✨Bab 8✨

598 96 8
                                    

Matanya merenung pintu bilik yang tidak pernah lagi dibuka sejak keinginannya tertunai. Pintu bilik itu menyimpan segala rahsia yang selama ini dipendam dalam. Tiada apa lagi yang diperlukan di dalam bilik itu selepas kejadian itu berlaku dan insan yang dibencinya lenyap terus dari bumi.

Namun.. belum sampai sebulan lagi, kakinya kembali melangkah ke situ dan mendekati. Pintu itu disentuh dan diusap lama. Tanpa sedar, ada air mata mengalir laju.

"Dia tu aku punya. Dia hak aku. Milik aku. Tak ada sesiapa yang boleh buat dia lupakan aku. Termasuklah keluarga dia sendiri." Senyuman terukir dalam keadaan air matanya mengalir deras. Tiada esakan. Hanya tangisan dan air mata sahaja. Tangan masih mengusap pintu bilik itu. Hampir dekat dengan tombol. Tinggal dipegang dan kemudian dipulas.

Dirinya kembali menjadi seperti dulu. Seperti dirinya yang kehilangan, yang tertekan dan yang hilang arah tanpa tujuan hendak ke mana. Dia hilang lagi dalam bayangan hitam dirinya yang menghantui.

Tangan itu mula menyentuh tombol pintu dan sekelip mata tanpa bicara, daun pintu dikuak. Air mata masih menitis, bulat matanya memandang ke dalam sebelum bibir tersenyum sumbing.

"Selamat bertemu kembali."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now