✨Bab 6✨

640 114 11
                                    

Min Young mengeluh kasar. Sekali lagi, dia ternanti-nantikan kehadiran suaminya pulang ke rumah. Jika semalam pulang jam 11. Malam ini pula pukul 2 pagi tak sampai rumah lagi. Hati Min Young menggerutu rasa geram yang bukan sedikit. Dia sebenarnya hairan ke mana suaminya pergi sehingga lewat malam begini tidak pulang lagi.

Bila ditanya, tiada apa-apa. Bila diam, beginilah yang jadi. Asyik keluar, kemudian pergi menghilang. Kerjanya yang menanti tertangguh begitu sahaja. Selagi Jungkook tiada di hadapan mata, selagi itu dia tidak akan menyambung kerja.

"Pergi manalah agaknya sampai sekarang tak balik-balik ni." Omel Min Young separuh risau dan separuh geram. Dia memeluk tubuh, mundur mandir di ruang tamu. Televisyen menyala. Mengharapkan cahaya dari televisyen sahaja kerana semua lampu sudah dimalapkan.

Telefon bimbit di tangan kerap kali diperiksa. Menanti panggilan dari Jungkook. Itupun kalau ada.

Ting!

Tiba-tiba, telefon bimbit menyala. Min Young menjengah dan mesej dari Jungkook terpapar di skrin kunci. Pantas Min Young membacanya. Satu per satu perkataan di baca sehingga wajah itu akhirnya bertukar riak. Gigi diketap, penumbuk dikepal, dada berombak laju. Mata itu tajam memandang skrin telefon bimbit yang bagai hendak tertembus direnungnya.

"Bodoh punya orang tua. Bukannya mati pun. Hidup lagi. Masih bernafas. Menyusahkan orang nak kena jaga dia segala. Mati lagi bagus."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now