✨Bab 4✨

702 123 13
                                    

Sarapan pagi terhidang di atas meja. Ada roti bakar dan beberapa lagi hidangan sampingan yang lain. Min Young terasa rajin hendak menghidangkan makanan yang banyak pagi ini. Saja mahu menarik selera suaminya.

"Amboi? Nak hidang satu negeri ke apa? Banyaknya." Suara Jungkook menegur sebaik sahaja lelaki itu tiba di bawah. Min Young yang sedang menuang kopi di dalam cawan tersengih.

"You need to eat more." Katanya sambil mendongak memandang wajah Jungkook. Bibir tersenyum melihat penampilan suami sendiri. Belum mandi. Masih memakai pakaian tidur. Tetapi tetap kacak. Mahunya dia tidak gila sehingga sanggup buat apa sahaja asalkan lelaki ini sentiasa ada di sisinya.

"Nak makan banyak macam mana lagi?" Jungkook tarik kerusi, punggung dilabuhkan perlahan-lahan. Mata meneroka meja yang boleh dikatakan ada pelbagai jenis makanan. Bukan setakat roti bakar sahaja. Ada nasi goreng, dumpling, scramble egg dan kimchi. Meriah.

"Awak nak makan apa?" Soal Min Young sebaik sahaja dia duduk bersebelahan dengan Jungkook.

"Tak nak makan." Tingkah Min Young terus mati. Senyumannya juga. Kepala tertoleh ke arah Jungkook.

"Kenapa tak nak makan?" Soal Min Young dengan nada suara yang separuh rendah dan sedih. Penat dia bangun pagi sediakan makanan, tetapi respon suaminya sebegitu rupa.

"Tak ada selera. Saya nak pergi mem..."

"Makanlah dulu."

"Tak apa. Saya tak nak. Awak makanlah." Jungkook terus sahaja bangun dan beredar. Min Young ternganga kecil. Tangan yang memegang penyepit dan sudu terus sahaja dihempas kuat di atas meja tanda protes. Terpelanting dan jatuh ke lantai semuanya. Wajah Min Young begitu marah dan tidak puas hati. Nafasnya laju, dada berombak.

"Dulu masa kau hidup, dia ingat dekat kau. Sekarang kau dah mati pun dia tetap ingat dekat kau. Kau nak aku buat apa lagi biar Jungkook cuma ingat dekat aku sorang?"

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now