✨Bab 43✨

533 80 32
                                    

Jungkook memandu kereta milik Min Young ke bandar untuk menyelesaikan beberapa perkara mengenai kerjanya memandangnya di sini bukan tempatnya. Mujur ada kereta Min Young yang memudahkan untuk dia ke sana ke mari. Jungkook semakin sibuk.

Tinggal berbaki 10 hari lagi sebelum dia kembali bertugas dan berpindah ke rumah tentera seperti biasa. Cuti tahunan dah nak berakhir. Rasa berat hati ingin meninggalkan Min Young dan mungkin juga dia tidak dapat menemani isterinya bersalin nanti.

Jungkook melihat jam pada tangan. 10 malam. Dia sudah memesan kepada Min Young supaya tidak perlu menunggunya. Mungkin dia lambat pulang kerana ada lagi beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan. Selagi tak selesai, selagi tu susah hati.

Ketika kereta yang dipandu itu membelah embun malam, mata Jungkook terpaku ke arah satu kereta yang berada di bahu jalan. Matanya mengecil, sesuatu yang tak kena dengan kereta itu. Seakan-akan baru kemalangan.

Sebaik sahaja dia mendekat, terus diberhentikan keretanya di belakang kereta tersebut. Mata tidak lepas memandang hadapan.

"Accident ke ni?" bisik Jungkook perlahan sambil menarik brek tangan. Hatinya yakin, kereta di hadapannya ini kemalangan kecil kerana bahagian hadapan kereta tersebut kelihatan sedikit kemek dan calar. Kemudian penghadang jalan tersebut juga kemek.

Jungkook keluar dari kereta dan mengatur langkah perlahan ke depan. Matanya membulat dengan kening berkerut memerhatikan pemandu kereta yang jelas sekali tersembam wajahnya pada stereng kereta.

"Perempuan.." ya, perempuan. Jungkook memandang kiri dan kanan mencari kenderaan lain yang lalu di kawasan ini tetapi sunyi. Hanya ada dirinya dan insan yang tidak dikenalinya ini. Wajah itu tertutup dengan rambut panjang berwarna coklat cerah.

"Cik? Hello?" Jungkook mengetuk beberapa kali tingkap kereta tetapi tiada respon. Matanya memandang pula ke bahagian hadapan kereta yang jelas sekali remuk. Pada awalnya nampak macam kemek biasa tetapi baru dia ternampak ada asap halus keluar dari bahagian enjin. Enjin kereta juga mati. Lampu isyarat kecemasan sahaja yang menyala.

Jungkook mengeluarkan telefon bimbit dalam poket seluar untuk menelefon polis dan ambulan tetapi keluhan beratnya terlepas tatkala melihat skrin telefonnya gelap. Bateri habis. 

"Habis pula. Macam mana ni? Cik!" Tingkap kereta itu diketuk berulang kali sehingga Jungkook dapat melihat ada gerakan kecil terhasil dari tubuh wanita itu. Semakin dia menguatkan ketukan dan dia hampir menjerit memanggil. 

"Cik! You accid... Felia?" Jungkook separuh ternganga apabila wanita itu tegakkan tubuh dan wajahnya terdedah. Felia. Wanita kemalangan ini Felia. 


🌸 🌸 🌸 🌸 🌸


"Auch!" 

"Sakit dekat mana?" Soal Jungkook sambil memandu keretanya semula untuk menghantar Felia ke hospital memandangkan gadis itu mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan kaki. Dahi sedikit luka dan kaki terseliuh. Ikutkan hati dia memang tidak mahu bersemuka lagi dengan penyebab rumah tangganya bergolak tetapi oleh kerana ada secebis rasa kasihan dan perikemanusiaan, dia hantar juga Felia sehingga ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Pinggang." Kata Felia. Dia menjeling Jungkook dengan ekor mata. Sejujurnya, dia takut. Tetapi tidak menyangka bahawa Jungkook akan membantunya sejauh ini. 

"Macam mana boleh accident?" Jungkook bertanya. Felia menelan liur. 

"Mengantuk."

