✨Bab 11✨

565 93 9
                                    

Bagai hendak luruh jantung Jungkook apabila melihat ada satu ambulan dan dua kenderaan polis di hadapan rumahnya. Air mata terus bertakung, bibir diketap kuat. Cuba bertenang walaupun hati semakin galau tidak menentu. Masakan tidak hatinya galau begitu apabila Min Young memberitahu apabila rumahnya dimasuki perompak. Sudahlah isterinya hanya ada mama dan papanya sahaja. Tiada orang lain.

Kereta Honda yang dibawanya dipakir dalam keadaan tergesa-gesa. Kemudian dia terus keluar dari perut kereta berlari masuk ke dalam kawasan rumah.

Mata Jungkook fokus memandang ke dalam. Macam tiada apa-apa yang jadi.

"Sayang!" Min Young yang melihat susuk tubuh suaminya muncul terus sahaja bangun dari sofa dan berlari. Tubuh Jungkook dipeluk kemas dengan esakan halus kedengaran.

"Saya takut.."

"Shh.. saya dah ada." Belakang tubuh si isteri diusap lama. Jungkook belum tenang. Dia perlu mencari di mana keberadaan ayah dan ibunya.

"Mama papa selamat?" Min Young melonggarkan pelukan. Esakan halus mulai reda sebaik sahaja soalan itu menerjah rongga telinganya. Kepala mendongak, memandang Jungkook yang jelas sekali mahukan jawapan.

"Mama papa mana, sayang?" Bahu Min Young digoncang sedikit. Meminta agar isterinya menjawab pertanyaannya dengan segera. Tetapi hanya air mata yang mengalir di pipi si isteri.

"Encik Jeon?" Teguran dan sentuhan pada bahu Jungkook membuatkan lelaki itu pantas menoleh. Anggota polis.

"Ya, tuan."

"Anak lelaki kepada mangsa rompakan?" Mendengar perkataan mangsa, Jungkook menelan liur. Tidak, semua ini mimpi. Bukan benar dan tidak benar!

"Ya, saya."

"Kami akan bawa kedua-dua mayat Puan Jeon dan Tuan Jeon ke forensik untuk menjalani proses bedah siasat, kemudian encik dengan isteri boleh ikut saya ke balai untuk buat laporan polis. Selepas selesai, barulah encik boleh ke hospital untuk pengecaman mayat."

Lutut Jungkook terasa longgar mendengar berita itu sampai ke telinganya. Tubuhnya hampir rebah tetapi mujur ada Min Young bersama di sisi. Dia masih lagi mampu bertahan dan menahan tubuh dari terjatuh.

"Mama dengan papa saya... tak ada?" Soal Jungkook tanpa berkerdip mata. Fokus memandang anggota polis yang berdiri di hadapannya.

"Ya, encik. Tuan Jeon cedera pada bahagian kepala dan ada kesat kelar di leher. Manakala Puan Jeon pula meninggal dunia kerana mesin bantuan pernafasannya dihentikan secara sengaja."

"Apa?"

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now