Part 34

7.3K 598 88
                                    

Zayfa bermundar mandir di dalam biliknya. Bermula dari tepi katil sehingga ke tengah bilik berulang kali tanpa henti. Sekejap lagi birthday party nya akan dimulakan. Edzhar duduk elok bermain bersama kereta mainannya. Sesekali bibirnya mengeluarkan bunyi sehingga air liurnya mengalir keluar.

Edzhar sudah siap berpakaian kemas. Menyambut birthday kedua puluh tahun mamanya. Manakala Zayfa tidak tenang sejak seminggu ni. Dia risau dengan kata Luth Adryian yang akan datang ke majlisnya walaupun tidak di jemput. Patutnya dia membatalkan majlisnya ini. Tapi Zayfa tak sampai hati nak tolak sambutan hari lahirnya.

Kerana semua ini atas cadangan papa dan mamanya sendiri. Memandangkan tahun ini anak gadisnya genap dua puluh tahun dan tahun depan nanti kemungkinan mereka tak akan adakan lagi sebab Zayfa dah besar. Jadi ini mungkin untuk kali terakhirnya. Macam mana lah Zayfa nak tolak.

" Kakak, majlis dah nak mula. Mama suruh turun cepat. Edzhar biar aku yang bawakan. ". Zariel masuk ke dalam memanggil kakaknya bagi pihak Zara yang melayan tetamu di bawah sana. Zayfa membeku keras di tengah biliknya memerhati adiknya mengesat sekitar dagu hingga mulut Edzhar menggunakan tuala putih kecil.

" Zariel... ". Langkah Zariel yang sesudah mengendong Edzhar terhenti apabila lengannya dipegang oleh Zayfa. Dia menjungkitkan keningnya pelik dengan tingkah kakaknya yang tiba tiba menyentuhnya. Zayfa kelihatan tidak tenang.

" Kenapa? ". Zariel mengemaskan dukungan badan Edzhar agar budak kecil itu tidak merengek lebih. Edzhar tergendong manis membawa kereta mainan berbumbung merah yang tergenggam pada tangannya. Tidak mempedulikan orang dewasa yang sedang berbual.

Zayfa mati kata. Lidahnya kelu tidak berani melontarkan sepatah kata. Hanya matanya berkedip kedip laju tanpa jeda. Macam mana dia nak cakap dekat Zariel yang dia tak nak turun. Kalau Luth Adryian ada macam mana? Ini birthday nya hari untuk Zayfa gembira. Bukan ketakutan.

Atau— sebenarnya Luth Adryian hanya bermain main tidak berniat untuk datang pun. Mungkin lelaki itu sengaja menakutkan Zayfa. Seketika rasa lega menghampiri dirinya. Zariel semakin hairan dengan senyuman yang terukir daripada bibir kakaknya.

Dah gila ke apa?

" Zariel.. Ada nam—pak orang yang pelik pelik tak dekat bawah sana?". Bawah sana yang Zayfa maksudkan adalah di halaman luas kawasan rumah Zarif Haikal. Zariel menjauhkan lengannya dari pegangan kakaknya.

" Nampak orang pelik tak ada. Kau yang pelik sekarang ni ada. Dahlah cepat turun. Nanti papa marah.". Zariel berjalan laju meninggalkan kakaknya. Sempat lagi menyindir Zayfa. Zayfa membetulkan letak tudungnya, awningnya di betulkan walaupun sudah terbentuk cantik.

Nafas dihembus keras. Dia tarik nafas panjang. Kemudian dikeluarkan lagi. Dia menarik gagang pintunya agar tertutup rapat. Pintu ditatap lama.

It's okay. It's okay Zayfa. Luth Adryian cuma main main je.  Sengaja nak takutkan dia. Jangan risau. Semuanya berjalan akan berjalan lancar. Gumam Zayfa seorang diri di depan pintu seakan melihat pantulan dirinya di pintu kayu tersebut padahal bukan ada cermin pun.

" Kau gila ke? ". Menoleh kepala Zayfa ke belah kiri. Zariel sambil mengendong Edzhar menayangkan muka tak fahamnya terhadap kakaknya. Dia nampak kakaknya bercakap depan pintu. Kalau depan cermin tak apa lagi. Ni depan pintu. Gila ke.

Zayfa lantas berpura pura ceria. Melangkah besar melepasi badan Zariel dan turun ke bawah. Zariel menyusul di belakangnya. Pelik pelik je kakaknya ni. Edzhar setia dalam gendongan Uncle nya. Mendorong kereta mainan atas bahu Zariel dengan bibir berbunyi chuu chuu chuu.

Habis baju aku. Bisik Zariel sendiri.

Sampai di luar rumah. Zayfa meneguk air liurnya kasar melihat orang orang yang ada di sana. Ailen dan Lila yang mengunyah biskut chocolate buatan Zara melambaikan tangan ke arah Zayfa dengan teruja. Keluarga Harris pun ada sekali. Kak Aresyah anak bongsu Harris pun turut serta datang.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now