Part 19

9.5K 738 80
                                    


Zayfa bergerak sedar secara perlahan apabila sakit di belakang tengkuknya terasa. Tekaknya turut terasa haus. Dengan pandangan kabur kerana pening melanda, Zayfa bangun sambil meringis halus. Dirinya masih tidak sedar di mana dia berada. Sebaik Zayfa mengangkat kepala memerhati bilik yang dia duduk.

Dirinya baru perasan ini bukan biliknya. Hanya dinding berwarna kelabu dengan siling berwarna hitam memenuhi ruang bilik. Bilik ini seakan kosong. Terdapat sebuah katil iaitu tempat Zayfa duduk. Hanya ada sebuah sofa single di sudut bilik.

Sebuah almari kecil turut berada di sebelah sofa tersebut. Perkara itu sahaja yang ada. Tiada benda lain lagi. Seketika— Zayfa baru teringat dirinya di culik oleh seorang lelaki. Gelabah Zayfa mencari Edzhar. Tangannya meraba di atas katil. Mana tahu Edzhar berada bersamanya.

Tapi tiada. Edzhar tiada di situ. Perasaan tidak tentu arah muncul. Bersama pening di kepalanya, Zayfa bangun mendadak menyebak selimut lalu membuangnya ke atas lantai. Air matanya mula berkumpul bila tubuh kecil Edzhar tak di temui.

Kedua tangannya naik mencengkam kepala sambil memaksa minda memutarkan segalanya yang terjadi. Tapi Zayfa tak jumpa potongan ingatan tentang Edzhar selepas dia pengsan. Apa yang jadi pada anaknya! Di mana budak kecil itu sekarang ini! Siapa yang menculiknya!

Apa yang penculik nak daripada dirinya. Selama Zayfa hidup, dirinya tak pernah membuat masalah. Dia tiada musuh. Jadi apa maksud semua ni? Zayfa tak nak tunggu lama lagi. Dia berpusing laju lalu membuka tombol pintu tanpa teragak agak. Yang membuat keningnya berkerut.

Apabila pintu tersebut rupanya tak berkunci. Zayfa terdiam beberapa saat dengan tangan masih memegang tombol pintu. Matanya menatap tombol pintu itu tak percaya. Kalau dia kena culik, kenapa penculik tu tak kunci pintu? Kenapa penculik itu seolah olah sengaja membiarkan Zayfa melarikan diri?

Dengan langkah sedikit terhendap hendap Zayfa keluar bersama perasaan tak tenang. Jantungnya tak berhenti berdegup laju. Air liurnya di telah payah. Zayfa masih tak sedar rambutnya bebas tanpa berlindung. Dalam otak Zayfa hanya memikirkan Edzhar.

Nyawa Edzhar begitu berharga bagi Zayfa. Sudah hampir setahun dia menjaga Edzhar. Jadi tipulah kalau Zayfa cakap dia tak sayangkan Edzhar. Budak kecil itu bagaikan separuh nyawa Zayfa sendiri.

Keadaan ruang rumah hening, senyap dan sunyi seakan tiada manusia yang hidup selain dirinya di dalam rumah ini. Zayfa tak pasti tempat sebesar ini boleh di panggil rumah. Atau—mungkin mansion. Zayfa tak bodoh nak tahu semua benda ni. Memandangkan papanya ; Zarif Haikal mempunyai mansion sendiri.

Zayfa renung lampu chandelier yang tergantung. Dari situ Zayfa boleh simpulkan kemewahan mansion ini. Tengok daripada lampu luxury crystal chandelier tersebut. Orang yang menculik dirinya bukan sebarangan orang. Lalu matanya ke bawah iaitu sebuah pintu besar yang tertutup rapat.

Tanpa berfikir panjang, Zayfa berlari ingin ke bawah dengan menuruni tangga. Sampai di bawah, Zayfa terus menolak pintu tersebut. Terlampau berat! Dengan sedaya upaya Zayfa mengeluarkan tenaganya. Pintu berjaya di buka. Buat kedua kalinya Zayfa pelik.

Kenapa—Pintu tak berkunci? Zayfa melangkah keluar. Hanya padang luas yang dia nampak dengan laluan khas untuk kereta sahaja. Apa benda ni? Zayfa berhenti bila dia lihat ada ruang untuk dirinya melarikan diri. Tetapi Zayfa seakan melupakan sesuatu.

Baru kakinya mula berlari melalui laluan khas tersebut. Suara tangisan melengking kedengaran. Zayfa terhenti, dia kenal jelas suara tangisan tersebut. Kepalanya tertoleh ke atas di mana asal suara budak kecil menangis. Hampir luruh jantung Zayfa bila melihat Edzhar terawangan di pegang oleh seseorang lelaki.

" Larilah, lari sejauh yang kau boleh. Lari dan pergi sekarang kalau kau nak tengok kepala budak kecil ni pecah depan mata kau". Suara keras dan dalam milik seorang lelaki lain yang baru datang sambil membawa gelas di tangannya.

The Insane of Luth AdryianDonde viven las historias. Descúbrelo ahora