Part 11

11.3K 683 37
                                    

Luth Adryian sedang memikirkan tentang sesuatu perkara. Alpha orang yang menyayangi dirinya sudah pergi. Siapa lagi nak mahu menyayangi dirinya seperti mana Alpha lakukan. Hanya Alpha yang berbaik hati menjaga dia walaupun tidak dua puluh empat jam.

Luth Adryian sudah tidak akan menjejaki kaki ke rumah kedua orang tuanya lagi. Kini dia akan membuang mereka jauh dari fikirannya. Buat apa dia terus memikirkan mereka sedangkan mereka tiada di sisinya ketika dia memerlukan kasih sayang dan perhatian.

Kini tiba masa Luth Adryian untuk menyandang gelaran ketua kepada markas mereka seperti yang dikatakan oleh Alpha. Dirinya keluar dari bilik Alpha sebelum menutup pintu, dia sempat mengerling buat kali terakhir sebelum pintu itu akan tertutup selamanya. Luth Adryian tidak akan membuka pintu itu lagi.

Cukup hanya hari sebelum sebelum ini dan hari ini. Luth Adryian tidak akan meratapi kematian Alpha dan sebagai gantinya dia akan menguasai kehidupan gelapnya seratus peratus tanpa ada perasaan dan belas kasihan. Seperti yang dilatih oleh Alpha sebelum lelaki tua itu meninggalkan dia

Luth Adryian berjalan ke arah kereta. Pintu kereta di buka oleh seorang orang bawahannya lalu melangkah masuk ke dalam kereta layaknya sang raja. Dia akan mengambil alih Alpha hari ini dalam kegiatan kotornya.

Kegiatan yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Alpha bijak menyembunyi kerja kotor yang tidak sah di sisi undang-undang ini kerana dengan kerja ini duit milik Luth Adryian mungkin bertambah banyak.

Jangan lupakan sesuatu. Alpha telah menyerahkan segala hartanya seratus peratus kepada nama Luth Adryian.  Cukup orang-orangnya menghormati dirinya layaknya seorang ketua dan mengikuti semua katanya.

Luth Adryian hanya mahu mereka menghormati dirinya seperti mana mereka semua menghormati Alpha tapi dia tidak akan melupakan Alpha kerana Alpha satu-satunya orang yang memulakan kerja ini dan akan menjadi yang utama walaupun sudah tiada. 

Jika mereka tidak menjalankan kerja dengan baik akan ada hukuman yang menanti mereka. Luth Adryian akan menyembunyikan identiti dirinya dengan baik sehingga tiada musuh yang dapat mengetahui penggantian tempat Alpha.

Cukup menghulurkan sedikit duit semuanya akan menutup mata dan telinga. Luth Adryian memejamkan mata sambil bersandar di kerusi kulit kereta mahal tersebut. Welcome to the dark world Luke Adryian.

Luth Adryian dengan berbaju casual berjalan santai di ikuti beberapa orang lelaki masuk ke dalam tempat mereka bekerja. Iya bekerja dalam erti menjual dadah, senjata dan juga menjadi tempat orang-orang berhutang.

Jika hutang tidak di bayar sesuai perjanjian bersiaplah untuk menerima sebarang balasan.

Nampaknya Luth Adryian akan semakin mahir dalam urusan kotor ini. Berkat ajaran Alpha dia  akan tumbuh menjadi lelaki yang lebih kejam sesuai dengan permintaan Alpha. Semua di dalam markas itu sudah mengenali dirinya sejak beberapa tahun lalu.

Tentang mengangkat Luth Adryian sebagai ketua juga mereka telah ketahui sebelum Alpha mati.

Kini mereka mempunyai boss yang baru dan perlu di turuti seperti Alpha dulu. Lelaki yang merupakan orang-orang Alpha mula bangun dan membungkuk hormat kepada dirinya sekaligus menyambut kedatangan ketua baru mereka itu dengan taat.

Luth Adryian berjalan dengan angkuhnya lalu duduk di atas kerusi yang dulunya milik Alpha tetapi sekarang telah menjadi miliknya selamanya. Dia duduk di tempatnya dengan senang hati sambil memerhati kerja orang-orangnya dengan perlahan senyuman menyeramkan keluar dari bibirnya membentuk sebuah senyuman senget.

Jadi ketua tidak seteruk yang Luth Adryian fikirkan. Dia bersyukur Alpha telah menjadikan dirinya sebagai pengganti Alpha.

####

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now