✨Bab 34✨

579 84 9
                                    

Wajah lembut itu ditatap lama. Walaupun sudah hampir dua jam matanya cuba dilelapkan tetapi begitu payah sekali kelopak mata itu hendak tertutup. Entah kenapa, hatinya merasa begitu tenang setiap kali rapat dengan isteri sendiri.

Min Young masih lagi belum sedarkan diri. Jungkook sudah pun menelefon hospital yang terdekat di sini dan rawatan sudah diberikan. Doktor datang ke sini dan memeriksa keadaan isterinya. Apabila mendapat tahu punca dan sebab emosi Min Young menggila dan pengsan tadi sangat membuatkan bibirnya tidak berhenti tersenyum.

"Patutlah selalu jadi singa. Singa, tapi manja." Spontan tepi dahi Min Young menjadi sasaran bibirnya. Jungkook mengetatkan pelukan pada tubuh Min Young, mata ditutup dan bibir mengukir senyuman lebar. Hati berbunga dan dalam masa yang sama dia berniat untuk menjaga isterinya ini sehingga akhir nafas.

🌸 🌸 🌸 🌸 🌸

"You're pregnant."

Min Young terdiam. Terdiam yang hampir membuatkannya pengsan buat kali kedua. Mata terkebil-kebil memandang Jungkook yang sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala kerana baru lepas mandi.

"Siapa pregnant?" Pertanyaan Min Young membuatkan Jungkook tergelak. Dia memusingkan tubuh menghadap isterinya yang jelas sekali tidak percaya. Jungkook mencampakkan tuala di atas katil dan terus melutut menghadap Min Young. Tangan memegang tangan sejuk Min Young.

"Takkanlah saya yang pregnant. Of course you, sayang." Tangan Min Young dikucup. Bibir tersenyum manis. Wajah sedih Min Young ditatap. Rambut yang terjuntai ke depan itu diselit ke belakang telinga.

"Saya.. pregnant?"

Jungkook angguk. Jelas sekali wajah Min Young berubah dan tidak percaya. Kepala ditundukkan dan meraba tangan pada perut sendiri yang terasa masih kempis. Masih baru.

Kenapa dia tak rasa apa-apa tanda? Satu simptom apa pun tak rasa.

"Betul ke ni?" Soal Min Young lagi. Suaranya bergetar. Jungkook tertawa halus dan mengangguk laju.

"Yes, sayang." Jungkook senyum.

"Siapa yang check?"

"Doktor. Saya call suruh datang rumah." Min Young kerut muka. Hairan.

"How? Ini bukan tempat asal awak, awak tak pernah datang sini. Macam mana awak boleh..."

"Orang sakit, orang pengsan memang ubatnya ada dekat hospital. Saya call emergency number and minta hospital datang sini untuk rawat awak. Then dia check, dia tanya soalan macam-macam pasal kita termasuklah bila last kita bersama and bila last awak period. Semuanya saya ingat and saya tahu kitaran period awak."

Penjelasan Jungkook itu benar-benar membuatkan Min Young panas muka seketika. Malu. Jungkook sengih.

"Esok atau lusa kita pergi hospital. Check up. Okey?" Min Young terdiam seketika dan termenung. Entah apa yang difikirkannya.

"Saya nak buat pregnancy test. Belikan nanti boleh?" Pinta Min Young malu-malu. Dia masih tidak percaya.

"Boleh, sayang. Nanti saya keluar, saya pergi farmasi lepas tu beli semua jenis." Ujar Jungkook dan dia tersenyum lagi. Rasa bahagia yang begitu berbeza.

Melihat wajah cemek Min Young, dia tahu wanita ini bakal menangis dan betul, tangisan Min Young pecah juga akhirnya. Lama Min Young tahan rasa sedih itu. Hatinya yang sebelum ini keras bagai batu tiba-tiba sahaja terasa lembut bak kapas. Tidak semena-mena tubuh sasa itu dirangkul erat dengan hati yang begitu lemah. Menekup wajahnya pada bahu Jungkook yang tidak berbaju ini.