"Lepas tu dah tahu mengantuk kenapa drive? Boleh berhenti tepi, rehat." Kata Jungkook lagi. Kedengaran agak dingin tetapi sebenarnya itulah yang membuatkan Felia jatuh cinta. Walaupun dulu dia bertindak bodoh kerana terlalu gilakan Jungkook sehingga dia dibenci oleh Min Young, tetapi bayangan wajah Jungkook tidak dapat menghilang dari pandangan matanya. Lelaki itu tetap menjadi pujaan hatinya. 

"Saya balik kerja lewat. Sibuk sikit. Tak ada masa nak berehat." Ujar Felia pula. Membalas percakapan Jungkook tadi. Jungkook cuma diam dan mengeluh sahaja. Dia fokus memandu memandangkan tempat ini langsung tidak pernah dijejaki. Jadi untuk mencari jalan dan arah ke hospital agak sukar buatnya. Telefon pula tiada bateri jadi mengharapkan papan tanda sahaja. 

"Emm... awak." Felia bersuara lagi. Menegur Jungkook yang senyap di sebelahnya. 

"Hmm?"

"Min Young sihat?" Soal Felia. Jungkook angguk.

"Sihat. Baby pun aktif." Kata Jungkook. Bercakap tentang Min Young, dia jadi tersenyum sedikit. Felia menoleh dan dia juga turut sama tersenyum. Fikirnya, Jungkook suka dia bertanya walhal lelaki itu gembira kerana si isteri. 

"First time saya tengok awak senyum macam ni. Nampak... handsome." Puji Felia tanpa sedar. Terasa seperti pergi menjauh segala sakit dan bisa pada tubuh. Felia tahu dia masih belum dapat melupakan Jungkook. Dia masih berharap agar lelaki itu akan menjadi miliknya juga. 

"Hmm.. jalan pergi hospital ke mana? Saya tak ada map. Handphone habis bateri." Cepat-cepat Jungkook menukar topik apabila menyedari Felia seakan-akan cuba untuk memerhatikannya. Dia sungguh rasa tidak selesa dan cepat-cepat mahu pulang ke rumah. 

"Saya okey. Tak payahlah pergi hospital. Saya nak balik rumah." Kata Felia. Suaranya mendayu dan agak manja. Entah kenapa, automatik. 

"Sure? Dahi luka, kaki terseliuh tu." Tanya Jungkook semula sambil memandang Felia. Felia melihat anak mata Jungkook bersatu dengan anak matanya, dia terpana buat sesaat. Kacaknya...

"Sure. Ni boleh sembuh sekejap je. Hantarkan saya sampai rumah je." Jawab Felia. Dia tersenyum manis dengan penuh yakin. Terlupa seketika dia seakan-akan menempah kubur untuk diri sendiri. 

"Okay then. Show me.. jalan nak ke rumah awak." Kata Jungkook. Dalam hati mula lega kerana tidak perlu lagi berlama-lama dalam kereta dengan Felia. Bukan kerana dia tergoda, tetapi kerana tidak mahu Felia melebih-lebih walaupun dia tidak perasan tentang hal itu. Entah kerana perasaannya sahaja atau memang benar, Jungkook tidak pasti. 

"Ikut jalan ni, nanti jumpa U turn ikut je lepas tu belok ke kiri." Arah Felia. Jungkook mengangguk dan dia mengikut sahaja kata wanita itu. 

Felia memandang depan. Bibir tersenyum. Rasa bahagia yang terlarang mula menyerap masuk semula ke hati setelah lama menghilang. Jungkook kini bersama dengannya, dia akan gunakan masa ini sebaik yang mungkin. 

'Macam ni rupanya perasaan kalau ada suami. Walaupun suami orang, suami kawan baik sendiri, tapi berkongsi pun tanda kasih sayang juga.' 

Hati Felia jahat berkata dan tanpa sedar dia mula memasang niat untuk memiliki Jungkook. Erti kata lain, berkongsi kasih dengan Min Young. Felia sendiri tidak pernah merampas atau berkongsi apa-apa perkara dengan Min Young sepanjang mereka berkawan tetapi kali ini Felia nekad kerana mahu memberikan hatinya ruang dan peluang untuk mencintai lelaki yang dicintai. 


********

Gila Felia ni kan? Saya akan buat ending cerita ni yang paling dibenci orang ramai. Hahahha stay tune!


[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now