Part 20

10.8K 776 204
                                    

Berbalik malam di mana Ailen dan Lila selesai berenang dan kembali ke dalam bilik mereka dalam pukul hampir sebelas malam. Keduanya sedikit terkejut apabila pintu tak di kunci oleh Zayfa padahal kan sebelum mereka pergi mereka sempat mengingati kawannya itu.

" Kenapa pintu ni tak berkunci". Soal Ailen kepada Lila setelah mereka berdua masuk ke dalam rumah. Lila ikut curiga sekali. Mereka masuk lalu meletakkan beg berisi barangan mereka ke atas sofa.

" Zayfa, Zafya weh Zayfa ". Lila menjerit nama Zayfa seraya berjalan menuju ke arah bilik yang tertutup rapat. Ailen mengeluarkan telefonnya sambil memerhati Lila yang memanggil Zayfa.

" Zayfa kau dekat dalam ke? ". Lila mengetuk pintu Zayfa kerana tidak menerima sahutan daripada sahabatnya itu. Tapi hening tiada suara yang menjawab. Akhirnya Ailen bangun dari duduk dan berjalan ke arah Lila. Ada rasa sesuatu yang tak enak di dalam hati mereka.

" Zayfa tak sahut ke? Cuba kau buka pintu ni mana tahu dia dah tidur sebab tu diam je ". Ujar Ailen meneka. Lila terus membuka pintu seperti yang dikatakan oleh Ailen tapi kosong. Susuk tubuh Zayfa ataupun Edzhar tak ada di situ. Lila menoleh ke arah Ailen dengan kerutan di keningnya.

" Zayfa keluar ke. Kenapa beg dia tak ada. Beg Edzhar pun tak ada sekali. Cuba kau check telefon kau tengok kalau kalau Zayfa ada call bagitahu kita ke ". Lila menghampiri Ailen yang kebetulan membawa telefon di tangan tapi Ailen belum sempat membukanya tadi. Laju tangannya menghidupkan telefonnya.

Tadi semasa mereka berenang telefon mereka berdua di dalam beg. Jadi mana tahu Zayfa ada call tapi tak dengar ke. Lila menjenguk kepalanya ikut melihat ke skrin telefon Ailen yang menyala.

" Zayfa ada call aku lah tadi tapi ni bukan masa kita baru pergi berenang ke? ". Ailen menatap Lila selepas berjaya memeriksa log panggilan di telefonnya. Keduanya senyap sambil berfikir. Seketika Lila bergerak keluar dan menuju ke beg untuk mengambil telefonnya.

" Zayfa pun ada call aku juga lah. Tapi tak kan lah dia keluar malam malam macam ni siap bawa beg dengan Edzhar sekali. Nak pergi mana? ". Lila berfikir seketika. Cuba mengingat mana tahu Zayfa ada cakap nak keluar ke apa.

" Kalau dia keluar kenapa tak bagitahu kita dulu? ". Sambung Lila lagi. Rasa curiga mereka berdua semakin meninggi. Apa dah jadi sebenarnya ni? Mana Zayfa pergi.

" Sekejap. Zayfa ada mesej aku. Kau tengok ni dia cakap dia ada hal sebab tu dia pergi dulu ". Ailen menunjukkan satu mesej kepada Lila daripada Zayfa. Hal apa? Kenapa pula Zayfa pergi mendadak macam ni. Sepatutnya boleh je Zayfa tunggu esok kan.

Bagaikan ada satu benda yang Lila sedar selepas membaca mesej tersebut. Mulutnya ternganga sebelum memegang tangan Ailen. Ailen merenung Lila dengan wajah hairan. Kenapa?

" Zayfa kan naik satu dengan kereta. Jadi macam mana dia pergi? Lepastu kau perasan tak. Masa Zayfa call kita dengan mesej kita jauh setengah jam ". Jari Lila menunjukkan waktu masa Zayfa call dan mesej mereka. Ailen terdiam. Betul juga kenapa lambat setengah jam?

Padahal boleh je Zayfa terus mesej lepas mereka berdua tak jawab panggilan. Satu lagi kalau betul Zayfa pergi dia naik apa? Teksi? Bas? Teksi bas apa malam malam macam ni? Grab?

" Aku rasa ada something wrong lah Ailen. Tak mungkin Zayfa pergi tak bagitahu kita dulu. Dia nak pergi bilik masa kita makan petang tadi pun cakap dengan kita dulukan". Ailen mengiyakan laju. Lila cuba memeraskan otaknya supaya berfikir keras

Lila mengecilkan matanya apabila tak sengaja memandang sliding door sebelum merenung Ailen lama.

" Kau kunci sliding door tak petang tadi? ". Ailen terdiam seketika dengan pandangan lurus ke arah sliding door. Sebenarnya dia pun ingat ingat lupa kunci ke tak. Lila menyenggol lengan Ailen yang nampak termenung.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now