Part 29

8.6K 696 64
                                    

Zayfa hanya merenung makanan yang tersedia di atas meja tanpa ada niat untuk menjamah masuk ke dalam mulut. Lain pula bagi Luth Adryian, lelaki itu dengan tenang menyuap makanan tanpa sebarang masalah. Zayfa melirik ke luar kaca restoran. Terdapat seorang lelaki yang merupakan driver Luth Adryian berdiri di sana.

Mesti Luth Adryian sengaja mengarahkan driver itu untuk berjaga di luar sana. Takut kalau kalau Zayfa mahu melarikan diri. Haah tak payah fikir panjang, sejak sampai dekat restoran ni Zayfa asyik mencari cara untuk melarikan diri tanpa tertangkap tapi macam mana dia nak lari? Bangun pun terasa susah.

" Ba-gi balik telefon saya ". Tapak tangan putih terhulur di depan pinggan Luth Adryian. Kunyahan terus terhenti sekejap dengan sudu di turunkan lepas dari tangannya lalu duduk bersandar sambil memeluk tubuh. Zayfa pula masih setia menghulurkan tangannya.

Terbuka bibir Zayfa ketika apa yang dia minta tak dia dapatkan melainkan pemuda itu dengan berani tak ada perasaan bersalah menyatukan tangan mereka erat lalu di genggam kemas. Serta merta Zayfa cuba menarik tangannya agar terlepas.

" Lepaslah! ". Marah Zayfa di balik sela giginya sehingga terpaksa menggunakan sebelah lagi tangannya untuk merungkaikan jari Luth Adryian yang membelit tangannya erat. Otak lelaki di depan dia ni memang kosong tertinggal ke atau memang tak ada.

Cincin tebal berwarna silver yang tersarung pada ibu Luth Adryian berlaga dengan kulit tangan Zayfa.

" Shh, diam. Tak malu ke. Orang amai tengah tengok kita ni kalau kau tetap tak diam.". Zayfa menoleh ke sekeliling, memang ada beberapa pelanggan merenung ke arah mereka. Dengan rasa malunya, dia kembali menatap Luth Adryian. Luth Adryian dalam diam menahan bibirnya daripada tersenyum.

" Lepaskan tangan sayalah! Saya minta telefon saya kan yang awak pergi pegang tangan saya ni dah kenapa. Lepaslah! ". Zayfa merendahkan suaranya sambil tak berhenti menarik jari yang seakan melekat pada tangannya. Kuat sungguh tenaga Luth Adryian nak di bandingkan dengan dia. Naik kebas tangannya sudah.

" Kalau kau nak, kau ambil lah sendiri. Ni dalam poket seluar aku belah kanan. ". Luth Adryian menaikkan keningnya. Sengaja melonggarkan pegangan terhadap Zayfa sehingga gadis itu akhirnya dapat meleraikan tangan mereka yang bersatu tadi. Berubah wajah Luth Adryian apabila melihat bagaimana gadis itu mengusap seluruh tangan yang dia sentuh tadi pada napkin yang tersedia.

Kononnya macam tangan Luth Adryian mempunyai kuman atau bakteria yang membahayakan nyawa. Rahangnya mengeras. Makin gadis itu menolak makin kuat hasratnya mahu memiliki anak perempuan Zarif Haikal. Tapi apa yang dia tak faham sebenarnya, Zayfa tak suka bila ada manusia menyentuh kulitnya.

Lagi lagi lelaki macam Luth Adryian.

" Bagi balik telefon saya. Sa—ya tak ada masa nak main main dengan awak! ". Zayfa menyembunyikan tangan yang Luth Adryian pegang di atas peha. Dia masih menggosok tangannya dengan harapan mahu menghilangkan bekas sentuhan lelaki itu pada dirinya.

" Kau ada nampak aku main main dengan kau ke? Kalau aku nak main, selalunya aku main atas katil. Kenapa nak join. ". Ujar Luth Adryian dengan nada kotornya. Riak terkejut bercampur tak percaya Zayfa tayangkan selepas mendengar kata dengan makna kotor di sebaliknya. Zayfa menarik nafasnya sebelum berbicara lagi..

" Bagi telefon saya sebelum saya bagitahu— papa saya yang awak ganggu saya lagi! ". Hening. Luth Adryian diam tapi senyuman lebarnya terbit. Zayfa pula menahan marah dalam dadanya. Makin dia duduk dengan Luth Adryian makin kotor isi kepala pemuda tersebut.

" Heh, babygirl? Aku tahu sebenarnya kau tak berani nak ambil phone kau kan. Mesti Zarif Haikal dah ajar kau, jangan sentuh lelaki lain selain keluarga kau sendiri. Tapi, kalau kau nak sentuh aku luar dalam pun aku izinkan. Nak try? Aku tak akan kecewakan kau. ". Luth Adryian mengejek pada awalnya sebelum katanya semakin jauh dengan suara rendahnya.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now