Reaksi Jungkook benar-benar mahal. Dia bagai hendak terlompat tinggi ke langit sambil menjerit suka. Senyuman manis melebar. Membalas pelukan erat Min Young yang begitu dirindui. Bunyi tangisan halus itu kedengaran. Nafas lega ditarik panjang dan dihembus puas.

"Saya minta maaf, Jungkook. Banyak salah saya dekat awak. Saya buat awak sebatang kara." Suara itu teresak melafazkan ayat yang selama ini tersimpan lama. Begitu dia tahan sehingga dia benar-benar bersedia untuk lafazkan dan hari ini merupakan harinya.

"It's okay, sayang. Sebenarnya semua salah saya. Awak mangsa. Awak runsing, tak tahu nak buat apa." Jungkook meleraikan pelukan, memandang wajah Min Young yang tercemik sedih. Air mata yang mengalir itu diseka dengan tangannya. Sayu rasa hati.

"Saya tak nampak effort awak selama ni, saya lebih percayakan keluarga saya sendiri. Tapi dalam diam, keluarga saya bencikan awak. Saya percayakan diorang berbanding awak." Jungkook tarik nafas panjang lagi. Mencari kekuatan yang bersisa.

Min Young menundukkan kepalanya. Tangan Jungkook yang bersatu dengannya dipandang lama.

"Saya dah buat diorang jauh dari awak sampai awak dah tak boleh pegang diorang langsung. Saya dah lenyapkan semuanya sampai awak dah tak boleh nampak diorang lagi. Salah saya." Ujarnya perlahan. Sangat perlahan. Dan tanpa sedar dia menarik perlahan-lahan tangannya dari genggaman Jungkook.

"Sayang..."

"Saya jahat, Jungkook. Saya kejam. Saya pembunuh. Saya ambil dadah untuk tenangkan hati tapi sebenarnya tak pun. Saya tak tenang." Min Young kembali menangis kuat. Jungkook bangun dan duduk di atas katil sambil pejamkan matanya dan terus dirangkul lagi tubuh kecil itu ke dalam pelukan hangat. Dia menggosok belakang tubuh isterinya lama sambil goyangkan tubuh kiri ke kanan. Mulut menyanyi kecil, melegakan tangisan yang panjang itu.

Jungkook diam sahaja tanpa bahas apa-apa soal perkara itu. Kalau ikutkan orang lain pasti sudah tidak diterima isteri begini. Pasti sudah ditinggalkan. Sudahlah membunuh, ambil dadah pula tu. Tapi Jungkook terlalu cinta dan terlalu sayangkan Min Young. Salahnya dirasakan lebih besar dan balasan Min Young itu setimpal.

Keluarganya pula sudah tiada. Hendak dimarah pun tiada guna. Jungkook cuma reda dengan ujian yang menimpa diri dan menganggap itu sebagai satu pengajaran. Dia mahu bina hidup baru sebagai seorang Jeon Jungkook yang baru.

"Saya cintakan awak, Min Young. Sampai bila-bila. Sampai mati." Ucap Jungkook lagi.

"Saya pun.. cintakan awak juga. Masih cintakan awak." Balas Min Young perlahan. Jungkook senyum lagi. Rasa nak terbang.

Tidak lama selepas itu tangisan Min Young mula reda. Jungkook masih goyangkan tubuhnya ke kiri dan kanan dengan kepala Min Young bawah dagu. Bersahaja mulut meniti lagu yang tenang. Perlahan dan sayup sahaja menjamah telinga.

"Sayang?"

Senyap.

"Min Young?" Panggil lagi tapi senyap lagi.

Jungkook menunduk dan mencuri pandang ke wajah Min Young. Mata itu jelas sekali tertutup rapat. Wajah pucat, tangan terasa sejuk. Tubuh itu terasa memberat dan seakan-akan hendak melorot ke tilam. Kejadian sama berlaku lagi.

Min Young pengsan semula.

******

Saya akan sedia upaya akan menghabiskan fanfic yang sendu ni dengan jayanya walaupun sejuk macam ais batu sebelum saya mulakan fanfic baru iaitu bertemakan....

MAFIA.

Saya tak pernah lagi rasanya buat ff mafia2 ni hehehehehehehehhehehhehe. Insya Allah coming soon hekhekhek.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now