Part 25

9.4K 768 133
                                    

Kini Zarif Haikal memerhati dua manusia berbeza jantina di depan matanya. Hanya panjang meja menjadi penghalang mereka sehingga agak berjauhan. Luth Adryian pula duduk tenang dengan kaki terbuka luasnya manakala Zayfa pula terpaksa melabuhkan duduk di sebelah lelaki itu dalam keadaan tak rela.

Tangannya di genggam kuat oleh Luth Adryian di bawah sana. Mereka masih membisu tanpa sebarang bicara. Luth Adryian menadah tangan kepada Ray yang berdiri di belakang. Tindakan tersebut membuatkan dua pasang anak dan bapa itu merenung ke arahnya dengan lirikan curiga.

Ray datang memberikan sebuah gari besi ke atas tangan Luth Adryian. Belum sempat Zayfa menolak, pergelangan tangannya sudah di gari laju bersama sebelah tangan Luth Adryian.

" Apa a-wak buat ni ". Zayfa cuba membuka gari yang terkunci pada pergelangan tangannya sambil menatap Luth Adryian marah. Jelas lagi nyata situasi sekarang ini tak akan membantu Zayfa untuk melarikan diri kalau tangan dia dengan lelaki itu sudah terikat melalui gari tersebut.

Zarif Haikal di sana menahan amarahnya apabila Luth Adryian mengari tangan anak perempuannya tepat di depan kedua biji matanya. Ini ke bakal menantu dia? Menantu tak guna. Entah macam mana lelaki yang dia kenal sebagai Luke itu boleh menangkap anaknya.

Apa sebabnya dan kenapa. Nak kata dia pernah berjumpa tapi rasanya tak pernah. Dia tak pernah bermusuh dengan pemuda tersebut.

" Jangan buang masa aku Luke, bagi Zayfa dekat aku balik dan cakap apa sebenarnya yang kau nak. Jangan berdalih dengan aku lagi ". Lagi lama Zarif Haikal menunggu boleh melayang keluar amarah yang tersimpan. Dia dah tua.

" Oh, sorry Mr. Zarif Haikal aku terlupa kau ada dekat sini lagi. Mungkin tadi kau tak berapa dengar apa aku cakapkan. So tak apa untuk my father in law aku sanggup ulang untuk kali terakhir. Aku nak Zayfa ". Dalam sekelip mata Luth Adryian yang tersenyum tadi mengubah riaknya apabila sampai di ayat terakhir.

Zayfa menautkan keningnya setelah menghadam apa yang di mahukan oleh Luth Adryian. Kepalanya menoleh beberapa saat sebelum berpaling menghadap meja semula dengan soalan timbul satu demi satu di dalam kepala. Kenapa Luth Adryian sungguh berani berkata seperti itu di depan ayah kepada Zayfa. Ini ke cara lelaki mahu melamar seseorang gadis depan ayahnya.

Boleh ke ini di panggil melamar atau sebenarnya permintaan. Permintaan berbaur ugutan dan ancaman. Mana ada orang gari anak gadis orang depan ayahnya. Apa gila Luth Adryian ni. Agaknya otaknya sudah terseret keluar. Zarif Haikal tak menunjukkan reaksi wajah yang lain selain biasa. Tidak tersenyum atau menyinis.

" Kenapa kau nak anak aku ". Ungkap Zarif Haikal senada tanpa niat untuk tersenyum. Matanya fokus pada Luth Adryian dengan fikiran memikirkan banyak perkara.

" Well, mungkin sebab dia perempuan yang sanggup jaga anak aku ".

" Anak kau? Siapa? Edzhar? Edzhar Zafran cucu aku? ".

Luth Adryian mencebik tipis dengan tangan terawang separas bahunya sambil mengiyakan ringan. Terus terbeliak mata Zarif Haikal sebelum terpejam rapat. Dia tak sangka pula budak yang Zayfa jaga dan dia sendiri menganggap budak itu seperti cucunya rupanya ada kaitan dengan Luth Adryian. Memang kecil dunia ni.

Matanya terbuka kembali dengan kedua siku menumpang pada meja menatap Zayfa dan Luth Adryian lama. Patutlah masa mula mula anak perempuannya mengambil Edzhar ada perasaan tak enak dalam hatinya tapi di sebabkan Zayfa terlalu bersungguh mahu menjaga bayi itu jadi dia terpaksa setuju. Jadi inilah sebab hatinya membantah permintaan Zayfa dulu.

" Macam ni, kau boleh ambil anak kau balik tapi kau kena bagi Zayfa dekat aku. Jadi kita seri tak ada siapa yang rugi ".

" Papa... ".

The Insane of Luth AdryianWo Geschichten leben. Entdecke jetzt