekali kita semua tak akan selamat ".

" Ta—pi papa kita boleh ambil Edzhar. Kita boleh lawan dekat mahkamah kan ".

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now